𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |43

152K 4.6K 1.2K
                                    

"Your eyes stole my words away, baby

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Your eyes stole my words away, baby."

Reanne duduk di atas katil. Dicapai iPhonenya yang berada di atas penjuru katil. Buka saja internet, terus berdesup mesej masuk.

Notification dari Instagram dan Twitter turut naik. Ramai yang tag dia di Instagram. Hanya dia kerana Tengku Adrian tidak suka media sosial. Hanya ada akaun Facebook itupun dah lama tak aktif.

Lebih seribu notification di Instagram. Wah, first time ni.

Dia mengetik Instagram adik iparnya, Tengku Ariana. Turut ada di situ hashtag #adReanne.

Tidak lupa juga DM dia yang dipenuhi dengan ucapan tahniah. Ada juga daripada orang tak tak dikenali. Famous tetiba dia ni.

Reanne mengetik profil Tengku Aryan. Banyak tanda suka berserta komen pada gambar perkahwinan dia.

@f.ruz: Congrats Tengku Adrian and Reanne. Walaupun tak kenal, still want to wish happy wedding to both of you. Moga kekal hingga Jannah.

Wah, thankyou. Tak kenal pun wish juga eh?

@aimanris: Gempak weih pengantin perempuan. Cantik gila. Bidadari ke apa ni? Ni kalau tak kenangkan isteri orang, dah lama aku try.

Gulp, tahu dekat Tengku Adrian ni; memang mati. Beragak lah nak puji pun.

@qistiroslan: Patutlah si Reanne ni nak dekat Ad. Kaya+handsome+tough+educated. Tak hairanlah. Kalau aku pun nak. Duduk rumah, goyang goyang kaki je. Buat apa kerja kalau dah suami kaya.

Hey, mulut macam longkang je. Ni kalau cilikan mulut si Qisti ni memang ngam.

@aatiqullah: Cantiknya yang perempuan. Lelaki pun segak sangat. Bagai pinang dibelah dua.

Aww, thankyou Aatiqullah.

Dan, dia tak larat lagi nak baca satu persatu. Letih nak scroll. Adalah juga dia terjumpa komen komen wanita yang nampaknya meroyan apabila tahu Tengku Adrian dah berpunya. Yang lelaki, tak lain tak bukan; merenyam pujinya cantik.

Dia buka pada #adReanne. Matanya terpandangkan wajah lima orang jejaka jejaka yang segak itu. Yang pasti, satu daripadanya adalah suaminya.

Diketik gambar itu. Tertera username @T.E.Cullen. Cullen?

Wah,beribu ya yang mengetik tanda suka. Patutlah, semua kat situ hensem. Wanita mana je yang tak bersinar mata kan?

Adrian's Obsession Where stories live. Discover now