Chapter 20 : 'Misi Pertama Berkumpulan'

1.2K 143 15
                                    

Pada hari ini, Skull dan Meena pergi ke sebuah kepulauan untuk menyelesaikan misi kenaikan pangkat. Akan tetapi mereka bukannya bersendirian untuk misi kali ini.

Johnny : "Wah...! Cantiknya pemandangan di sini."

Juena : "Agak-agaknya, ada ikan jerung kotak tak dekat sini?"

Hairan? Apa yang Johnny dan Juena buat bersama Skull dan Meena?

🌸🌸🌸

Mengimbau kembali apa yang telah berlaku. Meena dan Skull sudah berada di hadapan papan kenyataan misi kenaikan pangkat. Masing-masing fokus untuk memilih misi apakah yang berbaloi.

Skull : "Kau kena buat keputusan betul-betul ini. Nanti risau jadi kes macam Ikan Herry itu."

Meena : "Aku tahulah. Kau itu pun bukannya membantu."

Skull : "Eh, ikut sedap mulut dia sahaja nak cakap aku ini tidak membantu! Kalau aku tak membantu, Ikan Herry itu siapa yang tewas kan? Aku atau pun kau?"

Meena hanya menjeling ke arah Skull. Gaya Skull mengungkit itu, sama seperti makcik-makcik zaman 60-an.

Tiba-tiba bola mata Meena terpanah ke arah sehelai kertas merah yang ditampalkan pada papan kenyataan itu.

Meena : "Kenapa kertas ini warna merah ye?"

Skull : "Itu untuk misi berkumpulan kalau tidak silap akulah. Jadi ganjarannya pun hebat dan misinya pula bukan calang-calang."

Meena : "Wah, ganjarannya boleh terus lompat gredlah!"

Skull : "Kan aku sudah cakap, ganjarannya lebih lumayan."

Meena : "Tapi... apa faedahnya kalau kita naik gred sedangkan kita tiada terima upah selepas itu? Jadi kita sekadar naik gred kosong sahajalah kalau begitu."

Skull : "Kalau kita dapat naik gred, kita akan dapat elaunlah, budak bertuah."

Mata Meena terus bersinar bak kilauan permata mendengarkan ganjaran lumayan itu.

Meena : "Maksudnya, kita tak perlulah nak buat misi untuk dapatkan duit poket?"

Skull : "Dalam erti kata lain, ya. Tapi kita tetap kena naik pangkat untuk mencari kakak kau. Kau jangan lupa pula itu."

Meena : "Oh, ye."

Meena kian bermurung mendengarkan ayat kakaknya yang baru sahaja berlepas daripada mulut Skull. Tidak sangka pula yang dia hampir terlupa tujuan utamanya ke situ. Tambahan pula hampir tiga bulan dia tidak bertemu dengan keluarganya. Entah apalah khabar mereka sekarang?

Skull : "Kalau kau nak buat misi itu, lebih baik cepat. Nanti orang lain ambil misi itu, melepas pula."

Meena : "Hmm...."

Meena baru sahaja hendak mengambil helaian kertas misi tersebut, namun tiba-tiba terdapat tangan seseorang yang sudah mengambilnya.

Meena : "Eh?"

"Eh, Meena?"

Agak terkejut kerana ianya suara seseorang yang sangat biasa didengarinya.

Meena : "Eh, Johnny?"

Johnny : "Nampaknya, awak pun nak buat misi yang samalah. Apa kata awak join kumpulan saya?"

🌸🌸🌸

Guardian Academy : The Last Phantom©Where stories live. Discover now