𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |4

Começar do início
                                    

"Kau cakap apa tadi? Aku tak dengar lah. Boleh kau ulang sekali lagi?" Ketat sahaja wajah yang Tengku Adrian pamerkan sambil mata merenung tajam ke arah Kayra.

"Kalau I tak dapat You yang lain tak akan dapat You lah Adrian. I akan buat you melutut dekat I." Sinis sahaja wajah yang Kayra tunjukkan. Dia belum kenal siapa itu Tengku Adrian. Bersama untuk sekali tak membuatkan dia kenal Tengku Adrian.

"Kau tahu tak aku paling pantang orang jerit depan muka aku? Dan kau pula datang dari mana tiba tiba buat penyataan bodoh ini. Macam ini lah Kayra, aku tak suka kau dan semalam itu hanyalah suka suka. Kau suka, aku pun suka. Kau tahu ke tak maksud one night stand tu apa? Kalau tak tahu search lah bodoh takkan tu pun aku kena ajar bodoh." Tangan yang berada dalam poket, Tengku Adrian keluarkan.

"Hei Adrian, I tak kira. Walau bagaimanapun you kena bertanggungjawab ke atas I. Kalau tak I saman you. Cakap yang you rogol I tanpa kerelaan I." Tengku Adrian hanya diam sambil memerhatikan tapak tangannya. Perlahan lahan dia angkat wajah dan terbentuk satu senyuman yang mengerikan pada wajahnya.

"Kau sedar ke tak ini apa yang kau cakap Kayra? Kau ini tak ubah macam kain buruk tahu tak? Lepas aku puas pakai, aku buang lah. Ataupun aku lap kaki. Macam ini." Tengku Adrian terus menendang betis Kayra. Kayra yang belum bersedia itu jatuh terduduk.

Tengku Adrian membongkokkan badan bagi menyamakan kedudukannya dengan Kayra.

"Macam ini lah betina. Kau balik rumah kau, kau cermin diri kau. Layak ke betina murah macam kau ini nak jadi pendamping aku? Dan tentang saman tu, go ahead. Kita tengok siapa yang merana nanti."

"Oh sebelum aku lupa nah. Untuk kau beli cermin letak dekat rumah kau. Make sure beli yang paling besar untuk cermin diri kau itu." Beberapa not seratus dicampak depan muka Kayra.

Kayra hanya diam. Kolam matanya sudah berair. Tunggu waktu untuk gugur sahaja.

"Ris, kau panggil security guard. Heret betina bodoh ini turun. Lama lama dalam syarikat aku ini, entah kurap apa yang melekat." Tengku Adrian terus mengambil tempat duduknya kembali.

Faris yang mendengar arahan daripada tuannya itu terus menundukkan kepala sebagai isyarat patuh.

Tidak lama kemudian, dua orang guard masuk ke dalam bilik Tengku Adrian dan mengheret Kayra yang masih kaku di atas lantai.

"Keluar cik." Salah seorang guard itu mula memegang tangan Kayra.

"Isyh lepaslah. Aku boleh jalan sendirilah." Dia bangun lalu melangkahkan kaki ke pintu pejabat. Sebelum itu, dia sempat berpaling kepada Tengku Adrian yang masih merenung dia itu.

"Ingat Adrian. You will pay for this." Jerit dia kuat. Ternyata jeritan itu mampu menarik beberapa pekerja yang berada di tingkat itu.

"Dasar betina murah." Tengku Adrian menggumam perlahan lalu menutup matanya.

Faris yang melihat kejadian itu hanya terdiam. Sudah kerap dihidangkan dengan suasana seperti ini. Tapi yang bernama Kayra ini lain. Pandai pandai dia mengugut Tengku Adrian.

"Tengku nak saya settlekan perempuan tadi ke?" Faris membuka soalan apabila melihat Tengku Adrian yang hanya menutup mata itu. Dia sendiri tahu betapa penatnya Tengku Adrian berkejar kesana kemari. Dengan syarikat mengalami kerugian berjuta juta lagi. Entah siapa yang berani buat onar pun dia tak tahu.

"No need. Kalau dia cari aku lepas ini, kau call je aku." Tengku Adrian menjawab sambil memicit pelipisnya. Semenjak sehari dua ini, dia begitu pening. Pening fikirkan masalah syarikat lagi, masalah dengan mummy lagi.

"Kalau macam tu takpelah Tengku. Tengku nak berehat ke? Saya nampak Tengku tak sihat ini." Faris menyuarakan kerisauannya. Tengku Adrian jarang sakit. Kalau sekali sakit, pasti melarat sampai beberapa hari.

Adrian's Obsession Onde histórias criam vida. Descubra agora