Bab 10 🔥

929 32 1
                                    

Sampai sahaja di mall Airil terus mengambil troli lalu berjalan di sebelah Aleeya.

"Kau nak beli ape?" soal Airil lalu mengambil 3 bungkus meggi goreng.

"Banyaknya kau ambik ngah.Dekat dalam stor tak de satu pun meggi kuah.Takkan kau taknak try makan meggi kuah?" tegur Aleeya yang melihat abangnya memilih meggi goreng.Meggi kuah langsung tidak dipandangnya.Airil memang tak suka makan meggi kuah.

"Meggi kuah tak sedap," balas Airil.

"Suka hati kaulah along oii," ujar Aleeya lalu berjalan di hadapan.

Semasa dia sedang berjalan,tiba tiba dia terlanggar seseorang lalu jatuh terduduk.Nasib orang tu tak bawak troli.Kalau tidak lebam perut Aleeya.

"Adik,kau ok tak ni?" Airil terus meluru laju ke arah adiknya yang terjatuh itu.

"Kau ni buta ke ape hah?!" marah Aleeya tanpa memandang orang itu kerana dia sibuk membetulkan bajunya.

"Dasar buta," jawab orang itu ringkas.

Aleeya terkejut apabila terdengar suara orang itu.Tak lain tak bukan,mesti Adrian.
Aleeya terus memandang orang itu dan tekaannya tepat.Orang itu ialah Adrian.

"Apa kau cakap tadi? Kau kata aku buta? Sedarlah diri tu sikit! Aku rasa kau yang buta.Aku yang jalan dekat sini dulu.Yang kau nak jalan dekat sini jugak kenape?! Pergilah jalan dekat tempat lain!" bebel Aleeya lalu menjeling Adrian.

"Eleh suka hati aku lah nak jalan dekat mana pun.Bukannya jalan ni ada tulis nama kau.Yang kau nak halau halau aku apehal?" balas Adrian pula.

"Ishh korang ni.Tak habis habis bergaduh.
Kalau tak bergaduh tak boleh ke? Pening betul aku," balas Airil lalu meninggalkan mereka berdua di situ.

"Eh abang.Tunggu!" jerit Aleeya lalu tergesa gesa mengejar abangnya.

.

.

.

"Abang,jom makan.Adik laparlah..." rengek Aleeya lalu menggoncangkan tangan Airil.

"Yelah yelah.Jom makan," balas Airil

"Abang,Aleeya nak tuu," Aleeya menuding jari ke arah kedai yang menjual aiskrim cup.

"Tunggu kat sini.Biar abang yang pergi beli.
Jaga troli ni," arah Airil.

"Ye Aleeya tahulah.Bukannya kat troli ni ada RM 100 000 pun," rungut Aleeya.

"Oh kau menjawab eh? Abang tak nak beli.
Dah jom balik!" jawab Airil dingin.Habislah,
perangai dingin Airil dah datang balik.

"Ok ok adik janji adik tak menjawab dah.
Sorry ye abangku sayang..." pujuk Aleeya sambil membuat muka comel.

Airil ketawa kecil apabila melihat karenah adik kesayangannya itu.

"Ok abang pergi beli.Tunggu kat sini," akhirnya Airil termakan juga pujukan Aleeya

Ketua Pengawas Itu Suami Aku [ C ] Where stories live. Discover now