Bab 10

2K 82 3
                                    

"Hayfa!"

"Apa?!"

"Sini lah main pasir dengan aku!"

"Tak nak!Kau main tipu!"

Zariel Iqbal menarik tangan seorang budak perempuan yang sebaya dengannya agar kembali bermain bersamanya.

"Aku dah cakap kan tak nak main dengan kau!Ish,tak faham bahasa lah dia ni!" rungut Hayfa Natalia.

Zariel Iqbal hanya buat tidak kisah.

"Zariel,kau dengar tak ni?"

Geram Hayfa Natalia dengan perangai sepupunya yang seorang itu.Langsung tidak ambil peduli akan kata-katanya.

"Aku dengar lah.Aku tak pekak lagi.." balas Zariel Iqbal selamba.

***

Zariel Iqbal tiba-tiba teringat akan kisah dia bermain pasir bersama Hayfa Natalia sewaktu kecil.

Sewaktu mereka kecil,mereka sangat rapat.Pergi mana-mana mesti berdua.Kalau tidak berdua pun,pasti ada mereka di mana-mana sahaja.

Namun,apabila sudah meningkat dewasa,semuanya seakan berubah.Dia dan sepupunya itu tidak lagi rapat.

Keluarganya dan keluarga Hayfa Natalia seakan menjadi musuh.Dia paling pantang apabila gadis itu berperang mulut dengan mamanya.

Baginya,gadis itu langsung tidak ada rasa hormat pada mamanya.

Langkahnya yang sedang menuju ke halaman rumah terhenti apabila terlihat Hayfa Natalia sedang berperang mulut dengan nenek dan mamanya.

"Nek,percayalah.Hayfa tak buat semua ni.Hayfa dengan Zariel mangsa keadaan.." rayu Hayfa Natalia.

"Kau jangan buat cerita lah,Hayfa!Zariel ye mangsa keadaan.Kau bukan.Kau yang perangkap anak aku!" sampuk Puan Farah.

"Mak Su tak tahu apa-apa!Di mata Mak Su,Hayfa je salah!Zariel je yang betul!" geram Hayfa Natalia dengan ibu saudaranya yang seorang itu.

Ada sahaja yang mahu menyampuk.

"Ye,sebab aku pandai didik anak aku!Mak ayah kau?Huh.."

"Jadi Mak Su nak cakap ayah dengan ibu Hayfa tak pandai didik kami adik-beradik?"

Kecewa Hayfa Natalia dengan kata-kata Puan Farah.

"Ye!Dorang tak pandai didik dan jaga kau baik-baik!Sebab tu perangai kau macam ni!"

Hayfa Natalia meraup wajahnya.Dia segera bangun dan beredar dari situ.Tidak tahan mendengar kata-kata dari Mak Sunya.Semuanya menyakitkan hati.

Dia terserempak dengan Zariel Iqbal sebelum masuk ke dalam rumah.Dia sudah tidak pedulikan pandangan lelaki itu.Dia terus masuk ke dalam rumah.

Zariel Iqbal memandang ke arah Hayfa Natalia yang sudah merah matanya.Dia kemudian mendekati nenek dan mamanya.

"Zariel,bila kamu nak putuskan hubungan kamu dengan Hayfa ni?Mama tak restu tau kalau dia tetap jadi menantu mama!" ujar Puan Farah.

"Bagi Zariel habiskan pengajian Zariel dulu.Mama jangan risau.Hubungan kami ni setakat sepupu je takkan lebih.." balas Zariel Iqbal.

"Zariel,betul Hayfa perangkap kamu?" kata Puan Fauziah pula.

"Mesti lah,mak.Mak percayakan budak tu ke?" sampuk Puan Farah.

"Farah,bagi mak bercakap dengan Zariel boleh?Dari tadi kamu menyampuk je.." tegur Puan Fauziah.

Terdiam Puan Farah.

"Nek,waktu tu kami memang berdua je dalam rumah tapi kami tak buat apa-apa.Tak lama lepastu,ada orang surau serbu rumah.Tu yang kami kena tangkap.." kata Zariel Iqbal menceritakan hal sebenar.

Puan Fauziah mengangguk faham.Timbul perasaan bersalah yang teramat sangat pada keluarga anak keduanya itu.

"Zariel memang nak berpisah dengan Hayfa?" soalnya tidak lama kemudian.

"Kenapa,nek?" kata Zariel Iqbal sedikit pelik dengan kata-kata neneknya.

"Dalam keturunan nenek,tak de lagi yang bercerai-berai.."

"Mak!Mesti lah dorang kena bercerai!Farah tak rela bermenantukan si Hayfa tu.Lagi satu,mak pernah cakap kan,yang mak takkan anggap cucu kalau dorang ada perasaan sesama sendiri?Mak lupa ke?" kata Puan Farah tidak puas hati apabila Puan Fauziah seakan tidak bersetuju jika pasangan muda itu berpisah.

"Farah,kamu tak percaya takdir?Macam mana kalau apa yang jadi pada anak kamu dan Hayfa sudah tertulis?"

"Mak!"

Zariel Iqbal hanya mendengar.Dia sendiri terkejut mendengar kata-kata neneknya.


T A K D I R   K I T AOn viuen les histories. Descobreix ara