𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |59

114K 3.8K 1K
                                    

"Your eyes stole my words away, baby

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Your eyes stole my words away, baby."

"Abang dahlah tu. Bukannya salah Bianca. Dia pun tak tahu yang Rizky perangai macam tu." Reanne cuba menenangkan suaminya yang dari tadi lagi memarahi Tengku Ariana. Sampaikan adik iparnya itu menangis.

"Dia tahu ke tak tahu ke sepatutnya dia tak bawa sayang pergi jumpa lelaki lain. Dahlah tipu abang." Kali ini, dengan Reanne sekali ditengkingnya. Hai nasiblah.

Mummy serta daddy pula hanya diam. Begitu juga dengan Tengku Adam serta Tengku Aryan. Mungkin mengetahui memang itu salah Tengku Ariana. Dah tahu alongnya itu baran; boleh pula pergi bawa kak Reanne keluar. Itu pun diam diam. Tanpa dimaklumkan kepada mummy terlebih dahulu.

"Bianca minta maaflah along." Tengku Ariana menundukkan kepalanya ke bawah. Tadi, si Rizky dah makan penamparnya sekali. Bodoh sangat dah kenapa.

"Lepastu Bianca buat balik." Pantas Tengku Adrian memotong.

Diam pula setelah itu. Reanne menarik tangan Tengku Adrian supaya duduk di sisinya. Oh tidak lupa juga jelingan maut Tengku Adrian yang singgah pada matanya. Hahahaha, adalah tu tak puas hati.

Tangan Tengku Adrian yang berada di dalam genggaman Reanne dielus perlahan.

"Lepasni daddy dah tak bagi Bianca berkawan dengan mana mana lelaki. Ini amaran daddy. Kalau dah Bianca nak boyfriend sangat; amik Aris jadi boyfriend Bianca. Budak tu baik." Sempat lagi daddy mempromosikan Aris di samping menyatakan larangannya.

Aris? Oh memang taklah kalau Ariana nak. Baik celah mana pun dia tak tahu. Lelaki itu sentiasa sakitkan hati dia adalah. Hergh.

Reanne menyimpan senyum mendengar saranan daddy. Aris pun not bad jugalah bagi dia. Baik je budak tu dia nampak. Hormatkan dia.

"Dengar tak tu apa yang daddy cakap?" Suara tegas Tengku Adrian kembali kedengaran.

"Dengar." Perlahan saja Tengku Ariana menjawab. Kang kalau tak jawab ada yang makan penampar percuma.

"Itu mummy tak bagi Bianca keluar. Entah siapa siapa je yang dia pergi jumpa." Keluh mummy. Ada anak perempuan sorang pun susah. Haish.

Tengku Ariana sekali lagi menundukkan wajahnya. Tak berani nak balas apa apa kerana dia yang salah. Hahahaha.

"Assalamualaikum." Suara Aris kedengaran dari luar. Lah, baru je sebut dah muncul tuan badan.

Baru saja Tengku Ariana ingin membuka langkah; jelingan maut daripada daddy menghentikan langkahnya. Ergh.

"Waalaikumussalam. Haa, masuklah Ris." Mummy mempelawa Aris yang sedia berada di muka pintu itu. Wajahnya berkerut apabila melihat semua kaum kerabat Tengku Benjy berkumpul di ruang tamu. Mungkin kehairanan.

"Kenapa Ris?" Suara daddy pula bertanya.

"Tak ada apa, Tengku. Tengku Adrian suruh saya hantar kunci kereta." Aris mengangkat kunci kereta yang berlambang Lamborghini itu ke arah Tengku Benjy kerana pagi tadi Adrian malas nak drive. Jadi, disuruhnya Aris drive.

Adrian's Obsession Where stories live. Discover now