Chapter 47 : 'Kembalinya Deena'

977 101 76
                                    

🌸🌸🌸

"Hmm...."

Seorang gadis telah bangun daripada tidurnya yang nyenyak.

"Kayla! Bangun...."

Gadis bertocang dua menepuk-nepuk bahu rakannya, Kayla yang masih lagi dalam keadaan separa sedar.

Kayla : "Deena.... Apa ini?"

Deena : "Hari ini kita nak pergi dinner kan?"

Kayla : "Kau ini gila ke? Dinner itu waktu malam. Yang kau kejutkan aku pagi-pagi ini sudah kenapa? Terencat ya?"

Kayla hanya menggosok-gosok kelopak matanya yang masih lagi berat untuk dicelikkan. Deena menarik kedua-dua belah bahu Kayla dan menggoncangkannya deras.

Deena : "Mikayla Braune...! Sedarlah wahai sahabat. Kita tak ada baju sedondon untuk ke majlis dinner itu."

Kayla : "Aah.... Deena, jangan gon... cang.... Aku... nak... mun... tah...."

Deena yang kelihatan seronok mengenakan Alfanya itu, langsung tidak menghiraukan kata-katanya.

Deena : "Tak nak...."

Kayla : "Okey, okey, okey! Aku pergi bersiap sekarang. Berhenti!"

Deena : "Ahahahah.... Jomlah makan, aku dah masakkan sarapan untuk kita."

Kedua-dua orang sahabat itu bersarapan dan bersiap untuk ke pasaraya untuk membeli-belah.

🌸🌸🌸

Suasana di pasaraya tersangatlah sesak. Berkepit ibarat tin sardin kesemua pelanggan.

Deena : "Ramainya orang."

Kayla : "Ada jualan murah ke?"

Deena : "Kemungkinan?"

Kayla : "Kita nak mencari baju apa ini?"

Deena : "Sudah namanya pun dinner. Mestilah dress. Tak akan kau nak pakai baju berseluar seperti selalu yang kau pakai?"

Wajah Kayla terus berkerut membayangkan dirinya memakai dress. Jiwanya yang lebih bersifat lasak itu langsung tidak berkenan untuk memakai mana-mana pakaian selain daripada t-shirt dan seluar.

Kayla : "Kalau aku sudah tahu yang kita nak mencari dress, lebih baik aku teruskan tidur."

Deena : "Ahahah.... Kau nampak cantiklah dengan baju dress. Aku jamin."

Kayla : "Cantik tak cantik, yang pasti aku tak suka."

Deena : "Okeylah. Untuk kali ini sahaja. Boleh tak?"

Lemab sahabatnya apabila di bodek oleh Deena.

Kayla : "Urgh.... Terpulanglah dekat kau. Tapi untuk kali ini sahaja tahu?"

Deena : "Ya."

Maka bermulalah sesi membeli-belah Deena dan Kayla.

Deena : "Kayla, macam mana dengan baju ini? Cantik bukan?"

Kayla : "Hmm...."

Ianya baju tanpa lengan yang kelihatan agak terdedah. Pandangan jelek dihadiahkan oleh Kayla kepada Deena.

Deena : "Ahahahah.... Aku bergurau sahaja. Memang tidaklah kau nak pakai baju begini kan?"

Kayla : "Tahu pun kau."

Guardian Academy : The Last Phantom©Where stories live. Discover now