Chapter 45 : 'Perlumbaan Headband'

1K 126 26
                                    

"Tinggal lagi lima tempat kosong! Siapakah lima kumpulan bertuah yang bakal meneruskan acara?"

Kelibat Skull masih lagi tidak kelihatan di stadium itu.

Meena : "Di mana Skull ini? Kenapa lama sangat?"

Shasha : "Saya yakin dia akan tiba tak lama lagi."

Tidak lama kemudian, hanya tinggal lagi dua kekosongan kumpulan yang akan mara ke peringkat seterusnya. Kerisauan mula menyelaputi jiwa Meena.

Seth : "Onii-chan.... Kau okey ke tak itu?"

Ethan : "Entah kenapa aku rasa tidak sedap hati."

Johnny : "Nanti dulu. Apa bendanya dekat situ?"

Seraya Johnny menunding jari ke arah pintu masuk stadium. Terdapat susuk seseorang memasuki pintu besar itu.

Meena : "S... Skull."

Blair sedang memapah Skull memasuki stadium itu. Melangkah sahaja kaki Skull dan Blair ke dalam bangunan stadium itu maka cukuplah kuota.

"Baiklah, dengan ini seratus tempat utama telah pun penuh! Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mara ke pusingan seterusnya."

Kumpulan Blair dan kumpulan Skull menjadi kumpulan kedua terakhir yang memenuhi kekosongan 100 tempat itu.

Meena : "Skull!"

Blair : "Dia tak apa-apa. Cuma dia banyak cedera dekat bahagian dalam badan dia."

Meena : "Apa yang sudah berlaku?"

Skull : "Dia orang sudah ada dekat sini?"

Mata Meena terus membutang mendengarkan kata-kata Skull. Dengan pandangan yang sedikit panik, tidak lain tidak bukan mestilah dia sudah pun di serang antara Orb Jury ataupun Tyrants.

Natalie : "Siapa yang sudah sampai dekat sini?"

Kawan-kawan mereka yang kebetulan tiba di situ agak terpingar-pingar mendengarkan perbualan Skull dan Meena. Belum sempat untuk Skull menjawab persoalan rakan-rakannya, kedengaran satu suara menyampuk mereka.

Prof. Choi : "Tyrants dan Orb Jury."

Profesor Choi entah sejak bila sudah pun terpacak di belakang mereka.

Prof. Choi : "Nampaknya dia orang lakukan tugas dengan baik."

Skull : "Tak guna! Aku memang sudah agak ianya angkara kau kan?"

Prof. Choi : "Aku cuma perlu pastikan yang Tyrants dan OJ menjalankan tugasnya untuk menangkap kau. Itu sahaja. Tapi aku tahu ianya mustahil untuk menangkap kau."

Kesemua mereka terkejut mendengarkan kata-kata Profesor Choi.

Meena : "T... tak. Apa maksud Profesor...?"

Skull : "Kenapa kau nak sangat tangkap aku ini?"

Prof. Choi : "Bukan aku yang nak tangkap kau. Dark Wing yang nak tangkap kau. Aku hanya tali barutnya sahaja."

Johnny : "Hei, doktor! Kau jangan usik Skull."

Prof. Choi : "Ianya bukan urusan kau. Aku hanya menjalankan tugas. Pastikan yang Tyrants dan OJ tak dapat tangkap kau. Jadi aku dapat bunuh sendiri dia orang."

Profesor Choi terus berjalan pergi meninggalkan stadium itu.

Skull : "Tak guna!"

Blair : "Aku sudah dapat agak yang profesor itu ada perkaitan dengan Dark Wing."

Guardian Academy : The Last Phantom©Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz