Chapter 9 : 'Nafsu Phantom'

1.2K 153 45
                                    

Meena : "Hmm.... "

Meena perlahan-lahan membuka matanya. Dia kini sedang terbaring di atas sebuah katil bujang.

Meena : "Hmm.... Apa yang sedang berlaku?"

Pn. Ling : "Kamu dah bangun?"

Meena kemudian menggosok matanya. Dia ternampak Puan Ling sedang membawa sedulang sarapan untuknya.

Meena : "Makcik Ling. Mana Skull?"

Pn. Ling : "Dia ada di luar itu."

Meena perlahan-lahan duduk di atas katil itu. Lalu Puan Ling meletakkan dulang sarapan itu di atas meja dan duduk di sebelah Meena.

Pn. Ling : "Maaf kalau makcik tanya ini. Guardian kamu itu Phantom Guardian ke?"

Meena : "Ya. Makcik takut dengan dia ke?"

Pn. Ling : "Semua orang patut takut dengan dia. Tapi... dia masih lagi suci."

Meena : "Apa maksud makcik masih suci itu?"

Meena mulai memikirkan benda yang entah apa-apa. Puan Ling hanya tersenyum melihat wajah Meena.

Meena : "Saya tak tahu apa-apapun tentang asal usul Phantom Guardian ini."

Pn. Ling : "Makcik memang nak sangat bercerita kepada kamu. Akan tetapi makcik risau kamu sendiri yang akan takut."

Meena : "Tak apa makcik. Saya nak tahu sangat. Tolonglah.... Saya merayu dengan makcik."

Lantas, Meena menunduk dan memegang tangan Puan Ling merayu untuknya memberitahu kisah sebenar Skull.

Pn. Ling : "Baiklah.... Tapi kamu janji dengan makcik yang kamu akan kekal teguh berada disisinya."

Meena : "Saya berjanji!"

Puan Ling pun memulakan ceritanya.

Pn. Ling : "Phantom Guardian atau lebih dikenali sebagai Guardian langit merah. Antara Guardian yang sangat ditakuti. Phantom Guardian lahir bersamanya nafsu jahat yang bakal memporak-perandakan dunia ini."

Meena : "Memang semua orang akan memusuhi Phantom Guardian ke?"

Pn. Ling : "Bukan semua orang memusuhinya tetapi dia yang memusuhi semua orang."

Meena kian membisu setelah mendengarkan kata-kata Puan Ling.

Pn. Ling : "Nafsu phantom itu sangat bahaya di tambah pula dengan fizikalnya yang sangat susah untuk mati membuatkan dia menjadi ancaman yang paling digeruni."

Meena : "Tapi saya tak faham. Orang kata Phantom Guardian ini tak mati tetapi Skull ada cerita yang dia rindukan zaman kanak-kanak dia."

Pn. Ling : "Itu sebab hanya jasad sahaja yang bertukar tetapi rohnya tetap sama."

Membutang anak mata Meena mendengarkan penjelasan Puan Ling.

Meena : "Tak mungkin...."

Pn. Ling : "Kelahiran semula Phantom Guardian ini kebiasaannya pada waktu malam bulan mengambang. Sebab itulah, ramai orang sangat takut apabila anak mereka lahir pada waktu bulan mengambang."

Meena : "Maksudnya Phantom Guardian ini boleh lahir di rahim sesiapa sahaja? Walaupun tiada genetik Guardian dalam keluarga itu? Sebab Skull ada bagitahu dalam keluarganya cuma dia seorang sahaja yang Guardian."

Guardian Academy : The Last Phantom©Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin