Chapter 58 : 'Permulaan'

1K 119 20
                                    

"Baiklah, kita akan memulakan meeting kita kali ini."

Ianya perjumpaan kesemua pentadbir  di Guardian Academy. Kesemua orang kuat Guardian Academy sedang beradu untuk membincangkan kes Microbe yang semakin berleluasa.

Pn. Ling : "Pertama sekali kita akan membincangkan punca kejadian ini."

Puan Ling yang merupakan Tuan Presiden Guardian Academy tika itu menyampaikan hujahnya. Diikuti oleh ayah Shasha iaitu Encik Kowalski sebagai naib presiden.

"Ianya bukan salah sesiapa. Salah kita sendiri kerana berlembut dengan Guardian yang sedang bebas berlegar di luar sana."

Bentak salah seorang daripada ahli mesyuarat itu. Dialah Tuan Presiden Kuning sekarang, Route Nounaga.

Pn. Ling : "Kita tidak mempunyai hak untuk memaksa mereka semua memasuki akademi ini."

En. Kowalski : "Benar apa yang dikatakan tuan presiden. Kita ada undang-undang di sini. Tidak sewenang-wenangnya mendesak pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke sini."

Route : "Daripada terus begini, sampai ke sudah masalah ini tidak akan selesai."

Route sungguh geram. Dia terus berdiri dan menghentak meja mesyuarat. Bentakan Route itu juga telah membuatkan hati Puan Ling mendidih.

Pn. Ling : "Cukup! Pengawal! Bawa dia keluar daripada sini."

Pintu besar bilik mesyuarat terbuka dengan luas mengalu-alukan pemergian Route. Dua orang pengawal hadir mengiringi Route untuk keluar daripada bilik mesyuarat.

Route : "Ceh! Kau akan tahu akibat daripada menghalau aku."

Pn. Ling : "Ianya bukan salah aku yang kau di halau keluar daripada bilik mesyuarat ini. Memang undang-undang mesyuarat terdahulu membenarkan untuk mengusir mana-mana ahli pentadbiran yang mengganggu ketenteraman ahli pentadbiran lain ketika mesyuarat."

Route : "Kau nak cakap yang aku mengganggu ketenteraman ahli pentadbiran lain? Heh! Undang-undang itu sudah lapuk di telan zamanlah, Ling. Cubalah kepala otak kau itu terbuka sedikit. Undang-undang perlulah selari dengan peredaran zaman."

Pn. Ling : "Sungguhpun kau berkata begitu, orang zaman terdahulu tidak sebodoh kita. Mereka lebih tahu perkara 20 tahun akan mendatang berbanding kita."

Route : "Aku akan pastikan suatu hari nanti, akademi ini akan musnah."

Pn. Ling : "Dan kau selayaknya di humban ke dalam penjara bawah tanah. Itulah tempat selayaknya untuk makhluk seperti kau."

Route hanya membisu. Enggan untuk dia membiarkan dirinya dicampakkan ke dalam penjara bawah tanah yang lebih sejuk daripada di permukaan. Langkah Route di atur keluar daripada bilik mesyuarat dengan hati yang dipenuhi dengan rasa dendam terhadap Puan Ling.

🌸🌸🌸

Dalam perjalanan Route ke bilik pejabatnya, dia terserempak dengan satu susuk manusia yang sangat dikenalinya.

Karasu : "Having a bad day? Jomlah keluar mengopi. Aku belanja."

Hendak melepaskan tekanan, Route mengekori rentak adik berlainan maknya itu ke sebuah kedai francais yang agak terkenal di situ. Maka perbualan antara dua beradik itu bermula.

Route : "Macam mana dengan kerjaya kau?"

Karasu : "Hmm?"

Route : "Kerjaya kau sebagai ketua pewaris syarikat ujikaji Dark Wing. Makmal milik ayah kau itu masih beroperasi bukan?"

Guardian Academy : The Last Phantom©Där berättelser lever. Upptäck nu