Chapter 6 : 'Kelemahan Phantom'

1.4K 172 29
                                    

"Kau ini jahat! Kaulah penyebab bencana besar ini berlaku."

Suasana sangat gelap dan tiada sebarang cahaya pun yang menerangi kawasan tersebut. Hanya kedengaran suara yang menakutkan sahaja di situ. Entah suara siapakah itu tiada siapa tahu. Suara itu terus menerus menyalahkan orang yang sedang mendengarnya. Sampailah suatu ayat dileparkan oleh suara itu yang menggugat si pendengar.

"Matilah kau, Phantom!"

🌸🌸🌸

Skull : "Argh!"

Sekali lagi, ianya hanyalah mimpi buruk Skull. Sejak kebelakang ini, dia kerap sekali mendapat mimpi-mimpi buruk dan mengerikan. Berpeluh-peluh muka Skull apabila bangkit daripada mimpi ngeri itu.

Skull : "Tak.... Bukan sekali lagi."

Skull kian mengusutkan rambutnya. Terlalu buntu memikirkan apa yang sedang berlaku pada dirinya. Nafas Skull yang mencungap daripada tadi mulai diperlahankan.

Skull : "Apa bendanya semua itu? Kenapa aku asyik bermimpi benda yang entah apa-apa yang aku sendiri tak ada jawapannya?"

Skull terus-menerus mempersoalkan perkara itu. Hendak bangun pun masih terlalu awal untuk dia ke akademi. Hanya mampu terperuk di atas katil itu mengharapkan yang dia kembali terlena. Namun hatinya masih lagi terasa berat untuk tidur, mengingatkan mimpi tadi akan kembali menghantuinya.

🌸🌸🌸

Meena : "Selamat pagi, Skull!"

Meena menegur Skull yang sudah berada di dapur rumah asramanya. Habis dapur di selongkar Skull mencari makanan untuk di makan sebagai sarapan pagi.

Melihatkan Meena yang begitu ceria, Skull tiada niat untuk merosakkan moodnya. Lalu dia membalas ucapan Meena.

Skull : "Hmm.... Selamat pagi."

Meena : "Macam mana tidur malam tadi?"

Skull : "Okey sahaja."

Meena : "Ihihih...."

Meena secara rawak tersengih kerang busuk kerana dapat agak jawapan yang bakal keluar daripada mulut Skull. Memang itulah ayat yang akan diluahkannya walaupun dia di ganggu dengan mimpi yang sangat teruk. Sungguh pun begitu, dia tidak mahu membuatkan Meena risaukannya atas sebab yang remeh.

Meena : "Hari ini, aku nak masak omelette kesukaan kau."

Skull hanya menganggukkan kepalanya tanpa reaksi. Suasana sangat sunyi di dalam rumah asramanya itu. Terasa seperti hanya mereka berdua sahaja yang berada di situ.

Skull : "Kita selama ini tinggal berdua sahaja ke di sini?"

Meena : "Shasha ada kelas awal pagi hari ini. So dia dah keluar awal tadi."

Skull : "Maksud aku, selain dia memang kita sahaja ke yang menetap di rumah asrama ini? Rumah ini dua tingkat pula itu."

Meena : "Jangan cakap yang kau takut?"

Meena sengaja mengusik Skull yang tidak senang duduk daripada tadi.

Skull : "Aku takut? Tak adalah. Hantu pun takut dengan aku kalau kau nak tahu. Aku cuma pelik. Besar-besar rumah ini, tak akan cuma tiga orang sahaja penghuninya?"

Buat pengetahuan semua, akademi ini menyediakan rumah asrama bagi setiap pelajarnya untuk menginap. Setiap rumah asrama itu mempunyai dua tingkat dan empat bilik tidur yang sangat luas.

Guardian Academy : The Last Phantom©Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt