𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |25

119K 4K 805
                                    

"Your eyes stole my words away, baby

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Your eyes stole my words away, baby."

Kereta Alphard milik keluarga Tengku Adrian mulai memasuki halaman rumah Reanne. Tengku Adrian segak dengan kemeja blueblack yang tidak berkolar. Dipakaikan sweatshirt di dalamnya bagi menutup tatu yang berada pada lehernya. Agak pelik tapi who cares?

Mummy merupakan yang pertama keluar dari kereta. Tidak sabar! Sama seperti mama Reanne.

Tengku Adrian lihat yang Puan Fatimah serta Encik Zaid berada di muka pintu. Menyambut kedatangan mereka dengan senyuman yang manis pada bibir. Reanne pula tidak kelihatan di mana mana.

Daddy berjalan menyaingi langkah mummy. Tengku Ariana pula sibuk mengemaskan rambutnya yang ikal mayang itu sebelum turut melangkah turun dari kereta. Dah macam itik pun ada. Terkedek kedek berjalan dengan kainnya yang sempit itu. Biasalah kalau dia yang selalu berseluar jean tiga suku itu memakai kain.

"Assalamualaikum Fatimah." Tengku Aathifa memberikan salam sambil tangan bersalaman dengan bakal besannya. Lebar senyuman pada wajah masing masing.

"Waalaikumussalam Tengku. Jemput masuk." Pelawa Puan Fatimah selepas melagakan pipi.

"Ishh apa pulak Tengku. Panggil Thifa je dah cukup." Larang mummy apabila mendengarkan panggilan hormat Puan Fatimah itu.

"Yang ni mesti anak bongsu kan?" Soal Puan Fatimah apabila terpandangkan gadis cantik yang bermata biru itu.

"Ya, anak bongsu." Tengku Fatimah mengiyakan. Tengku Ariana pula lantas salam tangan Puan Fatimah.

Tengku Benjy dan anak anak lelakinya masih lagi berada di belakang. Memberi laluan kepada kaum hawa untuk berkenalan dahulu. Perkenalan yang lama.

"Ajak bakal besan ke dalam lah mamanya." Encik Zaid menggeleng gelengkan kepala melihatkan si isteri yang teruja itu.

Puan Fatimah masuk sedikit ke dalam. Memberi ruang kepada tetamunya ini untuk masuk.

"Jempu masuk Benjy." Jemput Encik Zaid berserta senyuman apabila selesai berjabat tangan dengan Tengku Benjy.

Tengku Aryan dan Tengku Adam yang memegang dulang berisi cincin dan kek itu mulai kepanasan. Lihat sajalah bahang matahari yang memancar teruk itu.

"Assalamualaikum uncle." Tengku Aryan memberikan salam diikuti dengan Tengku Adam. Mereka salam tangan Tengku Benjy sebelum memboloskan diri masuk.

"Adrian." Seru Encik Zaid perlahan sambal menepuk bahu anak muda itu. Tengku Adrian menghadiahkan senyumannya kepada Encik Zaid lalu tangan itu disalam.

Dia orang terakhir yang masuk. Berdegup kencang dirinya apabila melihat Reanne yang cantik memakai baju kurung moden yang berwarna blueblack. Sama warna dengannya. Dia yang membelikan gadis itu baju tersebut; jadi wajarlah kalau Reanne memakainya.

Adrian's Obsession Where stories live. Discover now