Bab 7

1.8K 83 7
                                    

Selesai menunaikan fardu Asar,Hayfa Natalia dan Tasya bercadang mahu ke pantai yang berdekatan dengan rumah atuk dan nenek mereka.

Mereka hanya berjalan kaki sambil ditemani angin yang sepoi-sepoi indah bahasa itu.

Tanpa mereka sedari,ada beberapa sepupu perempuan mereka yang memandang tidak puas hati terhadap mereka berdua.Lagi-lagi pada Hayfa Natalia.

"Tengok tu.Langsung tak ajak kita.." ujar Qaisarah,anak Pak Teh dan Mak Teh.

"Tak sangka kan Hayfa tu macam tu.." kata Syazana,anak Pak Andak dan Mak Andak pula.

"Biasa lah tu.Depan nampak baik,belakang?Hurm..kesian Zariel.Tak pasal-pasal jadi mangsa dia.Silap hari bulan,Si Tasya tu pun ikut jejak dia.."

Qaireen pula bersuara.Dia juga merupakan anak Pak Teh dan Mak Teh.

Zara Ilyana yang baru keluar dari bilik terdengar perbualan mereka bertiga yang berada di beranda itu.

Dia turut melihat Hayfa Natalia dan Tasya yang sedang berjalan kaki.

***

Hayfa Natalia dan Tasya berjalan di gigi air pantai.Sungguh nyaman dan tenang suasana petang itu.

"Hayfa,sorry eh tak datang majlis kau.." usik Tasya.

Sengaja dia berkata begitu.Hayfa Natalia sudah memberikan pandangan tidak puas hati.

"Kau ni saja kan?Malas lah jalan dengan kau.Aku nak balik!"

Hayfa Natalia mula mengatur langkah.Dia merajuk.

Tasya sudah tersengih.Pantas dia mengejar langkah sepupunya itu.

"Eh,Hayfa!Jangan lah balik lagi.Aku gurau je lah!" halang Tasya.

Lengan sepupunya itu dipaut.

"Kau cakap bukan-bukan lagi,aku balik!" ugut Hayfa Natalia.

"Ye!Aku tak cakap dah.Kau ni sensitif betul lah.."

"Bukan sensitif lah.Aku tak suka!"

Mereka kembali ke gigi air pantai.Tidak lama selepas itu,mereka bermain pasir pula atau lebih tepat membina istana pasir.

Masing-masing sudah meningkat remaja namun perangai masih lagi seperti kanak-kanak riang.

***

Zariel Iqbal duduk di pondok kayu yang tersedia itu.Amsyar mendekati sepupunya itu.Amsyar merupakan anak Pak Long dan Mak Long.

"Tak sangka kau dah bergelar suami orang sekarang.." usik Amsyar sambil tersengih.

"Suami sementara je.Aku buat semua ni pun sebab nak tutup malu keluarga kita.." balas Zariel Iqbal geram dengan usikan Amsyar.

"Kau akan ceraikan Hayfa?Ada peluang lah aku nak dengan dia.."

Dia tahu Amsyar hanya bergurau.Kalau betul sekali pun,dia langsung tidak kisah.

"Aku gurau je,Zariel.Kau nak aku mati ke kalau atuk dengan nenek tahu?Dorang takkan mengaku kita cucu kan kalau kita suka sesama sepupu.." kata Amsyar separuh berbisik.

"Ye lah.Aku tengah fikir masa yang sesuai je untuk putuskan hubungan ni.Aku muda lagi.Tak pernah terfikir pun nak pikul tanggungjawab seberat ni time sekarang.."

"Kau sabar lah.Ada hikmah kenapa kau dengan Hayfa diuji sebegini.." nasihat Amsyar.

Disaat itu,Hayfa Natalia dan Tasya tiba di rumah.

"Ya Allah,Hayfa,Tasya!Kenapa korang berdua ni?" ujar Mak Lang,Puan Tasnim terkejut melihat anak perempuannya dan anak saudaranya berpakaian basah dan berpasir.

"Tasya ni,Mak Lang.Dia tolak Hayfa!" adu Hayfa Natalia.

"Hayfa pun sama,umi!" kata Tasya tidak puas hati.

"Macam-macam lah kamu berdua ni.Masuk!Pergi mandi!Ish,budak bertuah ni.." arah Puan Tasnim.

Dia sudah masak dengan perangai kedua-duanya.Ada sahaja akal mereka bersama.Kalau dikatakan adik-beradik pun,dia hanya mengiyakan sahaja.

Hayfa Natalia juga turut pernah tinggal di rumahnya kerana bekerja sambilan bersama Tasya selepas habis SPM.

Mereka berdua hanya tersengih.

Semua yang ada hanya memerhati dan mendengar.Masing-masing meluat dengan perangai mereka berdua.Saja inginkan perhatian!





T A K D I R   K I T AUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum