Chapter 25 : 'Detik Cemas, Tikam Belakang'

1K 121 27
                                    

Skull : "Mmm.... A-apa yang sudah berlaku?"

Skull perlahan-lahan membuka matanya.

"Kan aku sudah bagitahu? Berhati-hati dengan Dark Wing."

Phantom sedang berdiri di hadapan mata Skull. Skull kian membuka kedua-dua belah kelopak matanya. Dengan perlahan dia duduk di atas lantai yang sangat sejuk tika itu. Barangkali dia berada di dalam menara pencakar langit tahap sejuknya itu.

Skull : "Kau bawa aku pergi mana pula ini, phantom? Sejuk pula itu tempat ini...."

Skull baru perasan sesuatu. Lehernya di rantai dengan gelang besi. Pergelangan kaki dan tangannya juga tidak terkecuali dirantainya. Sejurus dia memandang ke arah phantom. Sangkaannya, ini adalah mimpi phantom.

Skull : "Hoi, phantom. Game apa pula yang kau cuba main ini?"

"Kalau aku pijak kau sekarang, memang jenuh kau lepas ini nak ke hospital. Kau dekat dunia kaulah, lembap!"

Skull terus memandang tajam ke arah phantom. Susah untuk dia percaya apa yang telah phantom katakan.

Skull : "Kau bergurau ke ini?"

Tanpa menjawab pertanyaan Skull, phantom terus memijak kaki Skull. Mahu bergema tempat itu dengan suara jeritan Skull.

Skull : "Kau ini sudah kenapa? Sakit kau tahu tak?"

"Waktu aku tak bergurau, kau nak bergurau dengan aku pula ya?"

Skull : "Apa yang sudah berlaku sebenarnya? Aku dekat mana? Sejuknya...."

Skull memeluk tubuh yang terasa sangat sejuk. Mahu dia boleh mati kesejukan di situ. Tapak tangan ditiupnya supaya terasa sedikit hangat.

"Kau ini lembaplah. Selain daripada bawang putih, Phantom Guardian memang sangat lemah dalam keadaan suhu yang sangat rendah."

Skull : "Boleh tak.... Kau cakap... benda yang boleh... tenangkan aku?"

Tercungap-cungap Skull cuba bercakap kerana menahan kesejukan di dalam bilik tersebut. Nafasnya mula berasap-asap.

"Benda yang boleh tenangkan kau? Jangan risau. Kau akan mati tak lama lagi."

Skull terus memandang tajam ke arah phantomnya. Nasiblah dia memang sudah betul-betul tidak pedaya sekarang. Jikalau tak, mahu dibelasahnya phantom itu. Mulut sampah betul phantomnya itu.

Tiba-tiba ada suara menyapa mereka.

"Hei? Siapa itu?"

Pengawal yang memantau kawasan itu terus hendak menyergah ke arah Skull dan phantom yang berada bersamanya. Phantom memandang ke arah pengawal tersebut. 

Tiba-tiba phantom menanggalkan segala pakaiannya dan dilemparkan kepada Skull yang sedang dalam kesejukan. Phantom yang serba tertutup badannya pun sudah menakutkan. Ini apakan lagi sekiranya dia dalam keadaan tidak berpakaian. Sungguh mengerikan.

 Sungguh mengerikan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Guardian Academy : The Last Phantom©Where stories live. Discover now