Bab 40 🔥

616 20 0
                                    

1 tahun kemudian.

"Awak? Mana kot saya?!" Aleeya yang berhasrat mahu menyusukan anaknya itu terus terbatal niatnya apabila mendengar Adrian terjerit jerit dari tingkat atas.

"Awak ni dah kenape? Boleh cari sendiri kan?" Aleeya menutup pintu dan mengambil kot Adrian yang tergantung kemas di dalam almari.

"Ni ape?" Aleeya menunjukkan kot itu di depan Adrian.

"Sorry lah sayang.Saya malaslah nak cari," Adrian mengambil kotnya dari tangan Aleeya lalu menyarungkan kot itu di badannya.

"Tali leher dah pakai ke belum?" soal Aleeya.

"Belum," jawab Adrian sambil menyikat rambutnya.

"Kenapa belum?" soal Aleeya.

"Malas," jawab Adrian selamba.

"Oh malas ye? Ni hukuman kalau malas!" Aleeya terus menarik dan memulas telinga Adrian.

"Sayang,sakitlah! Nanti saya pakailah! Lepaslah sayang," Adrian merayu kepada Aleeya.Aleeya merenung Adrian tajam.

Tiba tiba suara bayi menangis kedengaran dari ruang tamu.

"Habis dah Rayyan nangis sebab tak dapat minum susu.Ni semua awak punya pasal!" Aleeya menampar kuat bahu Adrian.

"Aduhh! Awak ni makin lama makin garang!
Janganlah garang sangat! Kalau Rayyan ikut perangai awak nanti macam mana?" Adrian sengaja mengusik Aleeya.

"Ape awak cakap?!" Aleeya memandang Adrian.

"Tak de pape tak de pape," Adrian tersengih sehingga menampakkan barisan giginya yang putih itu.

"Ishh.Suka sangat melambatkan masa!" rungut Aleeya kemudian menghempas pintu bilik.

"Kejap ye Rayyan.Mama buatkan susu Rayyan ok," Aleeya terus mengambil botol susu yang terletak di atas sofa itu lantas bergegas menuju ke dapur untuk membuat susu Rayyan.

Tangisan Rayyan semakin kuat sehingga Adrian yang berada di tingkat atas bergegas turun ke ruang tamu.

"Rayyan," Adrian terus mendukung Rayyan dan menepuk perlahan paha Rayyan.

"Sini,saya nak bagi Rayyan susu," Aleeya perlahan lahan mengambil Rayyan dari pangkuan Adrian.

"Dah lambat ni Adrian.Nanti papa marahlah! Pergi kerja cepat!" Aleeya menegur Adrian yang masih bermain dengan pipi Rayyan.

"Hmm yelah yelah," Adrian terus mengambil kunci keretanya lalu mencium pipi Rayyan.

"Dah dah.Cepat pergi kerja! Shuh shuh," Aleeya menghalau Adrian.Adrian terus mencium dahi Aleeya.Aleeya menyepak kaki Adrian.

"Pergi kerjalah!" Aleeya remote tv kemudian  berpura pura ingin membaling remote itu ke arah Adrian.

"Ok ok saya pergi sekarang! Awak tolonglah bukak pagar," Adrian bergegas mengambil kasutnya yang tersusun kemas di rak kasut.

Aleeya mengambil remote kecil yang tergantung kemas di dinding kemudian menekan sebuah punat kecil.Pagar rumah Adrian pun terbuka dengan sendirinya.

"Thanks sayang! Love you!" Adrian terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin lantas keluar dari perkarangan villa 3 tingkat itu.

"Haihh.Apalah nasib aku dapat suami macam dia," Aleeya menekan kembali punat kecil lalu pagar itu tertutup dengan sendirinya.

Aleeya menutup dan mengunci pintu utama sebelum menaiki tangga menuju ke tingkat 2.

Aleeya memulas tombol pintu lalu meletakkan Rayyan perlahan lahan di atas katil.

"Mama nak basuh pinggan kejap.Kejap lagi mama datang ok," Aleeya mencium pipi kanan Rayyan lalu keluar dari bilik tidurnya.

.

.

.

Semasa Aleeya sedang mencuci pinggan, Aleeya terdengar bunyi tangisan Rayyan.

Aleeya bergegas menuju ke tingkat atas.
Semasa dia sedang menaiki anak tangga,
tangisan Rayyan berhenti.

"Kenapa dia tiba tiba berhenti nangis? Selalunya dia akan berhenti nangis kalau ada orang dukung," Aleeya yang berasa risau dengan keselamatan anaknya itu bergegas naik ke tingkat 2.

"Rayyan!!!" Aleeya terus memulas tombol pintu.Semasa dia melangkah masuk ke dalam bilik, dia terlihat figura seorang lelaki sedang mendukung Rayyan.

"Bagi balik anak aku!!" jerit Aleeya sambil menghalakan pisau ke arah lelaki itu.

"Hahahahahaha," lelaki itu ketawa seperti orang gila.

"Aku cakap bagi balik anak aku!!!"

"Rilek rilek.Ni saya lah awak," lelaki itu berpusing menghadap Aleeya.Rupa rupanya itu ialah Adrian.

"Ishh awak ni! Balik bukannya nak bagitahu!" Aleeya menarik telinga Adrian.

"Aduhh sakitlah sayang! Baru pagi tadi kena pulas telinga,takkan sekarang pun kena pulas jugak?" rungut Adrian.

"Padan muka!" Aleeya menampar bahu Adrian lalu terus mengambil Rayyan dari pangkuan Adrian.

"Awak dilarang pegang Rayyan mulai harini!" Aleeya menjeling Adrian.

"Sayang! Ala janganlah macam tu.Ok saya tahu saya salah sebab buat macam tu.Nanti saya tak buat dah.Please...Bagilah saya pegang Rayyan," Adrian memujuk Aleeya.

"Nah.Jaga Rayyan elok elok! Saya nak sambung cuci pinggan," Aleeya menyerahkan Rayyan kepada Adrian.

"Sayang! Tak payah masak tau! Lepas dah basuh pinggan terus pack baju! Kita tido rumah mama!" ujar Adrian.

"Kita tido sana berapa hari?!" soal Aleeya dari dapur.

"Seminggu!" jawab Adrian.

"Ok!" Aleeya menyambung kembali membuat tugasannya yang tergendala tadi.

.

.

.

"Semua barang Rayyan dah ambik? Ada yang tak cukup? Susu ke? Lampin?" soal Adrian apabila melihat Aleeya sedang mengunci pintu utama.

"Semua dah cukup," jawab Aleeya lalu membuka pintu kereta.

"Ok.Kita boleh gerak dah kan? Tak nak pergi tandas dulu?" soal Adrian.

"Tak nak," jawab Aleeya lalu menutup pintu kereta.

Adrian masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin terlebih dahulu.
Selang beberapa minit, barulah kereta milik Adrian memecut laju membelah jalan.

~SKIP~

"Assalammualaikum ma! Kami dah sampai!" Adrian memberi salam kemudian membukakan pintu utama untuk Aleeya.

Aleeya masuk ke dalam dan terus meletakkan Rayyan di atas sofa.

"Waalaikummussalam.Lama dah sampai?" Puan Tina dan Puan Nasrin berjalan menghampiri Aleeya.

"Baru je sampai ma," jawab Aleeya lantas menyalam Puan Nasrin dan Puan Tina.

"Rayyan mane?" soal Puan Nasrin.

"Ade je tu ha dekat atas sofa.Tengah tido," jawab Aleeya.

"La,kenape tak bagi dia tido atas katil? Dah,pergi naik atas," suruh Puan Nasrin.

"Baik ma.Aleeya naik atas dulu ye," Aleeya meminta izin lalu mendukung Rayyan yang masih lena dibuai mimpi.

"Mummy! Aleeya mane?" Adrian yang baru masuk ke dalam rumah terus memeluk lengan Puan Tina.

"Aleeya ada kat atas.Mama pulak ada kat bilik dia," jawab Puan Tina.

"Papa dengan daddy?" soal Adrian sambil mencari kelibat Tuan Firash dan Tuan Nawawi.

"Diorang.Ada dekat pejabat lagilah.Pukul 8:00 malam baru diorang balik.Pergi kerja sama sama,balik pun sama sama.Sehidup semati lah katakan," jawab Puan Tina.

"Oh.Tak pelah mummy.Adrian naik atas dulu.Bye!" Adrian terus berlari menuju ke tingkat atas.

Ketua Pengawas Itu Suami Aku [ C ] Where stories live. Discover now