Chapter 20 : 'Misi Pertama Berkumpulan'

Start from the beginning
                                    

Begitulah kisahnya bagaimana kumpulan Johnny dan Natalie boleh turut serta dalam misi ini.

Skull : "Aku tak percaya yang kita kena buat misi dengan si Johnny itu."

Meena : "Kau diamlah. Kau ada cadangan lain ke?"

Skull kian membisu terkena panahan petir daripada Meena. Meena kemudiannya berjalan menghampiri Johnny.

Meena : "Sebenarnya kan, apa misi kita ini?"

Johnny : "Oh. Saya lupa nak bagitahu awak. Kita perlu pergi ke sebuah perkampungan kuno Garo. Mereka buat aduan, adanya Guardian yang selalu mengganggu mereka."

Juena : "Hmm.... Aku tak percaya wujudnya Guardian seperti itu."

Natalie : "Oh, ye? Aku tak percaya wujudnya Guardian yang selalu hilang kawalan macam kau."

Dengan selambanya Natalie memerli Juena. Apa nak jadilah dengan mereka berdua ini?

🌸🌸🌸

Beberapa jam kemudian, mereka pun tiba ke destinasi Kepulauan Garo. Ianya sebuah pulau yang sangat besar. Boleh dikatakan agak mustahil untuk menemui perkampungan kuno itu.

Meena : "Besarnya pulau ini!"

Juena : "Macam mana kita nak mencari perkampungan kuno itu?"

Johnny : "Ahahahah.... Apa yang kamu semua risau kan? Kita kan ada anjing pemburu di sini?"

Masing-masing terkaku mendengarkan hujah daripada Johnny.

Natalie : "Aku rasa kepala kau terhantuk ini.... Bila masa pula kita bawa anjing?"

Meena : "Yelah, Johnny. Tiada seekor pun haiwan yang ada dengan kita semua sekarang."

Johnny : "Cuba awak fikir baik-baik. Awak boleh jelmakan elemen Animal Guardian...."

Barulah mereka yang lain memahami cadangan Johnny itu. Skull yang mendengarnya terus berkerut dahi.

Skull : "Kau samakan aku dengan anjing pemburu?"

Johnny : "Ahahahaha.... Bertenang. Benda boleh bincang."

Meena : "Okey, Skull. Kau dah bersedia?"

Skull : " Hmm.... Hanya menunggu arahan. Tapi... jangan berani panggil aku anjing pemburu lagi. Aku jelmakan jerung darat dan makan kau orang semua nanti baru tahu."

Juena : "Uwh.... Boleh kau jelmakan jerung kotak tak?"

Skull hanya mampu menjeling tajam ke arah Juena. Nasib baik Meena ada sekali. Jikalau tidak, belum sempat tiba ke situ Skull sudah menghumban mereka semua ke dalam laut.

Meena : "Alright, Skull. Kunci Animal Guardian, di buka."

Sejurus Skull terus bertukar ke versi Animal Guardian sebaik sahaja Meena membuka kunci itu.

Juena : "Awh.... So cute.... Here puppy~"

Juena sengaja mengejek Skull yang boleh dikatakan agak comel dengan penampilan Animal Guardian Itu.

Johnny : "Ahahahaha.... Anjing yang baik."

Mahu berasap telinga Skull melayankan kerenah Johnny dan Juena itu.

Skull : "Aigh! Kau orang diamlah!"

Skull terus menjelmakan sekawan monyet liar lalu monyet liar itu terus menyerang Johnny dan Juena.

Guardian Academy : The Last Phantom©Where stories live. Discover now