𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |20

144K 4.4K 680
                                    

"Your eyes stole my words away, baby

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Your eyes stole my words away, baby."

"Jomlah pergi kafe. Sekejap je Reanne." Diya menarik tangan Reanne supaya mengikutnya ke kafe. Dia nak lepak dengan Reanne. Hana juga turut ikut.

"Hmm yelah. Sekejap je eh. Aku kena pergi somewhere lepasni." Reanne bersetuju juga akhirnya. Setelah diajak hampir lima kali oleh Diya dan juga Hana.

Mereka mengambil fail serta beg yang berada di meja masing masing. Memandangkan hari ini Prof Asma hanya memberikan sedikit saja tugasan, jadi mereka diberikan pelepasan pulang awal.

Termasuk mereka,hanya empat orang lagi pelajar lain yag terpaksa siapkan tugasan akhir.

Selesai saja mereka mengambil minuman, topik utama dimulakan.

"Jadi Reanne, macam mana?" Soal Hana. Diya pula mengerutkan dahi. Tidak memahami ayat Hana.

"Macam mana apa?" Soal Diya. Mencelah sebelum Reanne membuka bicara.

"Nanti aku cerita dekat kau. Sekarang ni kita dengar apa yang Reanne ingin ceritakan."

Diya mengiyakan saja. Nampak macam topik menarik.

"Macam tu lah Hana. Nak tak nak kena terima juga kan?" Keluh Reanne perlahan.

Entah dah berapa banyak kali dah mengeluh selepas jumpa dengan Tengku Adrian.

Memang dia akui hatinya mulai terpaut dengan lelaki itu. Cara Tengku Adrian mengambil berat membuatkan Reanne terharu. Tentang semalam, Tengku Adrian sanggup memandu dari Kuala Lumpur ke Selangor semata mata kerana dia. Nasib baiklah jalan tak sesak.

"Kau okay tak Reanne?" Soal Diya pula. Walaupun dia tidak tahu topik apa yang dibincangkan, hatinya tetap risau. Reanne ini sahabat baiknya.

"Aku okay Diya. Jangan risau, okey." Reanne memegang kembali tangan Diya yang berada di atas tangannya itu.

Senyuman dihadiahkan buat sahabatnya itu.

"Aku percaya yang abang Ian akan jaga kau dengan baik." Hana pula mengusap usap tangan Reanne. Menyalurkan kekuatan.

"Aku harap macam tu lah." Reanne mengukirkan senyuman pendek.

"Bianca ada call aku semalam. Dia cerita tentang ini."

"Iya? Apa je yang dia cerita?" Reanne menyoal Hana bersama pandangan mata yang tunak buat sahabatnya itu.

"Dia cerita semua tentang semalam. Kereta kau yang rosak. Lepastu abang Ian bergegas pergi dekat kau. Dan kau stay kat Royal Villa." Hana menceritakan seringkas boleh.

Tengku Ariana masih tidak mengetahui yang dia merupakan sahabat baik Reanne. Belum masanya lagi. Mana tahu, dia boleh korek rahsia daripada Tengku Ariana nanti.

Jika perilaku Tengku Adrian itu jahat melebihi apa yang dia tahu, memang dia akan jauhkan Reanne daripada Tengku Adrian.

"Hmm betullah tu. Kadang kadang kan aku rasa yang Adrian itu boleh jadi calon suami yang baik. Tetapi kebanyakan perilaku dia tu buat aku takut. Menyeramkan. Entahlah Hana."

Adrian's Obsession Where stories live. Discover now