Chapter 22 : 'Penangkapan'

1.1K 142 32
                                    

Meena : "Kau mesti lapar sangat kan hari ini?"

Meena menemankan Skull untuk makan di hadapan khemah mereka. Skull makan dengan lahapnya. Itulah baru dikatakan kenikmatan dapat makan.

Skull : "Aku kena paksa makan daging beruang salai tadi."

Meena : "Erk? Jadi kau makan ke?"

Skull : "Aku lapar sangat. Jadi aku makanlah sedikit."

Meena : "Ihihih...."

Skull meneruskan makannya. Setelah selesai, mereka berdua pun hendak masuk tidur. Yang agak mengejutkan, mereka terpaksa berkongsi khemah dan tilam yang sama dek kerana kebanyakan bangunan di situ sudah musnah dikerjakan makhluk tidak bernama sebelum ini.

Meena : "Cuma disediakan satu selimut sahaja untuk satu khemah?"

Skull : "Hmm.... Kita kena berkongsi selimutlah kalau macam itu."

Meena hanya membisu. Kepalanya mula dicemari dengan pelbagai pengaruh yang bukan-bukan. Dia pun tidak pernah berkongsi katil dengan Skull selama mereka tinggal bersama-sama. Sangat janggal baginya untuk berkongsi katil dan selimut dengan mana-mana lelaki. Jangan dikatakan mana-mana lelaki, dengan abangnya sendiri pun dia tidak pernah berkongsi katil. Selimut apatah lagi.

Skull : "Apa yang kau tercegat lagi itu? Kau tak nak tidur ke?"

Meena : "T... tak.... Bukan itu."

Skull : "Biar aku teka. Kau tak selesa ya tidur dengan aku?"

Meena langsung tidak menjawab pertanyaan Skull itu. Macamlah Skull itu baru dua hari mengenalinya.

Skull : "Kalau macam itu, aku tidur dekat luarlah."

Skull terus bangun daripada baringnya. Seraya dia hendak berjalan ke luar khemah.

Meena : "Eh, Skull! Tak apalah. Kau tidur sahajalah dekat sini."

Meena berusaha untuk mengambil hati Skull. Sungguhpun dia tidak biasa tidur disampingnya namun dia tidaklah tergamak untuk menghalaunya keluar daripada situ.

Skull : "Aku tahulah. Kita mana pernah tidur bersama. Kau mestilah rasa janggal."

Tegas Skull terus hendak berjalan ke luar. Meena dengan segera menarik baju Skull sebelum sempat dia berjalan pergi.

Skull : "M... Meena?"

Meena : "Tapi aku tak sanggup nak biarkan kau tidur dekat luar."

Meena langsung tidak memandang wajah Skull. Hatinya tiba-tiba memainkan rentak rancak. 'Kenapa aku rasa berdebar sangat ini?', bisik Meena di dalam hati. Langsung tidak di terima akal dengan degupan jantungnya.

Skull : "Aku cuma tak nak buat kau rasa tidak selesa. Itu sahaja. Kalau kau tak selesa tidur dengan aku, tak apalah. Aku boleh sahaja tidur dekat luar itu."

Meena : "Ceh, macam aku tidak kenal kau itu. Nama sahaja Phantom Guardian tapi aku tahu sangat badan kau itu manja. Kau berani tidur dekat luar, aku tak nak bercakap dengan kau."

Skull hanya menggosok belakang lehernya. Tidak tahu hendak membalas apa kepadanya. Semenjak mereka tiba di situ, Meena sangat mengambil berat terhadapnya. Sebenarnya ada baiknya juga Meena mengambil berat terhadapnya. Akan tetapi terasa rimas juga kadangkala.

Skull : "Haih.... Okeylah. Aku betul-betul mengantuk sekarang ini. Boleh tak kita tidur?"

Skull kembali berbaring di atas tikar jepun yang telah disediakan. Meena pun dengan perlahan merebahkan badannya di sebelah Skull.

Guardian Academy : The Last Phantom©Where stories live. Discover now