Bab 5🔥

1.2K 42 0
                                    

"Lagi sekali kau ganggu anak aku...Aku tak akan teragak agak untuk buang kau dari sekolah ni kau faham tak?!!" marah Puan Nasrin.

Qistina memandang anak mata Aleeya dengan pandangan tajam.Hatinya penuh dendam dengan Aleeya.Dia bencikan Tengku Melissa Aleeya binti Tengku Mohd Firash!

"Jom sayang! Kita balik!" ujar Qistina lalu menarik tangan Adrian.

"Hubungan kita sampai sini je! Kita putus!" ujar Adrian lalu terus masuk ke dalam keretanya.

"Ketua pengawas pun menyampah dengan dia.Ada hati nak rampas adik aku," bidas Aiman lalu menjeling Qistina.

Qistina terus beredar dari situ.Dia melihat ramai orang sedang berbisik bisik sambil memandangnya.

.

.

.

Sampai sahaja di rumah.Puan Nasrin,Tuan Firash,Aiman,Airil,Adam dan Aleeya duduk di sofa ruang tamu.

"Kenapa sampai jadi macam ni?" soal Tuan Firash dengan muka tegang.

"Eh eh.Awak jangan nak salahkan anak anak saya.Sepatutnya saya buang je Qistina tu dari sekolah saya ni sejak awal awal lagi.Muka cantik dah.Tapi adab buruk.Dengan salam tak de terus je peluk Airil.Haram awak tahu tak haram.Diorang bukannya kahwin pun.Kalau kahwin tak pelah jugak," bebel Puan Nasrin.

"Tapi tak payahlah sampai jerit jerit kat dia!" marah Tuan Firash.

"Eh! Awak ni kenape ye?! Sejak akhir akhir ni awak asyik nak bela Qistina tu je! Anak sendiri bukannya nak bela pun! Sekarang ni saya nak tanya awak! Yang mana satu anak awak?!" soal Puan Qistina sambil bercekak pinggang memandang suaminya.

"Aiman,Airil,Adam and Aleeya," jawab Tuan Firash.

"Hah! Tahu pulak nama anak! Ingatkan nak sebut Qistina tadi!" perli Puan Nasrin lalu menjeling suaminya.

"Sekarang ni papa nak tanya.Sape yang mulakan dulu?" soal Tuan Firash lalu memandang anak anaknya.

"Adik yang mulakan dulu papa," jawab Adam lalu menuding jari telunjuknya kepada Aleeya.

"Kau kenape?! Kalau kau datang ambik aku awal tadi semua ni takkan jadilah!" marah Aleeya lalu menarik telinga Adam.

"Sakitlah bongok!!!" adu Adam.

"Kesah apa aku! Bukannya aku yang sakit!" bidas Aleeya.

"Sudah! Aleeya,lepaskan telinga abang!" suruh Tuan Firash.

Aleeya melepaskan telinga abangnya lalu memijak kaki Aiman pula.

"Kau ni dah kenape pijak kaki aku?!" marah Aiman lalu menolak kepala Aleeya.

"Sebelum papa naik angin baik kamu jawab soalan papa! Sape yang mulakan dulu?!!" ujar Tuan Firash dengan muka yang sangat tegang.

"Abang Aiman yang mulakan dulu papa," balas Aleeya lalu menjeling Aiman.

"Beri 3 sebab kenapa kamu cakap Abang Aiman yang mulakan dulu semua ni?" soal Tuan Firash.

"Yang pertama,dia datang ambik adik lambat.Yang kedua,kenapa dia ajak Abang Airil dengan Abang Adam datang sekali? Dan yang ketiga,kenapa dia umumkan yang kami ni adik beradik?" balas Aleeya.

"Adik,salah ke Abang Aiman nak bagitahu semua orang yang dia abang kepada adik?" soal Tuan Firash lembut.

"Boleh pa.Tapi takkanlah sampai nak jerit jerit semua.Kalau boleh dia nak bagitahu satu dunia yang dia ni abang adik," rungut Aleeya lalu menjeling Aiman.

"Kenape? Adik tak suka ke Abang Aiman bagitahu semua orang yang dia ni abang adik?" soal Puan Nasrin lembut.

"Bukan tak suka ma.Tapi adik takut nanti diorang mengumpat mama,papa dengan abang.Adik tak suke orang mengumpat keluarga adik," balas Aleeya lalu air matanya jatuh.

"Ok tak pe mama faham.Adik pergi masuk bilik,mandi,solat,buat kerja sekolah and turun dinner ok," suruh Puan Nasrin.

Aleeya mengangguk lalu dia menekan butang lif naik ke tingkat 3.

Sampai sahaja di hadapan pintu bilik Aleeya terus masuk dan mengunci pintu.Dia melemparkan beg sekolahnya di atas sofa lalu merebahkan badannya ke atas katil.

"Aku harap esok semuanya baik baik je," ujar Aleeya sendirian.

.

.

.

"Bye abang abang sekalian.Kalau korang ambik aku lambat...Aku sepak perut korang faham!" herdik Aleeya.Aiman,Airil dan Adam terus mengangguk laju kerana kalau Aleeya cakap sesuatu benda tu,dia akan buat betul betul.Walaupun kesalahan yang dibuat orang tu kecil.

Semasa Aleeya sedang bergerak menuju ke kelas,dia terlanggar seseorang menyebabkan buku orang itu terjatuh dan berselerak di atas lantai.

"Saya minta maaf! Saya tak sengaja," kata Aleeya dan terus dia mengutip buku buku yang berselerak di atas lantai itu.

"Nah,ni buku awak kan? Saya minta maaf ye? Saya tak sengaja," Aleeya terus menghulurkan buku itu kepada tuannya.

"Lain kali tengoklah depan bila jalan.Buta ke ape?!" herdik lelaki itu lalu merampas kembali bukunya dari tangan Aleeya dengan kasar.

Aleeya memandang lelaki itu.Rupa rupanya itu ialah ketua pengawas paling garang di Silver Highschool,Tengku Adrian Iskandar bin Tengku Nawawi.

"Saya dah minta maaf kan.Tak payahlah marah!" ujar Aleeya.

"Dasar buta!" ujar Adrian lalu meninggalkan Aleeya yang sudah panas telinga mendengar perkataan yang disebut oleh Adrian tadi... 'Dasar buta'.

"Iee benci betul aku!" marah Aleeya lalu terus dia bergerak menuju ke dalam kelas.

"Hai Aleeya!" sapa Zulaikha dan Hani.

"Mmm hai girls" balas Aleeya dengan suara yang lemah.Dia terus berjalan tanpa menghiraukan bisikan pelajar pelajar di dalan kelas itu tentang kejadian semalam.

Dia duduk di kerusi lalu menongkat dagu memandang ke luar tingkap.Dia duduk berseorangan kerana pelajar yang duduk di sebelahnya sudah pindah ke sekolah lain.Hani dan Zulaikha duduk di barisan tengah.Dia seorang diri duduk di tepi tingkap.Kesian...

Ketua Pengawas Itu Suami Aku [ C ] Where stories live. Discover now