Chapter 25 : 'Detik Cemas, Tikam Belakang'

Start from the beginning
                                    

"Biar aku yang uruskan mereka ini. Kau hanya duduk di situ dan panaskan badan kau."

Pengawal yang sedang menuju ke arah mereka sangat terkejut melihatkan rupa sebenar phantom. Hampir tidak dapat dipercayai apa yang telah mereka lihat itu. Dengan mudahnya, phantom berjalan menembusi pagar besi bilik kurungan Skull.

Tanpa berlengah, Skull terus mengambil cebisan kain milik phantom dan membaluti badannya. Giginya berketap-ketap kerana terlalu sejuk. Rasanya seperti hendak demam sahaja. Nasiblah cebisan baju phantom membantu sedikit untuk menghangatkan badannya.

Sambil-sambil itu, Skull sempat lagi menjeling ke arah phantomnya yang sudah memasuki medan pertempuran. Memang tak dinafikan, phantomnya mempunyai kuasa yang jauh lebih luar biasa berbanding dirinya. Sangat mustahil untuk ditewaskan.

Makhluk tidak berdarah itu terus menyerang pengawal yang semakin ramai berkunjung. Entah sampai bila peperangan kecil ini akan terhenti.

Skull : "K... Kalau... makhluk ini... ambil alih badan aku... aku memang tak ada harapan untuk sedar semula."

Risau Skull melihatkan kekuatan luar biasa phantom. Tidak hairanlah makhluk ini boleh memorak perandakan satu dunia ini. Perasaan seram dan sejuk bercampur baur di dalam dada Skull.

Persoalannya sekarang, kenapa phantom tiba-tiba sahaja menolongnya? Kenapa baru sekarang phantom boleh menggunakan kuasanya?

🌸🌸🌸

'Knok! Knok! Knok!'

Pukul 3.00 pagi lagi, Meena sudah menggegarkan pintu rumah milik Int. Puan Leeya dengan pantasnya membuka pintu rumah tersebut.

Pn. Leeya : "Ish.... Saya ingatkan pihak imigresen ke apalah tadi. Sudah kenapa kamu datang ke sini?"

Meena : "Puan, saya betul-betul kena jumpa dengan Int sekarang ini. Skull hilang dan tanda dia ini...."

Pantas Meena menunjukkan emble Skull kepada Puan Leeya. Melihatkan Meena yang begitu panik, Puan Leeya membenarkannya masuk.

Int : "Ish! Apa masalah kau kacau orang malam-malam buta ini?"

Meena : "Tolonglah Int.... Saya merayu sangat dekat awak. Skull tiba-tiba hilang."

Int : "Kalau dia hilang, apa kaitannya dengan aku? Kau nak cakap yang aku ini culik dia? Tak kuasa aku."

Meena : "Bukan macam itu. Tolonglah dengar cakap saya ini. Skull hilang dan tanda dia ini...."

Meena menghulurkan telapak tangannya kepada Int.

Int : "Tanda ini...."

Nescaya Int memandang ke arah emblem pada pergelangan tangan Meena.

Meena : "Saya ke sini sebab mungkin awak tahu apa maksudnya ini."

Int : "Ya. Saya tahu. Dia dalam bahaya."

Mata Meena membulat mendengarkan jawapan ringkas dan padat daripada Int.

Meena : "Apa yang berlaku kepada dia?"

Int : "Yang aku tahu. Ini adalah mesej daripada phantom kepada Alfanya bahawa empunya badan Phantom Guardian dalam keadaan kritikal."

Meena : "Mesej daripada phantom?"

Int : "Ya. Cuma Phantom Guardian sahaja yang akan jadi begini sekiranya dia dalam keadaan bahaya. Ianya petanda yang sangat buruk."

Guardian Academy : The Last Phantom©Where stories live. Discover now