Bab 12

1.9K 76 0
                                    

Sekolah dibuka setelah hampir dua minggu bercuti.Zariel Iqbal menuju ke tempat duduknya.Dibetulkan tali leher dan menyinsingkan kemeja maroonnya ke paras siku.

Dia terpandang ke arah sekumpulan pelajar yang baru melangkah masuk ke dalam kelas.Sudah pasti ada sepupunya yang seorang itu.

Ya,mereka sekelas.

Pada awal lagi,Hayfa Natalia sudah memarahinya kerana dia memilih kos yang sama dengan gadis itu.Nampak benarlah gadis itu sangat membencinya.

Ingat dia nak ke sekelas dengan sepupunya itu?Memang tidak lah!Tapi,nak buat macam mana?Sudah ditakdirkan mereka sekelas.Redha je lah.

"Hah,mengelamun!Sempat eh kau mengelamun sambil betulkan baju?" ujar Danial Haikal sambil sempat menyindir sahabatnya.

Dia tersengih.

"Banyak lah kau!Mana ada aku mengelamun.Dah lah,aku nak pergi tandas.Kau nak ikut tak?" balas Zariel Iqbal sedikit geram dengan sahabatnya yang seorang itu.

Dia mula bangun dari tempat duduknya.Danial Haikal juga turut begitu.Dia mengekori langkah Zariel Iqbal.

***

"Abang.." ujar Puan Naurah sambil menatang dulang yang berisi jag air dan sepinggan pisang goreng.

Encik Fauzan hanya memandang isteri tercintanya.Diambilnya pisang goreng yang masih panas itu lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Hayfa bagitahu saya,mak ada minta maaf pada dia.." kata Puan Naurah tidak lama kemudian.

"Mak minta maaf?Mak bukannya ada salah pada dia.Segan pula abang pada mak.." balas Encik Fauzan yang nyata terkejut dengan kata-kata isterinya.

"Mungkin mak minta maaf pasal apa yang jadi pada budak berdua tu kot.Ye lah,semua anggap Hayfa yang perangkap Zariel.Hurm..cakap pasal budak berdua tu,saya jadi risaulah,bang.."

"Apa yang awak nak risau kan?"

"Abang,budak berdua tu terpaksa je kahwin.Semuanya sebab nak tutup malu.Saya risau lah.Budak berdua tu muda lagi.Dorang tak pandai lagi bab-bab kahwin ni.Kalau dorang bercerai macam mana?"

"Apa awak cakap macam tu,Naurah?Kalau betul dorang berpisah,kita anggap je lah yang dorang tak de jodoh.Awak ni suka fikir bukan-bukan.." tegur Encik Fauzan tidak bersetuju apabila isterinya membangkitkan isu 'penceraian'.

Moga dijauhkan.

"Saya bukan fikir bukan-bukan,bang.Saya cuma cakap je.Budak berdua tu bukannya bercinta pun.Tak mustahil tau hal tu berlaku.Lagi-lagi Farah tu,bang.Dia kan memang tak boleh terima semua ni.."

"Kalau Hayfa memang dah ditakdirkan untuk Zariel,Farah kena lah terima.Kita ni sebagai ibu bapa cuma kena doakan yang terbaik je untuk mereka.."

Puan Naurah hanya mendengar.Dia sungguh risau akan nasib anak tunggal perempuannya jika Zariel Iqbal melepaskan anaknya itu.

Namun,jika perkara itu berlaku,dia tidak marahkan anak muda itu.Dia faham anak saudaranya itu masih belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

Pasangan muda itu hanya sebagai mangsa keadaan.

***

Hayfa Natalia selesai berdoa setelah menunaikan fardu Asar.Dia menanggalkan telekung serta melipat sejadah.

Kemudian,dia melangkah turun ke tingkat bawah.Kelihatan Zariel Iqbal sedang mengikat tali kasut bolanya di muka pintu.

Itu lah rutin harian lelaki itu setiap kali menjelang petang.Dia menuju ke arah ruang tamu.Televisyen dipasang.

Dia mencapai remote control dan mencari channel yang diminatinya.

Zariel Iqbal yang sudah siap membetulkan tali kasutnya memandang ke arah Hayfa Natalia yang fokus pada siaran yang ditonton.

Dia mula mengatur langkah ke arah motosikal kesayangannya.Enjin dihidupkan lalu mengerakkan motosikalnya itu ke padang yang berdekatan.

Hayfa Natalia tersenyum sendirian apabila sepupunya itu sudah pergi.Dia memandang sekeliling rumah itu.Pak Su dan ayahnya memang pandai memilih rumah.

Dia terasa bahagia duduk seorang diri di rumah yang agak besar itu.




T A K D I R   K I T AWhere stories live. Discover now