𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |42

142K 5K 1.5K
                                    

"Your eyes stole my words away, baby

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Your eyes stole my words away, baby."

Tengku Adrian mengangkat Reanne ke atas bahunya lalu tubuh isterinya itu dibawa menuju ke arah katil. Tidak dihiraukan isterinya yang meronta ronta di atas bahunya.

Dilempar kasar badan isterinya ke atas katil. Reanne mengengsot badannya ke kepala katil sambil menggeleng gelengkan kepalanya apabila melihat ke arah Tengku Adrian yang bagaikan sudah rentung itu.

Tengku Adrian berjalan perlahan menghampiri Reanne. Belum sempat Reanne ingin melarikan diri, Tengku Adrian sudah mengepung dirinya. Hanya tatapan tajam yang diberikan oleh sang suami sebelum Tengku Adrian kembali bangun daripada mengepung Reanne yang sudah ketakutan.

'Buk'

Dinding bilik ditumbuk oleh Tengku Adrian. Sekali, dua kali. Sehinggalah berkali-kali. Naik merah penumbuk Tengku Adrian dibuatnya. Setelah puas dia menumbuk-numbuk dinding itu, dia kembali memandang ke arah sang isteri dengan tatapan tajam. Bagaikan ingin dilahap hidup-hidup Reanne itu.

Reanne hanya mampu berdiam diri. Hanya matanya sahaja berbalam-balam menandakan bahawa dia takut dengan keadaan pada ketika ini. Dia sedia maklum bahawa Tengku Adrian itu baran namun tidaklah dia menyangka bahawa perkara sekecil itu pun akan diperbesarkan oleh suaminya.

"You really asked for it, Reanne," gumam Tengku Adrian cukup perlahan. Tengku Adrian kembali mendekati sang isteri. Butang baju kemejanya dibuka satu persatu.

Senyuman jahat terukir pada wajah setelah itu. Bibir ditaruk membentuk satu senyuman mengerikan. Tangan bergerak dalam rentak yang perlahan.

Baju kemejanya terlepas dari badan. Tatu yang terukir pada dadanya jelas kelihatan. Reanne semakin ngeri dengan pemandangan sebegitu. Dirapatkan dirinya pada kepala katil.

Argh, dia semakin takut. Tiba tiba, dia teringat balik pesanan Ukashah pada beberapa hari lepas.

'You will be crazy if you know the true colour of your husband.'

Adakah Shah tahu sesuatu tentang Tengku Adrian?

Tengku Adrian merapati sang isteri. Dia mengambil tempat di sisi Reanne. Tangannya bergerak menyentuh wajah Reanne sebelum dengan tiba tiba dia mencengkam rahang Reanne. Erat dan menyakitkan.

"Sa-sakit." Reanne hanya mampu menangis. Wajahnya juga sudah lencun dengan air mata.

Rahang Reanne dilepaskan sebelum Tengku Adrian merapatkan wajahnya dengan wajah Reanne sehingga hidung mereka berlaga.

"Sayang hanya hak abang. Hak. Abang." Disebut satu persatu. Gaya posesif Tengku Adrian timbul.

Sekali lagi, rahang Reanne dicengkam apabila isterinya itu tidak memberikan apa apa reaksi dengan apa yang baru saja diungkapkan olehnya.

Adrian's Obsession Where stories live. Discover now