Siling (2020)

By HalimaAbdulMuis

990 228 210

Mystery+Thriller *Di Sini Tempat Persembunyianku* Sebuah bungkusan asing telah menjentik rasa ingin tahu D, s... More

Satu
Dua
Tiga
Empat
Lima
Enam
Tujuh
Lapan
Sembilan
Sepuluh
Dua belas
Tiga belas
Empat belas
Lima belas
Enam belas
Tujuh belas
Lapan belas
Sembilan belas
Dua puluh
Dua puluh satu
Dua puluh dua
Dua puluh tiga
Dua puluh empat
Dua puluh lima
Dua puluh enam
Dua puluh tujuh
Dua puluh lapan
Dua puluh sembilan
Tiga puluh
Tiga Puluh Satu
Tiga puluh dua
Tiga puluh tiga

Sebelas

38 10 9
By HalimaAbdulMuis

~♥~Tercari-cari makna ia dari bingkai kaca kehidupan. Namun, tiada siapa yang tahu betapa perit sekali menelan racun yang berduri...~♥~





CAHAYA mentari menembusi kulit manusia seorang itu. Dalam keadaan yang kepayahan serta sakit di seluruh tubuh, dia berusaha bangkit dari situ.

D menyentuh kepala yang sedikit berdenyut-denyut. Fikirannya menampi sebuah arca akan tragedi sebelumnya.

Sedikit demi sedikit, si lelaki teringat apa sebenar yang telah terjadi terhadapnya.

"Hifza..." serunya pula sambil memerhati ke sekeliling.

Walaupun pandangan mata sedikit terjejas dek lebam serta luka kecil, D tetap mencari jejak individu berkenaan.

Kosong. Tiada tanda-tanda si gadis wujud di sekitarnya. Dia sendiri tidak pasti sudah berapa lama dia pengsan.

D mendongak. Terlihat sebuah bukit di atas sana. Jadi memang benarlah dia terjatuh dari sana sebelum 'lena' di bawah sini pula.

"Hifza... kau dekat mana?" Sekali lagi nama itu disebutnya seraya mula berjalan ke hadapan.

Dengan keadaan yang cedera teruk sebegitu, dia terpaksa berjalan sambil memegang pepohonan kecil di sepanjang perjalanan itu. Khuatir dirinya rebah dan payah untuk bangkit kembali.

"Apa yang dah jadi pada kau, Hifza? Kau dekat mana?" Dia masih tercari-cari sebelum...

Buk! D tersungkur sebelum dia tertiarap di lantai tanah. Pandangannya semakin samar-samar serta kesakitan pula terasa mencucuk tajam di setiap celah sendi.

Tenaga. D tidak punya tenaga lagi. Isi perutnya turut kosong. Hanya telur ayam pegar itu saja yang menjadi santapannya sebelum ini. Jadi, dia kena mencari bahan-bahan untuk dikunyah.

Tiba-tiba, kornea mata menangkap akan suatu 'objek' yang 'halus'. Dipejam seketika kelopak mata lantas dibukanya kembali.

Tidak jauh dari tempatnya berada, ada seorang budak lelaki belasan tahun sedang memerhati ke arah D. Figura tersebut berwajah pucat dan seolah-olah tidak memiliki perasaan.

Boleh dikatakan... pandangan matanya kosong.

"Hei, budak. Tolong aku..."

D merayap beberapa ketika lalu merangkak ke arah lelaki tadi. Malang sekali, dirinya tersangatlah tidak berdaya.

Dalam kiraan detik, sekitar kawasan berubah menjadi gelap serta-merta.



























"MANA ayah aku?" Hifza menyoal kelompok lelaki yang telah mengurungnya sejak semalam di sebuah penjara besi. Tangan dan kaki dirantai oleh mereka mengakibatkan pergerakannya terbatas.

"Ayah kau dah matilah, budak!" balas salah seorang daripada penjahat itu.

"Kau penipu! Aku tak percaya yang ayah aku dah mati!"

"Ini buktinya!" Sehelai baju yang berwarna jingga dilemparkan ke muka Hifza. Gadis tersebut membeleknya dengan tangisan kesedihan. 

"Ya Allah, ayah!"

Baju itu tercalit beberapa tompokan cecair yang berwarna merah likat. Dipeluknya erat-erat demi melepaskan rindu. Hifza tidak dapat menerima akan kenyataan perit berkenaan tetapi dia hanya mampu berdiam diri.

Kemunculan seorang lelaki yang agak berusia memancing deria penglihatan si gadis.

"Hei, budak. Siapa nama kau?"

Senyap. Hifza sengaja tidak mahu bersuara.

Tang! Bunyi besi dipukul dengan kuat menyebabkan air mata si mangsa berkolam-kolam.

"Kalau aku tanya tu, kau kenalah jawab!" Orang tadi telah diselubungi amarah.

Mahu tidak mahu, dia berbicara jua.

"Nam... nama saya... Hif... Hifza, pak cik..."

"Siapa pak cik kau?"

Hifza menunduk. Dia pantang sekali kena herdik sebegitu, mesti kecut perut jadinya.

Dia beri panggilan tersebut kerana melihat uban yang banyak di kepala si lelaki. Jadi memang wajarlah panggilan itu, bukan?

"Kau kena panggil aku TM! Aku, ketua dalam kumpulan ni. Kalau kau nak selamat, kau kena ikut cakap aku. Kau faham tak!"

Bahu Hifza terangkat dek terperanjat, "Faham, TM."

"Bagus."

Sebelum TM berlalu pergi, pertanyaan  daripada Hifza telah membantutkan keinginannya.

"TM, mana ayah saya?"

TM berpaling seraya tersenyum sinis, "Ayah kau dah jadi arwah selepas kau lari dari bangsal, semalam. Hahaha..."

Deg! Jantung Hifza seakan berhenti mengepam darah. Dia terduduk sambil menghamburkan tangis.

"Ayah..."























KEADAAN di Pangkalan K.O.D agak sibuk disebabkan seluruh anggota serta kakitangannya membuat persediaan untuk pergi menyerang hendap ke suatu tempat.

"Bagaimana kondisi semua kenderaan yang kita akan gunakan ke sana, nanti?" soal Kapten Naz sambil memerhati anak-anak buahnya menyiapkan segala kelengkapan.

"Kami dah periksa banyak kali, kapten. Semuanya dalam keadaan yang baik lagi memuaskan. Selamat untuk kita digunakan nanti."

"Bagus! Hmm... bekalan senjata kita pula bagaimana?"

"Oh, itu. Ada sedikit penambahbaikan, kapten. Tak sampai sejam dari sekarang, semuanya akan siap dan lebih berkuasa."

"Kalau macam tu, kamu semua kena pastikan kita takkan lewat tiba di sana."

"Siap, kapten!"

Kapten Naz berlalu keluar dari ruangan tersebut sebelum seorang lelaki 20-an muncul di hadapannya.

"Ha, kamu. Kamu nak apa datang sini? Bukan ke saya suruh kamu pantau dia dan jangan biarkan dia terlepas? Tapi kamu sangat cuai. Jadi saya sangat kecewa dengan kamu."

"Maafkan saya, kapten. Saya tak sengaja. Saya datang ke sini pun sebab nak sertai pasukan kapten untuk pergi ke sana bersama-sama. Saya nak tangkap dia..."

Sang ketua tidak mengendahkan. Malah, dia terus sahaja berjalan menuju ke pejabatnya.

"Tak. Saya tak izinkan. Saya nak kamu atur kembali strategi dan pastikan kali ni, kamu takkan kehilangan jejak dia."

"Tapi kapten-"

"Fid, saya tak suka membuang masa. Jadi pandai-pandailah kamu urus semuanya. Saya tak nak ambil tahu."

"Err... kapten..."

Kapten Naz menoleh, "Kenapa, Fid?"

"Em... saya tahu, kapten punya dendam dengan dia cuma gara-gara kelompok Teroris tu. Bukan?"

"Huh. Kamu dah tahu semuanya, Fid. Jadi kenapa nak tanya saya lagi? Kamu buatlah kerja kamu dan saya juga akan tumpukan kerja saya-"

"Untuk pengetahuan kapten, kita punya misi yang sama..."

Seusai menyudahkan ayatnya itu, Fid keluar dari situ dengan pelbagai rasa. Manakala Kapten Naz pula ditinggalkan dengan seribu satu persoalan.









POTONGAN abdomen tersusun 'indah' di atas meja bersebelahan dengan beberapa bilah senjata tajam. Sarung tangan yang telah pun dinodai dengan 'sirap' merah dibuangnya ke dalam tong sampah. Tangan dibasuh menandakan 'kerja' telah selesai untuk hari ini.

"Bob, masukkan semua tu ke dalam peti ais. Esok, ada pembeli dari luar negara inginkannya. "

"Baik, tuan." Bob menurut sambil tangannya lincah melakukan kerja.

"Pastikan ia 'segar' sampailah ke tangan pembeli tu. Kalau tak, kau yang akan aku cincang nanti," pesannya berbaur ugutan.

TM keluar dari ruangan 'pembedahan' seraya menuju ke balkoni. Pemandangan kelam yang terbentang di hadapan matanya, menggamit memori 'silam semalam'.

Sebaik mata dipejam, berduyun-duyun kenangan lalu menerobos ke alam fikiran.

"Hello, bos." Majid menelefon sang ketua.

"Macam mana progress?" soal Cobra dengan pantas. Dia tahu orang kepercayaannya yang satu ini boleh diharapkan.

"Err... aku risaulah, bos. Sebab polis dah dapat hidu kegiatan kita di pulau tu. Bos tak takut ke kalau dia orang serbu markas dan tangkap kita semua?"

" Ini, Cobralah. Tak ada sesiapa yang boleh tumpaskan aku. Sebab polis-polis tu semua, aku dah sumbat mulut dia orang dengan duit. Jadi, aku bebas melakukan apa saja dekat pulau ni. Termasuklah tamatkan riwayat orang-orang kampung di sini. Hahaha..."

Majid yang mengetahui akan hal tersebut membuatkan hatinya sedikit tenang.

"Bukan apa, bos. Manalah tahu dia orang 'pancing' keluar orang-orang kita atau ada orang dalam yang jadi tali barut untuk tumbangkan kita. Aku risau-"

"Kau jangan risaulah, Majid. Dengan kedudukan kau yang sekarang ni, takkan ada sesiapa yang boleh tumbangkan kau. Asalkan... kau takkan cuba-cuba nak tikam aku dari belakang."

"Hmm... okey, bos!"

Tiba-tiba, jeritan Cobra kedengaran. Ia mengakibatkan Majid tersentak.

"Argh!"

"Bos!"

"Lebih baik kau serah diri, Cobra!" Suara asing kedengaran pula. Majid hanya memasang telinga sambil mengarahkan anak buahnya mempercepatkan kelajuan bot itu.

"Hahaha. Rupa-rupanya kau, Mior. Huh. Akhirnya, kau 'tembus' juga di markas aku ni. Hebat betul kau ni. Masih nekad macam dulu."

'Eh? Nama orang tu... Mior? Tapi kenapa nama dia sama dengan nama sebenar Cobra?' Timbul persoalan di benaknya pula.

"Aku tak ada masa nak berbasa-basi dengan kau, Cobra. Sekarang ni, kau ikut dengan aku! Aku tak nak kau perdajalkan nama aku lagi untuk menutup kegiatan kotor kau ni! Kau fikir, aku akan terus biarkan kau bermaharajalela dekat sini? Hei, memang taklah!'

Majid yang mendengar akan semua itu berasa tertipu dengan muslihat sang ketua. 'Oh, jadi selama ni... dia bohong dengan kami pasal identiti dia? Huh.'

Namun begitu, Majid tetap juga mengarahkan beberapa orang daripada pasukannya untuk bersiap siaga dan mengepung penceroboh tadi. Mereka semua telah mengambil tempat sambil menanti arahan yang seterusnya.

"Mior, Mior. Lain kali kalau kau nak serang hendap aku, kau kena fikir berjuta kali..."

"Aku dah tak peduli pasal nyawa aku, Cobra. Aku akan buat apa saja asalkan kau meringkuk dalam penjara sana!"

"Tch... kau silap percaturan, Mior. Tapi aku nak nasihatkan kau jugalah. Kalau ada peluang besar untuk kau 'mencabut nyawa' orang lain, jangan kau sia-siakan peluang itu. Sebelum kau punya nyawa yang terbang sekarang!"

Fiuh! Fiuh!

"Arghh!"

"Fateh!"

Majid masih setia mendengar akan perbualan tersebut. Dia tidak sabar ingin menemui orang-orang yang telah menceroboh markas mereka. Dalam setengah jam macam tu, bot laju mereka akan tiba ke jeti utama Pulau Batu.

"Mior, aku serahkan Plan Reset pada kau. Bawa budak tu dan tinggalkan pulau ni!"

Suara rengekan seorang bayi kedengaran pula di kala itu. Maka, semakin berkerutlah dahi Majid.

"Kami dah pasangkan bom di sekitar pulau ni. Lari cepat, Mior!!"

Boom!

Tidak lama kemudian, bunyi letupan bergempita sebelum panggilan tadi terputus serta-merta.

TM membuka kelopak matanya sambil menikmati taburan bintang di dada langit.

Lantaran tragedi itu, kedudukan sebagai ketua disandang olehnya sekaligus meneruskan agenda tersendiri. 

Dia tidak kisahkan andai ia menyimpang daripada objektif awal.

1492 patah perkataan
Diterbitkan pada 16 Januari 2021
12:12 am

Kekura harapkan, kau orang faham akan setiap situasi serta 'letak duduk' wataknya.

Bab seterusnya pasal D. *Ops, spoiler!*🤣

Terima kasih, semua.

Kesetiaanmu, menaikkan semangat menulisku. Cia...
٩(๛ ˘ ³˘)۶♥muah!
















Continue Reading

You'll Also Like

201K 6.2K 68
Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass window. You have no rights to judge me...
37.8K 3.3K 67
𝐍𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐱 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫/𝐀𝐫𝐢𝐳 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐲 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim piatu. Hidup membesar bersama i...
399K 34.8K 56
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagak...
WILDAN ✓ By m e l e e 🎭

Mystery / Thriller

181K 12K 76
Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . 𝐓𝐨 𝐭𝐡𝐞 𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐡𝐨 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐡𝐞𝐫 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐭𝐡�...