Chapter 29 : 'Salah Silah Phantom'

1K 138 29
                                    

'Drip.... Drop....'

Bunyi air menitik daripada atas langit terus mengenai dahi Skull.

Skull : "Haa...."

Skull terus mendongak ke langit merelakan wajahnya terkena titisan air yang entah daripada mana puncanya.

"Hoi."

Skull terus memandang ke arah suara tersebut. Kelibat phantom yang sentiasa menghatuinya di tenung dengan mata kasarnya.

"Nampaknya kau dah biasa dengan alam mimpi ini."

Skull : "Entahlah, phantom. Ada benda yang lagi merisaukan aku sekarang ini."

"Tentang Phantom Guardian Dark Wing itu ke?"

Skull : "A... Aku masih lagi tidak faham salah silah phantom ini."

Phantom hanya memandang ke arah Skull yang kelihatan sangat buntu. Dia kemudian berjalan mendahuluinya. Langit yang gelap yang hanya diterangi dengan aurora pelbagai warna ditatapnya.

"Apa yang kau nak tahu tentang salah silah phantom ini?"

Skull : "Phantom ini ada berapa banyak? Apa yang akan terjadi apabila kesemua phantom dapat disatukan?"

"Phantom ada tiga beradik kesemuanya. Yang sulung, Arzaz iaitu phantom api hitam. Dia yang paling liar dan sangat sukar untuk di kawal. Maka tidak peliklah dia menjadi phantom yang paling kuat berbanding phantom yang selebihnya. Kedua, Oggeran. Dia pula mempunyai kuasa sihir hitam yang sangat kuat."

Skull : "Itu ke phantom yang Karasu ada sekarang ini?"

"Barangkali...."

Phantom hanya memandang ke arah Skull dengan jelek.

"Yang terakhir dan yang semua orang sibuk-sibuk mencari ialah Ancient. Dia tidaklah sekuat Arzaz dan Oggeran. Tapi yang kau kena tahu, kesemua phantom adalah pembunuh dan berbahaya."

Skull : "Jadi... Kau ini phantom yang mana? Arzaz atau Ancient?"

"Kau tak perlu nak tahu semua itu. Yang kau kena tahu...."

Lantas phantom berpaling ke arah Skull. Dengan pantas dia menarik leher baju Skull rapat ke wajahnya. Skull sangat terkejut dengan tindakan refleks phantom.

"Aku dapat rasakan yang aku akan dapat kuasai badan kau semasa kita tiba di Kerajaan Utitania. Masa itu, aku tak dapat dihentikan lagi!"

🌸🌸🌸

Skull : "Aah!"

Skull terjaga daripada mimpinya. Dia kemudian melihat ke arah luar tingkap kereta api yang sedang mereka naiki untuk ke Kerajaan Utitania. Skull mengusutkan rambutnya memikirkan kata-kata phantom tadi.

Skull : "Tak gunanya.... Apa maksudnya yang dia dapat rasakan yang aku akan dengar muzik antik itu?"

Skull mulai rasa tidak sedap hati seraya mengambil telefon bimbitnya dan segera membuat carian.

Skull : "Muzik Antious Metaluge wujud sekitar tahun 300 masihi. Lagu ini merupakan lagu kebangsaan pertama Kerajaan...."

Lantaran itu, telefon bimbit Skull terus terlepas daripada genggamannya sebaik sahaja dia membaca perkataan terakhir dalam kenyataan media tersebut. Perkataan terakhir yang terpampang pada kenyataan itu ialah 'Utitania'.

Guardian Academy : The Last Phantom©Where stories live. Discover now