Bab 25

2K 79 2
                                    

Zariel Iqbal kini melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya.Yang paling bestnya,persahabatannya dengan Danial Haikal semakin erat kerana mereka dapat tempat yang sama.

"Asyik-asyik tengok muka kau je.Bosan lah,Zariel.." usik Danial Haikal di saat mereka duduk di kafe bersama.

Dia kemudian tersengih nakal.

"Nanti kalau aku tak de,kau jangan rindu aku pula.." ujar Zariel Iqbal.

Danial Haikal mematikan sengihan apabila sahabatnya berkata begitu.

"Asal?" kata Zariel Iqbal pelik.

"Kata-kata kau menusuk ke jantung aku,bro.."

"Poyo lah kau!"

Zariel Iqbal juga mula tersengih.

***

Zariel Iqbal tiba-tiba jatuh pengsan di parking kereta pelajar.Mujur Danial Haikal ada bersamanya.Terkejut juga Danial Haikal melihat keadaan sahabatnya sebegitu.

Zariel Iqbal dikejarkan ke hospital yang berdekatan.Wajah pucat dan tidak bermaya membuatkan Danial Haikal semakin risau.

Dia sempat menghubungi Puan Farah semasa di dalam ambulance.Puan Farah terkocoh-kocoh tiba di hospital.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" soalnya apabila mendekati anak muda itu.

"Saya tak tahu.Tetiba je Zariel pengsan.Penat sangat kot.." balas Danial Haikal ingin menyedapkan hati Puan Farah.

Setengah jam kemudian,seorang doktor wanita keluar dari ruangan itu.

"Siapa ahli keluarga pesakit?" kata doktor itu.

"Saya,doktor.." ujar Puan Farah.

"Begini puan,berdasarkan pemeriksaan saya,anak puan disahkan menghidap penyakit leukemia.Ini terjadi berpunca dari kegagalan sum-sum tulang menghasilkan sel-sel darah yang normal.Tanda-tanda lain juga disebabkan kekurangan sel darah merah,demam yang berpanjangan,kurang selera makan,kehilangan berat badan serta kesakitan dalam tulang dan sendi.Jenis leukemia anak puan ialah Acute Leukemia.Jenis yang ni,sel kanser yang kurang matang tetapi membiak dengan pantas.Kita sama-sama doakan yang terbaik untuk anak puan.."

Puan Farah menggelengkan kepalanya tanda tidak percaya apa yang baru didengari tadi.Tetapi,simptom yang doktor itu sebut ada berlaku pada anak lelakinya.

Dia buntu.

"Boleh ke kawan saya sembuh doktor?" ujar Danial Haikal pula.

"Peluang untuk sembuh tu agak tipis.Kalau dah tak de apa-apa,saya minta diri dulu.."

Danial Haikal menganggukkan kepalanya.

"Zariel takkan tinggalkan mama kan?" kata Puan Farah separuh merintih.

"Mak cik sabarlah.Insya-Allah,Zariel kuat.Kita kena terima ketentuan Allah.." pujuk Danial Haikal.

"Ni semua disebabkan budak tu!Semuanya jadi disebabkan dia!Kau memang pembawa bala dalam keluarga aku!"

Danial Haikal hanya mendengar.Dia tahu siapa yang Puan Farah maksudkan.Sahabatnya itu sudah menceritakan segalanya padanya.

***

Zariel Iqbal mula sedarkan diri.Kepalanya sungguh terasa berat sekali.

Dilihatnya di sisinya Puan Farah.

"Ma?"

Puan Farah memandang wajah anak sulungnya.

"Zariel,Zariel kena kuat tau?"

Zariel Iqbal memberikan pandangan yang agak pelik kepada mama kesayangannya.Cuba menghadam kata-kata mamanya.

"Mama cuba cakap apa ni?Zariel tak faham.."

"Kita buat treatment kat luar negara eh?Mama akan buat apa sahaja untuk sembuhkan Zariel.Tu janji mama!" ujar Puan Farah nekad.

"Apa maksud mama?"

"Zariel sakit leukemia,sayang.But,don't worry.Mama akan cari pakar untuk rawat anak mama.Mama tak kisah berapa kosnya janji anak mama sihat.." jujur Puan Farah berkata walaupun dìa tidak sanggup untuk memberitahu perkara yang sebenar.

Tercengang Zariel Iqbal dibuatnya.Dia sakit?Berapa lama lagi masa yang dia ada?Masih sempatkah dia mahu bertemu Hayfa Natalia yang dia sendiri tidak tahu bila gadis itu akan pulang?

Agak lama dia berdiam diri.


T A K D I R   K I T AWhere stories live. Discover now