Siling (2020)

By HalimaAbdulMuis

990 228 210

Mystery+Thriller *Di Sini Tempat Persembunyianku* Sebuah bungkusan asing telah menjentik rasa ingin tahu D, s... More

Satu
Dua
Tiga
Empat
Lima
Enam
Tujuh
Lapan
Sembilan
Sebelas
Dua belas
Tiga belas
Empat belas
Lima belas
Enam belas
Tujuh belas
Lapan belas
Sembilan belas
Dua puluh
Dua puluh satu
Dua puluh dua
Dua puluh tiga
Dua puluh empat
Dua puluh lima
Dua puluh enam
Dua puluh tujuh
Dua puluh lapan
Dua puluh sembilan
Tiga puluh
Tiga Puluh Satu
Tiga puluh dua
Tiga puluh tiga

Sepuluh

50 10 17
By HalimaAbdulMuis

~♥~Semua pihak memasung harapan masing-masing. Tapi bezanya adalah baik atau pun sebaliknya. Ada harapan bersalutkan keinginan perdamaian. Manakala, ada juga yang membina harapan dengan dendam yang telah lama diperam...~♥~

LANGKAH kaki hanya dihayun mengikut gerak hati. Segala pancaindera yang telah dianugerahkan oleh Yang Maha Kuasa 'dipasangkan' seeloknya. Segenap celah serta sudut diteliti dengan lebih terperinci.

"Err... kau tak penat ke? Kalau letih sangat, bagitahu. Kita akan berhenti berehat dekat sini." D menoleh ke belakang.

Hifza perlahan-lahan mengangguk. Itu saja responnya.

D menurut lantas berteduh di sebuah pohon yang rimbun. Beg sandang diselongkar demi mencari akan sesuatu. Selepas beberapa ketika, alat komunikasi dikeluarkan lalu diperiksa.

56 panggilan tidak dijawab.

33 mesej tidak dibaca.

Semua itu daripada nombor yang sama. Siapa lagi kalau bukan...

'Ya Allah, Pak Cik Mior ni. Dia tak bosan ke asyik nak dail dan mesej aku banyak-banyak kali macam ni? Huh.'

Log panggilan dilihat dan segala pesanan dibacanya sekali imbas.

D, kamu dekat mana?

Jangan mengada-ngada nak pergi ke Pulau Batu itu!

Dari mana kamu tahu pasal pulau tu?

D, angkat call pak cik kamu ni!

Woi, anak angkat yang tak kenang dek untung!

Siaplah kamu kalau pak cik dapat tahu yang kamu nekad nak ke sana! Jangan menangis kalau kaki kamu betul-betul pak cik potong nanti!

Hei, budak hingusan! Balaslah mesej pak cik.

Kalau kamu tak nak guna handphone tu, baik kamu rebus. Lepas tu, minum air dia!!

Dddddd!!

Tanpa sedar, D automatik menepuk dahi. Dia menggeleng. Baru sahaja dia ingin mendail nombor tersebut, isyarat komunikasi di kawasan berkenaan tidak ada. Lelaki itu terpaksa berjalan-jalan sambil mengangkat tinggi telefonnya.

Gelagatnya cuma diperhatikan oleh Hifza. Nak masuk campur pun, tak 'releven' rasanya bagi diri si gadis.

Tiba-tiba, ada sesuatu yang telah dipijak oleh D. Ia mengakibatkan dirinya hampir ditimpa kemalangan.

"Jaga-jaga!" Hifza menolak tubuh D sehingga mereka berdua jatuh ke tanah.

"Aduh!" D mengadu kesakitan.

Gadis itu memerhati ke sekeliling. Serawan jaring yang besar telah tergantung di atas kepala mereka.

"Hati-hati. Mungkin kebanyakan tempat dalam pulau ni banyak jerangkap samarnya." Hifza berbicara sambil berdiri. Nyaris-nyaris saja si lelaki menjadi 'ikan' dalam jala.

"Terima... kasih... Hifza."

"Ya," ringkas gadis tadi.

Baru sahaja Hifza ingin kembali ke tempat berehatnya tadi, suara D telah membantutkan niatnya.

"Kau ada dengar apa yang aku dengar?" soal D tanpa memandang ke arahnya.

Hifza turut sama memasang telinga sebelum dia terdengar akan pekikan ramai yang kuat.

"Satu, dua, satu!"

"Terus!"

"Satu, dua, satu!"

"Jangan lembiklah! Cepat sikit!"

D dan juga Hifza meniarap di sebalik rumpun semak sambil melihat akan sebuah pemandangan yang penuh dengan tirani.

Beberapa kanak-kanak dan remaja disebat banyak kali disebabkan tersilap langkah dalam perbarisan.

"Kau orang ni, memang tak bergunalah! Kalau kau orang tak buat betul-betul, jangan harap kau orang dapat makan malam hari ni. Faham tak!"

"Faham, tuan!

Di suatu sudut yang lain pula, kelihatan gadis-gadis sedang dipaksa memegang senjata api. Jika mereka enggan, mereka juga akan terima bahananya.

"Argh, sakit! Tolonglah jangan pukul saya lagi, tuan!"

"Budak degil macam kau, memang patut kena macam ni!"

Di tengah-tengah panas terik sebegitu, ada beberapa buah petak yang berdawai besi.

Ia merupakan tempat hukuman buat kanak-kanak dan remaja yang telah mengingkar arahan. Mereka akan dijemur di situ tanpa diberikan makanan serta minuman.

"Hmm... memang betullah apa yang ayah kau ceritakan tu..."

Hifza mengangguk. Tidak lama kemudian, jemarinya teraba dek suatu wayar panjang yang berwarna hitam.

Benda alah itu ditarik tanpa tahu akan fungsinya.

Boom!

Tubuh mereka berdua ditimbuni dengan hujan pasir. Mungkin juga itu semua telah dibuat oleh pengganas-pengganas berkenaan.

"Jom kita lari!" D menarik lengan Hifza untuk berpatah balik ke tempat mereka tadi sebelum bergegas menuruni bukit yang sedikit curam.

Kehadiran mereka berdua dijejaki akibat letupan sebentar tadi.

"Maaflah D sebab saya tak tahu wayar tu adalah bom buatan mereka."

"Jangan nak minta maaf. Itu bukan salah kau pun."

"Tapi-"

"Kita tak ada masa nak cakap pasal benda tu. Lebih baik kita cari tempat bersembunyi."

"Hurm."

Mereka berdua terpaksa meredah kawasan yang berbukit serta dipenuhi dengan semak-samun. Sudah tidak terfikir lagi akan ketakutan kepada binatang buas dan berbisa. Yang paling penting, nyawa mereka mesti diselamatkan terlebih dahulu.

Fiuh!

Sebuah tembakan hampir mengenai lengan kiri D tapi mujurlah ia tersasar.

"Tak guna! Dia orang dah semakin dekat dengan kita," kata D yang telah pun panik.

Fiuh! Fiuh!

Akibat hujan peluru tersebut, D terpaksa memeluk Hifza sebelum bergolek bersama sehingga ke bawah bukit.

"Kejar dia orang!" jerit seseorang berbaur arahan.

Pengganas-pengganas tadi turut menggeluncur sama.

Namun akhirnya, D dan Hifza tertangkap jua. Lelaki tersebut dibelasah teruk sebelum kepalanya dipukul dengan kuat.

D pengsan di situ.

"D!" Hifza menjerit dalam pegangan seorang lelaki yang bertubuh tegap lagikan bengis.

"Lebih baik kau diam sebelum aku tampar kau dekat sini!" ugutnya lagi. Akan tetapi, ada rakan yang lain menegah pula.

"Jangan apa-apakan dia, Ket. TM nak dia dalam keadaan yang baik-baik saja."

Ket mencebik, "Jalan cepat!" arahnya.

"Saya tak nak!"

"Kalau kau tak nak ikut dengan kami, bermakna kau tak nak jumpalah ayah kesayangan kau tu. Kan?"

"Ayah? Em... mestilah saya nak. Tapi dia macam mana?" Jari si gadis menunding ke arah D yang telah tidak sedarkan diri di lantai tanah.

Ket menendang sebelum D tergolek ke bawah bukit yang sangat curam berbanding tadi.

"D!!" Hifza menjerit sambil melaungkan nama lelaki yang telah menjadi penyelamatnya tadi.

Dalam benaknya, tidak mungkin D akan selamat di bawah sana.

*****

FID dilanda badai cemas kerana figura Mior tiada juga kelihatan di tempat tersebut sejak tadi pagi. Semua anak buahnya turut mencari si empunya gerangan.

"Takkan tak ada seorang pun yang tahu di mana Mior?"

Mereka menggeleng serentak, "Tak adalah, bos."

"Hmm... kamu semua dah periksa CCTV?"

Salah seorang daripada mereka mengangguk, "Dah. Semuanya kami dah tengok dengan teliti. Tapi kelibat Mior memang tak ada dekat mana-mana bangunan ni."

Fid berdecit seketika. Dia runsing.

"Okeylah. Kau orang semua boleh pergi. Jangan lupa cari dia sampai jumpa. Kalau boleh, gagalkan rancangan dia yang nak pergi ke Pulau Batu tu."

"Baik, bos!" sahut mereka serentak sebelum keluar dari ruangan itu.

Fid bersandar di penghadang kerusi sambil memicit dahi. Dia tertanya-tanya akan keberadaan Mior tika ini.

'Mior, kau dekat mana?' bisiknya sendiri.

Tiba-tiba, telefon pintar kepunyaannya berdering lantang.

Apabila melihat nama si pemanggil, duduknya diperbetulkan seraya bersuara, "KN..."

"Macam mana dengan dia?" tanya si pemanggil dengan nada yang agak serius.

"Err... dia... dia tak ada-"

"Apa maksud kamu dia tak ada, Fid?"

"Maafkan saya, KN. Tapi semalam, dia masih bersama dengan saya di sini. Saya juga tak tahu dia ada dekat mana sekarang sebab dia tak ada kata apa-apa pun pada saya."

"Huh! Mungkin dia telah melarikan diri sebab dah tahu muslihat kamu..."

"Tak mungkinlah, KN. Saya tengok dia tu dah percayakan saya macam mana dia percayakan abang saya dulu."

"Jangan sampai kita hilang jejak dia, Fid. Kalau tak, kita semua yang akan rugi!"

Tut. Talian diputuskan serta-merta oleh si pemanggil. Ia membuatkan Fid mengeluh berat.

'KN sendiri masih memeram dendam dengan kau. Habis tu, aku ni pula?'

*****

AIR masin dikesat di dahi seraya menyambung dayungannya. Pulau Batu masih jauh di hadapan. Gara-gara gerak hati yang tidak enak, lelaki tersebut sanggup keluar senyap-senyap dari pejabat Fid sejak pukul tiga pagi lagi.

'Kalau D betul-betul pergi ke sana dan terjadi sesuatu pada dia, aku takkan pernah maafkan diri aku ni.' Mior berbicara sendiri.

Dia teramat risau akan firasat mengenai si anak angkat yang telah berada dalam kesusahan di tempat misteri itu. Dia dapat rasakannya.

'Aku tak nak D menjadi mangsa bila dia orang tahu budak tu adalah anak angkat aku.'

Dalam tidak sedar, gumpalan awan hitam terbentang di atas samudera. Angin pula bertiup dengan sangat kencang secara tiba-tiba. Ia mengakibatkan air laut bergelombang serta mencapai ketinggian lebih sepuluh meter.

Perahu yang dinaiki Mior terumbang-ambing sudahnya.

'Harap-haraplah aku sempat sampai ke sana sebelum hujan," doanya dalam hati.

Dayungan dilajukan lagi dan lagi. Mior ingin segera tiba ke Pulau Batu. Namun, ada sesuatu yang berlaku.

Bush!

Ombak besar menghempas perahu kecilnya dan menyebabkan kenderaan laut berkenaan dilambung ombak sehingga terbalik.

Dia cuba berenang melawan arus tapi seakan-akan laut tidak menyebelahinya. Mior terkapai-kapai sambil mengatur nafas.

Landasan pemikiran asyik terbayang akan wajah si anak angkat.

'D, jaga dirimu baik-baik...' Kerat ayat yang terlintas di benak sesaat dua. Selepas itu, matanya terpejam sebelum dia tenggelam.

1388 patah perkataan
Diterbitkan pada 15 Januari 2021
12:11 pm

Alhamdulillah! Allah bagi keizinan untuk kita bersua di SILING ini. Maaf sebab lambat update. Kekura selesaikan semua hal, barulah bertenggek lama dekat sini. InsyaAllah, SILING akan diupdate seperti biasa. Cuma kekura kena 'racing'lah supaya bab dia seiring dengan tarikh kalendar.

Oh, ya satu lagi. Alhamdulillah, abang kekura no.4 dah jadi suami orang. Fiuh*lap peluh* kesibukan dia memang lain macam tapi apa2 pun, perancangan Allah berlipat kali ganda baiknya.

Jumpa lagi pada bab yang seterusnya. *lambai tangan*
♡(∩o∩)♡
























































Continue Reading

You'll Also Like

EVE [COMPLETE] By Violetta

Mystery / Thriller

4.4K 324 55
EVE. Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepa...
860K 114K 61
Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry da...
341K 13.1K 61
🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Ma...
Kau Takdir Aku (OG) By myaz

Mystery / Thriller

4.1K 139 3
Tengku Qays Lucca Bergvall- Seorang lelaki yang dingin membuat orang gerun dengannya dan dia mempunyai rupa paras yang boleh membuatkan wanita tergod...