𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |2

Start from the beginning
                                    

"Maafkan Faris mama, papa." Dia tidak tahu sampai bila dia boleh bertahan untuk menutup kebenaran tentang pekerjaannya kepada mama dan papa.

" Dia tidak tahu sampai bila dia boleh bertahan untuk menutup kebenaran tentang pekerjaannya kepada mama dan papa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malam sudah mula menampakkan wajah. Selesai sahaja solat maghrib, Reanne duduk di penjuru katil. Sedang leka mengelamun, tiba tiba telefonnya yang berada di meja lampu tidur menjerit supaya diangkat.

Lantas dia bangun dan nama 'Abang Ris❤' tertera pada skrin. Telefon dilekapkan pada telinga selesai sahaja menekan butang hijau.

"Assalamualakum abang Ris." Dia menjerit perlahan menunjukkan bahawa dia teruja dengan panggilan yang baru masuk itu.

"Waalaikumussalam Reanne. Excited sangat ini dengar suara abang Ris." Faris di hujung talian sana hanya tersenyum seperti adiknya ini berada di hadapannya kini.

"Mestilah. Dah lama tak jumpa abang Ris. Tinggal dekat pun bukan selalu boleh jumpa." Suara Reanne mula berbunyi nada nada merajuk.

"Alalala sorry lah adik abang Ris sorang ni. Abang sibuk lah adik. Kadang kadang je sempat jumpa dengan Reanne." Faris memujuk adiknya yang manja ini.

"Yelah abang Ris. Ni kenapa call ni? Nak cakap dengan mama ke?" Reanne menanyakan pada Faris. Mana tahu yang memang abang dia ni nak bercakap dengan mama. Selalunya mama tak sedar kalau ada yang call dia.

"Ya nak bercakap dengan mama. Tapi sekarang ni cakap dengan Reanne dulu lah. By the way, abang balik dua minggu lagi." Faris memberitahu dengan nada yang gembira. Tak gembira apanya kalau dapat berjumpa dengan semua. Bukan senang semuanya berkumpul.

"Seriuslah abang Ris?! Aaa tak sabar!" Suara Reanne kedengaran tinggi. Amat teruja apabila dapat tahu yang abang Ris dia ni dapat balik kampung hujung minggu ni.

"Ya. Tapi abang balik dengan bos abang." Faris memberitahu awal awal agar Reanne tidak terkejut dengan kehadiran Tengku Adrian nanti.

"Bos abang? Buat apa dia datang sini?" Reanne tidak dapat menutup rasa peliknya. Yalah sebab abang dia pernah cakap yang bosnya itu tak mesra dengan orang. Jadinya pelik lah kalau nak berhubung dengan keluarga dia.

"Tak adalah. Dia saja je datang sini. Nak tengok tapak projek dekat Kelantan ni." Bab tak projek ini memang Faris tak tipu. Sekarang ni syarikat Adrian tengah menjalankan projek perumahan di kawasan bandar itu. Tapi tak tahulah pergi ataupun tidak ke tapak projek itu.

"Oh. Ingatkan kenapa." Suara lega Reanne menimbulkan rasa sebu dalam hati Faris. Sebabkan mulut dia yang terlepas cakap itu, nyawa Reanne mungkin dalam bahaya. Tengku Adrian tak akan duduk diam kalau dia jumpa sesuatu yang menarik dalam diri adiknya itu.

Tak perlu meneroka dalam diri sebab penampilan luar adik dia dah cukup sempurna. Dengan wajah yang manis dan cantik itu, tipulah kalau mana mana lelaki yang tak toleh dua kali kalau berselisih.

Disebabkan faktor inilah dia tak nak adik dia jadi mangsa buruan Tengku Adrian walaupun Tengku Adrian dah janji untuk tidak apa apakan Reanne. Janji Tengku Adrian boleh dipegang.

Adrian's Obsession Where stories live. Discover now