Bab 22

1.9K 80 0
                                    

Encik Fauzan membuka pintu bilik yang menempatkan isterinya.Kelihatan anak gadisnya sedang tidur di sisi isterinya itu.

"Hayfa.." ujarnya sambil menyentuh lembut belakang badan anak muda itu.

Hayfa Natalia mula membuka kelopak matanya.Terkejut dia melihat ayahnya di hadapannya.

Dia pantas berdiri dan segera menyalam serta memeluk ayahnya itu.

"Zariel mana?" soal Encik Fauzan sambil meliar mencari susuk tubuh menantunya.

Hayfa Natalia hanya menjungkitkan bahunya.Buat-buat tidak tahu.Pasti lah lelaki itu ada di bilik yang menempatkan Pak Sunya.

"Kejap lagi ayah nak pergi bilik papa.Hayfa nak ikut?"

Pantas Hayfa Natalia menggelengkan kepalanya.Dia bukan tidak mahu cuma dia tidak mahu bersemuka dengan orang di dalam bilik itu.

"Ayah,tak payahlah pergi bilik Pak Su.Nanti tak pasal-pasal ayah kena halau.." bantahnya.

"Hayfa,tak baik macam tu.Ayah terhutang budi pada papa.." kata Encik Fauzan agar anaknya itu memahaminya.

"Ye,keluarga kita memang faham tu tapi keluarga belah sana tak faham,ayah.."

***

Mereka bertiga masuk ke dalam bilik yang menempatkan Encik Rizman.Encik Fauzan membawa sekali isterinya yang duduk di kerusi roda itu.

"Kenapa Abang Ngah bawa dia ni?!Disebabkan dia,suami Farah jadi mangsa!" kata Puan Farah geram apabila terlihat kakak iparnya.

Dia mula ingin mendekati Puan Naurah namun dihalang Zara Ilyana dan Zariel Iqbal.

"Ni ibu Hayfa,Mak Su!Boleh tak Mak Su jangan biadab?!" sampuk Hayfa Natalia yang juga geram apabila Mak Sunya memarahi kedua orang tuanya.

"Hayfa.." kata Zariel Iqbal seakan menekan.

"Apa?!Oh,aku tak boleh nak marah Mak Su?Macam tu?Aku dah fikir masak-masak.Aku nak kita berpisah!Aku tak nak teruskan lagi ikatan ni!" nekad Hayfa Natalia berkata.

Zariel Iqbal memandang Hayfa Natalia dengan pandangan kecewa.Sesuka hati sahaja gadis itu membuat keputusan.

"Hayfa,Hayfa cakap apa ni?" ujar Puan Naurah sedikit terkejut dengan kata-kata anak gadisnya.

"Baguslah tu.Zariel,lepaskan Hayfa.Kamu lagi layak bersama orang lain.Bukan dia!" arah Puan Farah.

"Zariel,Hayfa.Masalah kamu berdua ni masih boleh diselesaikan.Jangan buat macam ni.Zariel,jangan bertindak melulu.." kata Encik Fauzan pula.

"Dah tak ada apa dah,ayah.Hayfa dah penat dengan semua ni.Zariel,biar semua jadi saksi.Cepat,lafazkan talak pada aku!"

Zariel Iqbal mendekati Hayfa Natalia.Hayfa Natalia sudah bersedia mahu mendengar lafaz itu.Mungkin jodoh mereka sampai situ sahaja.Dia terima.

"Kau dengar sini.Semua yang ada jadi saksi apa yang terjadi hari ni.Aku,Zariel Iqbal bin Rizman takkan ceraikan Hayfa Natalia binti Fauzan!Sampai hati kau buat aku macam ni,Hayfa.Aku izinkan mana kau nak pergi.Aku takkan ambil tahu pun.Sebab apa?Sebab aku nak bagi kau ruang.Aku akan menanti kepulangan kau.Aku akan tetap setia pada kau.."

Sesudah berkata begitu,Zariel Iqbal terus melangkah pergi dari situ.Hayfa Natalia kehilangan kata-kata.

"Zariel?!"

Panggilan dari Puan Farah langsung tidak diendahkan lelaki itu.

"Puas hati kau?!" jerkah Puan Farah.

Dia juga beredar.Mencari kelibat anak lelakinya.

"Kenapa Hayfa ikutkan sangat kata hati tu?" tegur Puan Naurah.

"Ibu dengan ayah izinkan Hayfa pergi kan?Hayfa tak boleh duduk sini lagi dah.Hayfa terseksa.Hayfa minta maaf.."

Dia mula menyalam tangan kedua orang tuanya.Langkah segera diatur keluar dari bilik itu.

"Hayfa!Abang,anak kita.."

Puan Naurah sudah tersedu sedan.Zara Ilyana menenangkan ibu saudaranya itu.




T A K D I R   K I T AWhere stories live. Discover now