Bab 2 🔥

2.3K 57 4
                                    

"Kau kenapa Adrian? Dia buat salah ape sampai kau nak jerit jerit kat dia?" soal Hafiz.

"Kau tanyalah dia sendiri! Malas aku nak layan perempuan terlebih manja and gedik ni!" jeling Adrian.

"Saya lewat 1 saat je pun! Dia dah suruh saya lari keliling padang 10 rounds! Apa ni?! Tak adillah macam ni!" jelas Aleeya.

"1 saat je?! Kau ni biar betul Adrian.1 saat pun kau nak berkira jugak ke?! Bagilah dia denda yang ringan sikit," pujuk Zahred.

"Ah tak de tak de.Kau pakai baju pj kan?! Pergi lari keliling padang 10 rounds! Now!!!" herdik Adrian.

"Ishh meluat betul aku dengan mamat hodoh ni! Dah lah tak hensem! Pondan pulak tu! And yang paling penting sekali...Kau lelaki yang dayus tau tak!" marah Aleeya.Ketiga tiga mereka terus membulatkan mata masing masing apabila terdengar Aleeya menyebut perkataan dayus kepada Adrian.Zahred dan Hafiz diam seribu bahasa kerana mereka masih lagi terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh Aleeya.Tidak pernah ada orang yang mengutuk Adrian depan depan.

"Apa kau kata?!! Kau kata aku dayus?!! Tak guna punya perempuan! Sini kau!!!" marah Adrian.Pantang betul dia apabila ada orang menggelarnya dayus.

Hafiz dan Zahred yang sudah melihat perbuatan Adrian terus menarik tangan Adrian supaya tidak memukul Aleeya.

"Kalau kau rasa nak tampar,tampar ajelah! Tak payahlah nak acah acah gangster! Dasar lelaki dayus! Pengecut!" balas Aleeya lalu terus beredar dari situ.Semua yang berada di situ terus menahan ketawa apabila melihat Adrian dimarahi seorang perempuan yang tidak dikenalinya.

"Kau nak tahu tak Adrian,sebenarnya dia tu budak baru sekolah ni.Baru masuk semalam.Manalah dia tahu yang kau baik ke jahat," ujar Hafiz.

"But yang paling aku tak sangka kan...Perempuan tu rupanya kawan karib Hani dengan Zulaikha! Seronoknya!" ujar Zahred pula.

"Aku tahulah yang korang takut aku ni pukul dia sebab takut dia bagitahu dekat crush crush korang kan?" teka Adrian.

"Kitorang mana ada crush memandai aje kau kau ni kan," jawab Hafiz sambil mengglengkan kepala.

"Betul tu betul," jawab Zahred pula sambil menganggukkan kepalanya seperti burung belatuk.

"Hek eleh.Iyelah tu.Dalam hati berbunga bunga.Mulut cakap lain hati cakap lain tau,"  Adrian menyakat Hafiz dan Zahred.

.

.

.

"Ishh geramnya aku!" marah Aleeya di dalam hati.Hatinya bagai gunung yang berapi.Bila bila masa saja ia boleh meletus.Dan keluarlah lava yang panas.Sedang dia melayan hatinya yang sedang panas tu,tiba tiba ada seseorang melanggarnya dari depan menyebabkan dia terjatuh.Tangan kananya luka di bahagian siku.

"Woii! Kau tak reti tengok depan ke hah?! Habis kotor baju aku?!" marah wanita yang melanggarnya tadi.

"Eh eh.Kau sape nak tengking tengking aku?!" Aleeya terus bangun dan suaranya sudah meninggi.Habislah,lava dah nak keluar.

"Kau tak kenal kitorang?! Bodohnye kau?!" Kitorang ni...The Nana Diva," jawab wanita itu.Mula mula tengking,lepas tu suara macam sotong.

Aleeya hanya menghadiahkan jelingan sahaja kepada The Nana Diva itu.

"Eh girls.Ada budak yang yang dah serik hidup lah.Kau kerjakan dia cukup cukup.Biar dia tahu kita ni sape," ujar Qistina,ketua The Nana Diva.

Baru sahaja The Nana Diva mahu membuka langkah,terus berubah menjadi anak yang baru dirotan oleh ayahnya.Aleeya pelik dengan perangai The Nana Diva.

Aleeya toleh ke belakang dan dia merasakan hidungnya terlanggar sesuatu.Rupa rupanya itu ialah Adrian,Hafiz dan Zahred.

Ketua Pengawas Itu Suami Aku [ C ] Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang