Bab 33

2.1K 77 0
                                    

Sudah hampir seminggu lebih Zariel Iqbal berada di hospital.Sepanjang itulah Hayfa Natalia menemani dan berada disisinya.

"Ma,Zariel harap sangat mama boleh tunaikan permintaan Zariel sebelum Zariel pergi.." ujar Zariel Iqbal.

"Apa tu,sayang?Mama akan tunaikan apa sahaja permintaan anak sulung mama ni.." kata Puan Farah.

"Terima Hayfa.." rayu Zariel Iqbal.

"Zariel,please?"

Puan Farah meletakkan mangkuk kaca yang dipegangnya.Terus berasa tiada mood ketika itu.

"Ma,tu je yang Zariel nak.Terima Hayfa sebagai menantu mama.."

Hayfa Natalia yang berada di luar bilik itu terdengar perbualan dua beranak itu.Dia menekup mulutnya.Sebak hatinya mendengar permintaan suaminya.

"Zariel,mama.."

"Cuba mama bayangkan kalau kejap lagi Zariel pergi.Mama tetap nak macam ni ke?Hayfa tak de salah apa pun.Kenapa mama tak boleh terima dia?"

Puan Farah kehilangan kata-kata.Tersentap mendengar kata-kata anaknya itu.

***

Zariel Iqbal berjalan keluar dari biliknya.Dia menuju ke bilik Ashrif.Kelihatan sepupunya itu sedang membelek-belek laporan pesakit.

"Tu aku punya ke?" ujarnya sambil selamba mula duduk di hadapan Ashrif tanpa meminta keizinan dari sepupunya itu.

"Kau ni.Rehat je lah kat bilik tu.Sibuk jalan sana jalan sini.Sakit nanti,Hayfa marah aku,tau tak?" kata Ashrif geram dengan perangai sepupunya yang seorang itu.

Tidak padan dengan sakit.

"Weh,nanti kalau aku dah tak de,kau tolong jagakan Hayfa.Kau nak jadikan dia isteri pun aku tak kisah.." kata Zariel Iqbal bersahaja walaupun jika itu berlaku sekalipun dia okay sahaja.

Sekurang-kurangnya ada yang menjaga gadis kesayangannya itu.

"Mula dah merepek.Kau memang tak kisah.Hayfa?Ada kau tanya dia okay ke tak?Sesuka hati je buat keputusan.Kalau aku jadi Hayfa pun,aku marah.." balas Ashrif bantah akan cadangan sepupunya itu.

"Aku cuma nak dia bahagia je.Aku tak nak lah dia keseorangan bila aku tak de nanti.."

"Biarlah dia tentukan hidup dia.Tapi,aku perasan banyak perubahan Hayfa sekarang.Kau bagi apa kat dia?Sampai dia rela nak derma kat kau.." kata Ashrif sekadar mengusik tanpa sedar apa yang dia sudah katakan.

Dia ada berjanji pada Hayfa Natalia tidak akan memberitahu soal itu pada Zariel Iqbal.

"Derma?Hayfa nak derma pada aku?"

"Haah tapi malangnya dia tak sesuai.Alamak!Aku bagitahu kau buat apa?Aduh,aku janji dengan Hayfa.Mati aku!" kata Ashrif lagi apabila tersedar keterlanjuran katanya.

"Aku keluar dulu.."

Zariel Iqbal segera beredar dari situ.Dia menuju ke biliknya.

"Abang!Abang pergi mana?!Risau Hayfa tengok abang tak de.." ujar Hayfa Natalia sedikit cemas.

"Kenapa sweetheart nak derma pada abang?Abang tak nak sweetheart sakit.Biarlah abang seorang je yang sakit.."

Hayfa Natalia terdiam.Pasti Ashrif sudah terlepas cakap.

"Hayfa cuma nak abang sihat.Hayfa tak pernah bahagiakan abang jadi ni je cara yang boleh buat Hayfa balas jasa abang selama ni.."

"Siapa kata abang tak pernah bahagia?Abang bahagia bila sweetheart ada di sisi abang.Di samping abang.."

Tubuh isterinya itu dipeluk erat.Hayfa Natalia membalas pelukan suaminya.Tiba disaat itu,dia terasa pening pula.Tubuhnya longlai dalam rangkulan suaminya.

"Sweetheart?!Sweetheart kenapa ni?!" kata Zariel Iqbal cemas.

***

Zariel Iqbal tersenyum apabila mendengar berita yang baru disampaikan doktor wanita itu.Tidak menyangka dia masih diberikan peluang untuk ada zuriat.

Dia berharap waktunya masih banyak lagi.Dia mahu bertemu dengan zuriatnya itu.Mahu melihat dia membesar.

Hayfa Natalia membuka kelopak matanya.Dia memegang kepalanya yang masih terasa berat.

"Abang?"

"Sweetheart!"

Satu ciuman hinggap di pipi Hayfa Natalia.

"Kenapa Hayfa ada kat sini?"

"Sweetheart lupa ke apa jadi tadi?Sweetheart pitam.Nasib abang ada.Thank you,sweetheart.."

Dahi Hayfa Natalia semakin berkerut.Tidak faham mengapa suaminya berkata begitu.

"Kenapa ucap thank you pula ni?Pelik lah abang ni.." katanya yang sedang memicit kepalanya.

"Kita bakal jadi parents.." ujar Zariel Iqbal ceria dan teruja.

"Serious ke ni?!" kata Hayfa Natalia seakan tidak percaya.

"Yup!"

"Ya Allah!"

Hayfa Natalia tersenyum.Gembira sangat dengan berita yang disampaikan oleh suaminya.Semoga dengan kehadiran zuriat mereka itu akan menambahkan lagi kebahagiaan rumahtangga mereka.











T A K D I R   K I T AWhere stories live. Discover now