Bab 9

1.8K 75 4
                                    

Hayfa Natalia duduk di birai katil.Telinganya masih terngiang-ngiang akan kata-kata sepupunya,Qaisarah.

Dia yang perangkap Zariel Iqbal?Untuk apa?Sungguh tidak masuk dek akal fikirannya.Dia masih waras lagi.Otaknya masih lagi mampu berfikir secara baik.

Tiba disaat itu,seseorang memasuki biliknya.Dia pantas memandang gerangan itu.Sempat dia memberikan jelingan pada lelaki itu.

"Kau ni langsung tak reti ambil hati nenek dengan atuk.." ujar Zariel Iqbal sambil selamba duduk di atas katil bersama gadis itu.

"Apasal kau masuk sini?Kau ni memang suka kan aku kena dengan Mak Su?Huh.Pasal ambil hati atuk dengan nenek,tu bukan cara aku.Untuk apa aku ambil hati dorang?Lagi menempah maut adalah.Aku rasa tu cara kau.Kau kan suka bodek orang?Kau je lah yang bodek atuk dengan nenek.." kata Hayfa Natalia sambil sempat memerli lelaki itu.

"Apa maksud kau aku suka bodek orang?" soal Zariel Iqbal tidak mengerti akan kata-kata Hayfa Natalia.

Hayfa Natalia tersengih.Pura-pura tidak faham pula.

"Ingat aku tak tahu yang kau suka bodek pak cik mak cik kita?So,bodek lah atuk dengan nenek pula.Kau kan cucu kesayangan dorang.Di mata dorang,aku yang salah.Kau tak.Kau cucu yang baik.."

"So,kau jeles lah dengan aku?" kata Zariel Iqbal bersama sengihan nakal.

Sakit hati Hayfa Natalia melihat sengihan lelaki itu.

"Aku tak minta banyak,Zariel.Aku cuma nak nama aku dibersihkan.Tu je.Semua orang anggap aku yang perangkap kau.Aku kalau boleh nak kau cerita pada dorang apa yang jadi waktu tu tapi aku tahu,kau takkan tolong aku.." ujar Hayfa Natalia dengan matanya yang sudah berkaca.

Zariel Iqbal hanya memerhati.Terbit pula rasa simpati pada gadis itu.Hayfa Natalia kemudiannya melangkah keluar dari bilik itu.

***

Petang itu,keluarga Mak Long dan Pak Long serta keluarga Mak Teh dan Pak Teh berangkat pulang ke rumah mereka.

Kini,tinggallah keluarga Pak Andak,keluarga Pak Lang dan keluarga mereka sahaja di rumah itu.

Syazana menjalankan misinya memandangkan dia sahaja yang tinggal.Malam tadi,Qaisarah dan Qaireen serta dia sudah merancang sesuatu.

"Korang,korang tak bosan ke?Aku bosan lah.Aku tahu lah kita tak rapat.Apa kata,kita ambil masa yang ada ni untuk rapatkan hubungan sepupu kita ni.." ujarnya sambil mendekati Hayfa Natalia,Tasya dan Zara Ilyana yang berada di ruang tamu itu.

Mereka bertiga hanya mendengar.Mata mereka fokus pada cerita yang ditayangkan di tv3 pada petang itu.

"Zara,kau okay ke abang kau dengan Hayfa?Kalau aku,memang tak lah.Nenek pun dah cakap kan yang nenek takkan mengaku cucu kalau kita buat macam tu.." sengaja Syazana ingin menyakitkan hati Hayfa Natalia.

"Benda dah jadi.Aku bukan siapa-siapa nak halang.." balas Zara Ilyana selamba.

"Takkan kau tak rasa apa-apa?"

"Yang kau sibuk sangat pasal aku dengan Hayfa kenapa?" ujar Zariel Iqbal yang baru tiba di ruang tamu itu.

Hayfa Natalia memandang lelaki itu.Serentak itu,Zariel Iqbal turut memandang Hayfa Natalia.Hayfa Natalia cepat-cepat mengalihkan pandangannya.

"Zariel,kau tak sedar ke apa yang Hayfa dah buat?Dia perangkap kau tau?Takkan kau nak hidup sampai bila-bila dengan dia?" kata Syazana.

"Aku tak minta pun semua ni jadi.Kau jangan risau lah,pernikahan ni takkan kekal lama.." kata Hayfa Natalia sekaligus beredar dari situ.

Tasya juga mula berdiri tetapi sebelum itu sempat dia berkata sesuatu kepada Syazana.

"Kau ni memang tak boleh tengok orang senang ke?Hayfa tak kacau kau,tapi kau kacau dia.Apa yang kau tak puas hati dengan dia?"

"Aku memang tak puas hati dengan dia!"

Tasya mula mengekori langkah Hayfa Natalia.Syazana juga menuju ke biliknya.

Zara Ilyana dan Zariel Iqbal hanya memerhati.

"Abang,betul ke apa yang Kak Hayfa cakap tadi tu?" soal Zara Ilyana inginkan kepastian.

Walaupun dia tidak rapat dengan Hayfa Natalia,dia masih ada rasa hormat pada kakak sepupunya yang kini sudah bergelar kakak iparnya.

"Kau fikir apa,Zara?Mestilah!Aku dengan Kak Hayfa kau takkan kekal lama.Aku rasa aku habiskan STPM aku,pastu baru fikirkan hal ni.Serabut otak aku dengan masalah ni!"

Kedengaran keluhan dari Zariel Iqbal.Dia meraup wajahnya.

T A K D I R   K I T AWhere stories live. Discover now