Bab 6

1.9K 77 10
                                    

Beberapa bulan kemudian,

Cuti penggal bermula.Mereka sudahpun duduk di rumah mereka sendiri.

Hayfa Natalia hanya duduk bersenang lenang di ruang sambil menonton drama akasia.

Zariel Iqbal yang baru selesai menunaikan solat maghrib mendekati Hayfa Natalia.

"Kejap lagi kemas baju-baju kau.Esok kita balik kampung.." ujarnya tanpa memandang gadis itu.

"Balik kampung?Tak nak aku.." selamba Hayfa Natalia membalas.

"Ni arahan mama lah.Mama ajak kita balik kampung.Ikut je lah.."

"Aku cakap tak nak.Tak faham bahasa ke?Lagipun,Mak Su ajak kau je.Kau je yang pandai-pandai ajak aku sekali!" ujar Hayfa Natalia tidak puas hati.

Tidak fahamkah lelaki itu yang dia tidak mahu pulang ke kampung?Dia tahu ibu saudaranya tidak mungkin mengajaknya pulang sekali.

"Memang mama aku tak ajak kau!Papa aku yang paksa aku untuk bawa pulang kau sekali!Kau buat apa hah sampai papa aku sayang kau sangat?!"

Hayfa Natalia tersenyum.Dia sudah mengagak itu sebenarnya yang terjadi.Kenapa lelaki itu lambat berterus terang?Huh.

"Pak Su seorang yang baik.Bertimbang rasa ke atas orang lain.Tak macam Mak Su!Suka bercerita buruk tentang orang lain!"

"Hayfa!Jangan biadab dengan mama aku!Kau nak kutuk orang lain,silakan!Mama aku,kau jangan sebut!Patutlah mama tak suka kau.Kau pun apa kurangnya?Keluarga kau?Oh,lupa.Keluarga kau,depan nampak baik.Belakang pun nampak baik.Korang kan suka guna cara halus untuk kepentingan keluarga korang.." kata Zariel Iqbal berbaur sindiran.

Puas hatinya berkata sebegitu.Jika gadis itu sakit hati dengan kata-katanya,dia lagi sakit hati dengan kata-kata Hayfa Natalia yang mengata buruk tentang mama kesayangannya.

Hayfa Natalia cuba mengawal emosinya.Moodnya yang sedang rancak menonton drama di slot akasia itu mula mundur.

***

Mereka berempat berada dalam satu kereta.Zariel Iqbal memandu kereta mamanya.Papanya pula tidak pulang sekali kerana ada kerja yang perlu diselesaikan.

Beberapa jam kemudian,mereka tiba di kampung halaman yang terletak di Negeri Melaka itu.Kelihatan beberapa buah kereta berada di halaman rumah Puan Fauziah dan Encik Ahmad.

Lambat-lambat Hayfa Natalia melangkah keluar dari kereta itu.Segan sebenarnya.Sudahlah kedua ibu bapanya tidak pulang sekali.

"Lambatnya sampai Farah.Bawa balik menantu rupanya.." sinis Puan Fariha,Mak Teh mereka berkata.

Disebabkan Puan Farah dan Puan Fariha adik beradik,perangai pun lebih kurang sama.Suka jaga tepi kain orang.

"Terpaksa Kak Teh.." balas Puan Farah selamba.

"Sampai dah orang KL ni?" ujar Puan Fauziah yang baru muncul di muka pintu.

"Apa khabar,mak?Sihat?" ujar Puan Farah sebaik sahaja bersalaman dengan Puan Fauziah.

"Khabar baik je,Farah.Masuk lah.Tercegat kat luar ni kenapa?Haa,Hayfa.Ibu dengan ayah tak balik?" kata Puan Fauziah sambil memandang ke arah Hayfa Natalia yang dari tadi hanya menunduk.

"Err..ayah kerja,nek.." balas Hayfa Natalia.

"Tu je lah ayah kau tahu.Cuti sekolah ni pun kerja.Pentingkan sangat kerja tu.Balik raya pun jarang-jarang.Tu sebab tak reti jaga anak.Tak ambil tahu perkembangan anak.." sembur Puan Fauziah.

Hayfa Natalia cuba memujuk hatinya supaya terus bersabar.Itu lah salah satu sebab mengapa dia tidak berapa suka pulang ke kampung.

Kalau dia membalas nanti,dikatakan kurang ajar pula.Namun,mereka juga yang memarakkan suasana.

Zara Ilyana juga hanya mendengar.Malas ikut masuk campur.Dia pun sebenarnya turut tidak suka perangai keluarga belah mamanya.

Mereka mula masuk ke dalam rumah.Semua mata memandang ke arah mereka.Lagi-lagi ke arah pasangan muda itu.

Hayfa Natalia menyalam semua yang ada.Wajahnya mula ceria apabila terlihat keluarga Pak Lang.Dia sememangnya rapat dengan keluarga Pak Langnya.

Setelah selesai bersalaman,dia pantas mencari kelibat sepupunya yang satu itu.Tidak sabar mahu bertemu dengan Tasya atau nama panjangnya,Nur Natasya.









Bersabar lah wahai hati-Hayfa Natalia✌

T A K D I R   K I T AWhere stories live. Discover now