Bab 16

1.8K 81 2
                                    

"Zariel,ibu nak cakap sikit boleh?" ujar Puan Naurah berhati-hati kerana risau akan penerimaan menantunya itu.

"Ibu nak cakap apa?" kata Zariel Iqbal sedikit pelik.

Sempat dia memandang ke arah sebelah.Hayfa Natalia hanya menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu.

"Tak de.Baru-baru ni,ibu ada nampak adik kamu si Zara tu.Dia dah ada teman lelaki ke?Ibu bukan apa.Apa tah lagi nak menyibuk.Zara tu perempuan.Tak elok ke hulu ke hilir dengan lelaki.Ibu harap kamu tak marahkan ibu ye?"

Hayfa Natalia dan Encik Fauzan yang berada di meja makan hanya mendengar.

Zariel Iqbal hanya menganggukkan kepalanya.Nasi goreng yang masih ada di pinggannya dimasukkan ke dalam mulutnya.

***

Petang itu,mereka beransur pulang.Suasana di dalam kereta hanya sunyi sepi.Yang ada hanya kedengaran lagu di corong radio.

"Kita singgah rumah mama papa kejap.." ujar Zariel Iqbal setelah beberapa minit mendiamkan diri.

"Tak nak!Kau nak pergi,pergi sorang.Hantar aku balik dulu pastu kau nak pergi mana,pergi lah.." kata Hayfa Natalia yang sedang berpeluk tubuh itu.

"Ada aku kisah?" ujar Zariel Iqbal selamba.

"Zariel,please.."

Hayfa Natalia memandang wajah bersih lelaki itu.Dia memandang dengan harapan supaya itu mendengar kata-kata sebentar tadi.

"Kau ni.Ambil lah hati mama.Kejap je.Please.."

Zariel Iqbal menggunakan intonasi yang sama seperti Hayfa Natalia di hujung ayatnya.

Hayfa Natalia memalingkan mukanya ke arah tingkap.Sakit hati mendengar balasan lelaki itu.Langsung tidak memahami dirinya.

Tidak tahukah lelaki itu yang mamanya  tidak suka akan kehadirannya?Atau lelaki itu suka dia berperang mulut dengan Mak Su?

Setengah jam kemudian,mereka tiba di perkarangan rumah Encik Rizman dan Puan Farah.Mereka melangkah keluar dari kereta.

Salam diberikan.

Encik Rizman menyambut kepulangan anak dan menantunya dengan hati terbuka.

"Dari mana ni?" ujarnya.

"Dari rumah ayah dengan ibu,pa.." balas Zariel Iqbal sambil menunduk menyalam tangan papanya.

"Oh.."

Mereka berkumpul di ruang tamu.Zara Ilyana menatang dulang.Dihidangkan ke atas meja yang tersedia.

"Zara,duduk kejap.Ada benda abang nak cakap.." ujar Zariel Iqbal sedikit serius.

Zara Ilyana hanya menurut.Dia mengambil tempat di sebelah Hayfa Natalia.

"Yang kamu serius semacam ni kenapa,Zariel?Zara buat apa?" kata Puan Farah.

"Mak Ngah ada nampak Zara dengan budak lelaki.Mama dengan papa tahu tak soal ni?Zara,siapa lelaki tu?" ujar Zariel Iqbal.

"Oh,Mak Ngah tu sebarkan cerita lah?Hayfa,kenapa keluarga tak habis-habis nak sibuk pasal keluarga aku?Ingat keluarga kau baik sangat ke?"

Hayfa Natalia memandang Mak Sunya.Dia melepaskan keluhan.

"Mak Su,ibu cuma cakap je.Ibu cakap untuk kebaikan Zara juga.Betul lah apa yang ibu cakap.Tak elok Zara berduaan dengan lelaki bukan mahram dia.." kata Hayfa Natalia membackup ibu kesayangannya.

"Habis,apa yang kau buat pada anak aku tu baik sangat?" sindir Puan Farah.

"Farah,sudah!Awak ni pun.Zara,betul ke kamu ada keluar berdua dengan lelaki?Siapa dia?Mama dengan papa kenal ke?" ujar Encik Rizman.

"Betul.Zara keluar dengan Irham.." jujur Zara Ilyana berkata.

"Papa harap lepas ni Zara kurangkan keluar dengan Irham.Nak keluar boleh tapi bukan berdua.Ajak teman.."

Zara Ilyana hanya menganggukkan kepalanya.Tidak menyangka pula ibu saudaranya ada nampaknya ketika dia keluar bersama Irham tempoh hari.

Zariel Iqbal dan Hayfa Natalia meminta diri tidak lama kemudian.

Mereka tiba di rumah.

"Puas hati kau?!" kata Hayfa Natalia geram.

"Kenapa ni?" soal Zariel Iqbal tidak mengerti.

Sampai-sampai sahaja,Hayfa Natalia sudah mahu bertikam lidah dengannya.Terkejut dia.

"Huh!"

Hayfa Natalia segera beredar naik ke bilik.Pintu biliknya dihempas agak kuat.Zariel Iqbal terpinga-pinga di bawah itu.

T A K D I R   K I T AWhere stories live. Discover now