Chapter 56 : 'Pertembungan Tiga Phantom'

989 128 52
                                    

Meena : "Kunci Phantom Guardian, di buka."

Langkah Skull terhenti apabila mendengar kata-kata Meena.

Skull : "A... apa? Kunci Phantom?"

Skull elok sahaja tercegat memandang Meena. Langsung tiada sebarang tindakan balas terhadapnya.

Meena : "Ianya tidak berkesan ke?"

Tidak lama kemudian, Skull tiba-tiba melutut di atas tanah.

Meena : "S... Skull?"

Skull : "Apa yang tidak kena dengan aku?"

Ingatan Skull bersama Shien di imbas kembali secara tiba-tiba dengan iringan air mata yang tidak tahu apa penyebabnya.

Skull : "K... kenapa aku menangis tiba-tiba ini? Shien?"

Meena : "Shien sudah tiada lagi."

Membeliak mata Skull mendapat tahu bahawa Shien kini sudah tiada di bumi nyata ini.

Skull : "K... kau bergurau bukan, Meena?"

Meena : "Aku buka kunci Phantom Guardian. Bayaran untuk membuka kunci itu ialah nyawa Shien."

Skull : "A... apa dia? Kenapa kau buat begitu?"

Skull mulai hendak naik angin dengan tindakan meluru Meena.

Meena : "Sebab itulah permintaan terakhir dia. Dia nak kau selamatkan dunia dan tamatkan peperangan ini. Dia nak balas jasa kau dan kita semua sebab menghargai kewujudannya."

Skull : "Shien...."

Skull kemudiannya mengeluarkan aura yang sangat kuat. Dia sudah bersiap sedia untuk bertukar ke versi semulajadinya.

🌸🌸🌸

Shien yang sedang berlawan dengan Oggeran itu terus rebah setelah Meena membuka kunci keramat itu.

"Woi! Kau ini sudah kenapa? Jangan nak mati di depan aku. Aku nak bawa kau kepada Karasu."

Tegas Oggeran sambil mengheret badan Shien yang enggan berdiri itu.

"Kau akan tewas, Oggeran.... Skull akan menjadi satu-satunya Phantom Guardian yang bertahan sehingga akhir peperangan ini."

Itulah kata-kata terakhir Shien sebelum dia melesap ibarat debu yang ditiupkan angin.

"Tak guna! Shien!"

Oggeran begitu marah terhadap Shien. Serta merta misinya gagal untuk membawa pulang Shien bersamanya.

"Di mana si budak Skull itu? Aku kena bunuh dia juga kali ini!"

Oggeran kembali berjalan ke arah tempat di mana kali terakhir Skull berada.

🌸🌸🌸

Meena menyaksikan satu per satu perubahan yang berlaku kepada Skull. Aura yang cukup kuat itu telah menghasilkan angin yang berwarna-warni. Ibarat berada di alam mimpi sekiranya melihat ke arahnya.

Lama kelamaan aura yang begitu kuat itu kembali menjadi tenang. Maka terlihatlah susuk tubuh Skull dalam rupa sebenarnya. Rupanya tidak ubah seperti Shien. Cumanya Skull masih mengekalkan susuk manusianya.

 Cumanya Skull masih mengekalkan susuk manusianya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Guardian Academy : The Last Phantom©Where stories live. Discover now