𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |19

119K 4.4K 1.4K
                                    

"Your eyes stole my words away, baby

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Your eyes stole my words away, baby."

Lebih kurang seminit berkeadaan begitu, Tengku Adrian mengangkat wajahnya dari terus mencium leher Reanne.

Dia memandang segenap wajah Reanne bermula dari dahi sehinggalah ke dagu. Tangannya naik menyentuh bibir Reanne perlahan.

"Perfect." Getusnya perlahan. Dia mula mendekatkan wajahnya ke wajah Reanne. Belum sempat bibirnya bertemu dengan bibir Reanne, Reanne menolak kuat dirinya. Tetapi sayang, tiada pergerakan sedikitpun.

"Apa awak buat ni Adrian? Lepaslah!" Reanne cuba menolak tubuh Tengku Adrian yang seperti kerasukan itu. Kebimbangannya menggila. Bahasa hormat dia kepada Tengku Adrian juga telah bertukar.

Tengku Adrian tersedar. Dia menjarakkan wajahnya dari wajah Reanne tetapi masih mengepung Reanne.

Tajam pandangannya menghala ke arah Reanne. Pandangan yang terselit seribu amaran.

"Don't make any plan behind my back, Reanne. You know the consequences that you will face if you try to run from me." Amarannya diberikan kepada Reanne. Suaranya penuh dominan.

Reanne terkedu. Takkanlah yang Tengku Adrian dengar apa yang dibualkan dengan Tengku Ariana?

"I taknak sakitkan you sama ada mental mahupun fizikal. Jadi jangan paksa I untuk buat semua ni. You tak akan tahu betapa menakutkan itu." Ujar Tengku Adrian sambil tangan mengusap lembut wajah Reanne.

Tangannya menjalar ke leher Reanne sebelum rantai yang tersarung di leher Reanne direntap sedikit kasar.

Dia tahu ini merupakan rantai pemberian si Ukashah itu. Dia juga tahu akan perasaan Ukashah pada Reanne.

"Auch. Sakitlah." Marah Reanne. Dia lihat Tengku Adrian mengambil rantainya sebelum disimpan di dalam tracksuit milik lelaki itu.

"Give me back my necklace, Adrian." Reanne cuba mengambil rantai itu tetapi Tengku Adrian sempat menangkap pergelangan tangan Reanne.

"Not so fast baby. I haramkan you untuk pakai rantai ini. Your Ukashah give it to you right?" Senyuman sinis yang menjadi trademarknya diukirkan kembali.

"Macam mana awak tahu?" Soal Reanne hairan. Dia mungkin lupa yang orang Tengku Adrian ada di segenap kawasan.

"Dengan cara I." Dia mengelak. Tangan kembali menyentuh wajah mulus itu serta mengusap perlahan leher Reanne yang memerah sedikit itu. Kesan daripada rentapan rantai.

Tadi, dia mahu mengetuk bilik Reanne ini. Baru je tangan dia ingin naik mengetuk pintu, dia terdengar suara Tengku Ariana yang bernada marah itu. Bila didengar betul betul, rupanya Reanne tengah bercerita tentangnya.

Keluar saja Tengku Ariana dari bilik ini, terus saja dia masuk dan mengambil tempat di sofa. Hajat dia hanya ingin memberi amaran kepada Reanne.

"Remember it baby." Satu ciuman dihadiahkan pada dahi Reanne sebelum dia bangun dari menindih Reanne.

Adrian's Obsession Where stories live. Discover now