𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |18

119K 4.2K 1.1K
                                    

"Your eyes stole my words away, baby

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Your eyes stole my words away, baby."

Suasana di meja makan kali ini lain dari kebiasaan. Kebiasaannya diam habis, tapi kali ini rancak berborak. Yang paling ketara ialah mummy. Banyak bercerita itu dan ini. Tak sabar sangat nampaknya ingin berborak dengan bakal menantu.

"Reanne study lagi kan? Dekat mana?" Soal mummy sambil tangannya menyuapkan makanan ke dalam mulut.

"Haah study lagi. Dekat UKM." Reanne menjawab dengan nada sedikit kekok.

Belum sempat mummy ingin menyambung pertanyaannya, suara daddy mengambil alih.

"Sudahlah tu love. Bagi Reanne ni habiskan makanan dulu. Lepastu you nak borak sampai esok pun tak apa."

Yang lain hanya tersenyum apabila daddy membebel. Membebel pun tetap panggil mummy love. Tak sorok sedikitpun kemesraan mereka.

Mummy menarik mukanya apabila daddy menegur.

"Lepasni borak lagi ya Reanne. Daddy ni dengki. Sebabtu suruh mummy diam." Mummy mencebikkan bibirnya ke arah daddy.

Reanne membalas dengan senyuman manis. Tengku Ariana yang berada di sebelahnya diperhati seketika apabila dia rasakan yang wajahnya diperhati oleh seseorang. Rupa rupanya,Tengku Ariana ralit memerhati wajahnya dari tadi. Entah apa yang tak kena dengan mukanya pun dia tak tahu. Ada benda ke dekat muka dia?

"No wonderlah along jatuh cinta. Kak Reanne cantik sangat." Puji Tengku Ariana lagi. Dari tadi lagi dia mendengar pujian ini.

"Tak adalah Ariana. Saya biasa je." Reanne merendah diri. Matanya kembali dihalakan ke arah pinggan berjenama Versace itu sebelum makanan disuapkan. Rasa kerdil pun ada juga apabila duduk di tengah tengah keluarga jutawan ini.

Selesai sahaja makan malam, semua beransur ke living hall. Tengku Ariana menarik tangan Reanne lalu sama sama berlalu ke arah sofa berangkai tiga. Reanne tahu, pasti sofa ini ditempah khas dari luar negara. Lihat saja motif dan jahitan yang begitu terperinci itu.

Tengku Adrian pula mengambil tempat bersebelahan dengan daddynya. Mata masih tidak lepas memandang Reanne. Baru dia perasan yang rambutnya tidak diikat. Bahana terlalu risau dengan keadaan Reanne.

Getah rambut yang terselit di dalam hoodienya diambil lalu rambutnya yang masih basah itu diikat rapi membentuk bun. Nyata, perbuatannya itu mampu menarik perhatian Reanne.

Reanne juga baru perasan yang Tengku Adrian tidak mengikat rambutnya. Tetap hensem!

"Mama dengan papa sihat?" Tersentak sedikit Reanne yang ketika itu ralit memerhati Tengku Adrian. Dia tidak tahu yang perbuatannya itu diperhati oleh semua yang berada di ruang tamu ini.

"Sihat." Jawab Reanne sepatah. Dia tidak tahu ingin berbual tentang topik apa.

''Reanne janganlah segan. Anggap je kami ini macam keluarga Reanne sendiri." Tegur Tengku Benjy apabila dia melihat yang Reanne tidak selesa sedari tadi lagi. Biasalah, baru baru kenal.

Adrian's Obsession Where stories live. Discover now