𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |49

124K 4K 452
                                    

"Your eyes stole my words away, baby

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

"Your eyes stole my words away, baby."

"I think she's pregnant." Terus kepala Tengku Adrian terangkat ke arah mummy.

Tidak percaya dengan kata kata mummy.

"Is it true, mum?" Soal Tengku Adrian.

"I guess. Esok, bawa Reanne ke klinik. Check sama ada betul ke tak." Jelas mummy bersama senyuman dan wajah yang teruja. Teruja kerana bakal sambut cucu sulung keluarga ini.

Tengku Adrian menganggukkan kepalanya. Kakinya dilangkahkan mendekati Reanne apabila mummy meminta diri untuk kembali ke dapur.

"I'm sorry, baby. Please forgive me my little one." Tengku Adrian memegang erat tangan Reanne. Reanne pula masih lagi merajuk. Tidak dihiraukan suaminya yang sedang memujuk itu.

"Pandang abang, sayang." Tengku Adrian memegang kepala Reanne apabila tiada tindak balas daripada Reanne.

Reanne membekukan wajahnya. Gayanya memang tak terkesan dengan bait bicara Tengku Adrian.

"Abang minta maaf, okay." Masuk kali ini, dah berapa kali Tengku Adrian meminta maaf.

"Hmm." Reanne menyahut perlahan. Matanya dipakukan ke arah lain apabila wajahnya dipusingkan menghadap Tengku Adrian.

Tanpa sedar, tangan Tengku Adrian merayap ke perut Reanne. Teringat kembali bait bicara mummy sebentar tadi.

Jika betul bahawa ada cinta hati mereka dalam ini, dialah yang paling seronok. Dah lama dia tunggu saat ini. Akhirnya, termakbul juga.

"Isyh apa ni pegang pegang?" Reanne menolak perlahan tangan Tengku Adrian. Wajahnya dimasamkan.

Tersentak Tengku Adrian dibuatnya. Sebelum ini, mana pernah Reanne menolak belaiannya. Hati yang mulai hangat itu disejukkan apabila teringat yang ini berkemungkinan salah satu faktor pembawakan budak.

"Kenapa ni, sayang? Dah tak suka ke abang pegang?" Soal Tengku Adrian perlahan. Matanya masih lagi dihadapkan menghadap wajah sang isteri yang cemberut itu.

Reanne diam. Tidak tahu mahu membalas apa. Buat kali pertama, dia berani membantah suaminya.

"Jomlah. Mummy dah potong nanas." Tengku Adrian menarik tangan Reanne untuk bangun. Bersinar wajah Reanne mendengar perkataan nanas.

Sampai di ruangan dapur, Reanne lihat mummy yang sudah siap memotong buah nanas.

"Eh dah turun menantu mummy ni." Mummy mengalihkan kepalanya. Tersenyum lebar mummy apabila melihat Reanne yang sedang berjalan bersama dengan Tengku Adrian ke arah dapur

"Mummy naik atas dulu. Enjoy your pineapple."

"Thank you, mummy."

"Your welcome, honey." Mummy menarik senyuman manisnya. Semasa melintasi Reanne, dia mengusap lembut rambut menantu kesayangannya itu.

Adrian's Obsession Место, где живут истории. Откройте их для себя