Chapter 48 : 'Perancangan Perang'

985 122 46
                                    

Senior Win : "Skull.... Kau okey ke?"

Skull daripada tadi terperuk di hadapan pendiang api dengan selimut membaluti tubuhnya. Seperti seorang kanak-kanak yang fobia akan sesuatu.

Langkah Senior Win di atur ke arah Skull.

Senior Win : "Hei. Jangan macam ini. Kau kalau ada masalah, kau cerita sahaja dekat aku. Mana tahu aku boleh tolong?"

Skull memandang ke arah pergelangan tangan kanannya yang sudah di rawat rapi oleh Senior Christ. Pandangannya silih berganti ke arah pendiang api itu.

Skull : "Betul ke aku punca perang langit merah ini bakal berulang?"

Soalan yang berada di luar skema fikiran Senior Win terus menghinggap di dalam kepalanya.

Skull : "Betul ke semua ini salah aku? Adakah salah untuk aku lahir di atas muka bumi ini?"

Kedua-dua belah tapak tangan Skull yang mulai menggigil ditatapnya dengan penuh kegerunan.

Senior Win : "Hei, Skull.... Setiap benda yang hidup itu ada matlamatnya. Satu lagi, kau tidak boleh ke berfikiran positif sedikit? Sekurang-kurangnya kau dapat mengawal phantom kau. Gunakan segala kelebihan yang kau ada itu untuk flip the table. "

Skull hanya membisu seribu bahasa. Sejujurnya dia sendiri sudah tidak larat lagi untuk menjadi dirinya. Tidak bolehkah dia hidup normal seperti manusia lain?

Senior Win : "Berhenti pandang enteng dengan kelebihan yang kau ada, Skull. Aku yakin yang kau boleh buat lebih lagi."

Skull : "Tak boleh ke kalau aku nak hidup seperti manusia biasa?"

Sekali lagi Senior Win terkaku mendengarkan kata-kata Skull. Betul-betul soalan beraras KBAT *Kemahiran Berfikir Aras Tinggi*.

Skull : "Aku sudah penat hendak jadi diri aku ini."

Senior Win : "Kalau kau sendiri tak nak jadi diri kau? Tak akanlah kau nak mengharapkan orang lain untuk menjadi diri kau?"

Secara tiba-tiba, kedengaran suara jeritan Senior Christ di dalam biliknya. Kelam-kabut Senior Win berlari menerjah biliknya. Maklumlah, Senior Christ sangat susah untuk menjerit. Semestinya berlaku perkara yang sangat luar jangka sekiranya dia menjerit.

Senior Win : "Christ! Kau kenapa?"

Senior Christ kebetulan dalam keadaan panik untuk keluar daripada biliknya. Wajah pucat jelas kelihatan pada wajahnya.

Senior Win : "Kenapa ini, Christ?"

Senior Christ : "Kita kena keluar daripada sini, Aldwin! Ada makhluk yang menakutkan muncul dalam bilik aku!"

Tanpa berfikir panjang, Skull terus berjalan masuk ke dalam bilik Senior Christ. Seperti sangkaannya, ianya Shien. Namun susuk tubuhnya seakan berubah.

Skull : "Shien.... Apa yang sudah berlaku kepada kau?"

Shien perlahan berubah menjadi cecair likat yang mulai membasahi lantai bilik tersebut. Cecair itu pula menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.

Serta-merta mereka yang menghidunya menutup hidung. Senior Win sudah mula rasa hendak muntah. Masing-masing berundur daripada situ kecuali Skull.

Skull : "Shien!" A... aku tak akan biarkan kau merana sendirian!"

Shien terus mencair ibarat ketulan ais yang terkena panahan cahaya matahari. Tiba-tiba kelihatan susuk tubuh seseorang terbaring di atas lantai keluar daripada cecair Shien.

Guardian Academy : The Last Phantom©Where stories live. Discover now