Bab 11 🔥

833 26 0
                                    

"Barang semua dah bawak masuk dalam bonet ke?" soal Airil lalu menghidupkan enjin kereta.

"Dah," balas Aleeya ringkas.

"Macam badmood je adik kite ni," ujar Airil lalu menutup pintu.

"Tak de ape ape pun lah! Cepatlah jalan!" marah Aleeya lalu menampar bahu Airil.

"Ish yelah yelah," jawab Airil lalu dia dan Aleeya memakai seatbelt.

Akhirnya,kereta Ferrari milik Airil meluncur laju membelah jalan.

.

.

.

"Eh! Mama dah balik lah abang! Cepatlah parking kereta! Adik nak peluk mama ni!" suruh Aleeya dan matanya tidak lekang dari memandang pintu rumahnya.

"Hah abang dah parking dah.Barang tu kau jangan lupa am..." tidak sempat Airil mahu menghabiskan ayatnya,Aleeya menghempas pintu kereta dengan kuat.

"Aleeya!!! Pintu kereta aku!!!" jerit Airil.
Aleeya hanya mengendahkan sahaja panggilan Airil.

"Assalammualaikum! Aleeya dah balik!"
kata Aleeya lalu menutup kembali pintu.

Semasa dia berjalan melepasi dinding ruang tamu,dia melihat Puan Nasrin,Tuan Firash,Adam dan Aiman memandangnya tajam.Kebetulan Airil masuk lalu menutup pintu dan berdiri di sebelah Aleeya.

"Kenapa semua renung Aleeya macam tu?"
soal Aleeya walaupun hatinya berdebar.

"Kamu gaduh dengan abang ke?" soal Tuan Firash.

Aleeya menggolekkan bola matanya ke atas lalu mengeluh kasar.

"Hmm memang pun," jawabnya ringkas sambil berpeluk tubuh.

"Sape yang mulakan?" soal Puan Nasrin.

"Adik yang mulakan dulu ma," pantas sahaja Adam menjawab.

"Kau tak payah nak mereka cerita eh," balas Aleeya.

"Sekarang ni mama tanya sape yang mulakan pergaduhan ni! Bukannya nak dengar kamu berdua berperang mulut!!" tengking Puan Nasrin.

"Adik yang mulakan ma! Kan Adam dah bagitahu tadi," balas Adam.

"Minta maaf dekat abang sekarang!" herdik Tuan Firash.

"Kenapa pulak adik yang kena minta maaf?
Oh dia tolak angah sampai tangan angah lebam tak pe pulak.Kalau orang buat dia sikit pun nak mengadu.Aku bagi penyepak satgi baru hang tau!!" suara Aleeya semakin meninggi menandakan had kesabarannya sudah melepasi tahap maksimum.

"Rendahkan suara kamu Tengku Melissa Aleeya binti Tengku Mohd Firash!!!" kali ini suara Puan Nasrin semakin kuat.

"Yang mama tak percayakan adik kenape?!
Dia buat salah ape sampai mama asyik nak sebelahkan Adam je?!" Airil pula bersuara.

"Kamu diam Airil! Kamu yang suruh Aleeya pukul kepala Adam dengan sling beg dia kan?!!" tuduh Puan Nasrin.

"Mama!!! Let me explain!!! Jangan sampai adik mengamuk!!!!" jerit Aleeya.Semua yang berada di ruang tamu itu tersentak lalu semua orang diam.Mereka memang takut kalau Aleeya naik angin.Kalau dia naik angin habis semua orang dia bunuh.
Dia dah tak kisah dia pegang apa.

Aleeya menceritakan semuanya dari A sehingga Z.

"So,mama and papa dah decide.Semua akan diberi hukuman sebab semua terlibat dalam pergaduhan ni!" jelas Puan Nasrin.

"Hukumannya...Kamu semua mesti nikah hujung bulan ni!" kata Tuan Firash dengan nada yang sedikit tegas.

"Ape ni papa?! Calon isteri pun tak de tiba tiba suruh nikah! Ape ni?!!" marah Aiman.

"Mama tak kira! Kamu kena nikah jugak bulan depan!" tegas Puan Nasrin.

"Kami tetap tak nak nikah!!!!" suara mereka berempat bersatu.

"Ok fine! Biar mama yang carikan untuk kamu," balas Puan Nasrin.Mata keempat empat beradik itu terus membulat.

"Ma apa ni?!! Aiman tak sukalah!!!" bentak Aiman.

"Keputuan mama and papa muktamad!!
M.U.K.T.A.M.A.D!!!" jerkah Puan Nasrin.

"Ala ma...Adik muda lagi kott.SPM pun tak lepas lagi dah kena kahwin.Nanti apa kata orang," rayu Aleeya.

"Please lah Aiman,Airil,Adam and Aleeya.
Apa salahnya kamu korbankan masa sekarang ni untuk balas jasa mama.Ni je yang mama mintak," pujuk Puan Nasrin.

"Hmmm.Bagi kami masa untuk fikir dulu ma," balas Airil lalu mereka berempat menaiki lif menuju ke tingkat 4.

Apabila pintu lif dibuka,mereka terus masuk ke dalam perpustakaan mini yang dibuat oleh Puan Nasrin sendiri.

"So,how?" soal Aiman.Mereka bertiga masih mendiamkan diri.

"Entahlah along.Berat amanah yang mama bagi ni.Kahwin bukan boleh dibuat main," akhirnya Airil bersuara setelah 1 minit mendiamkan diri.

"Tu abang tahulah.Masalah sekarang ni adik.Dia baru 17 tahun kot.Dah mama suruh dia kahwin," ujar Aiman.

"Tulah pasal.Walaupun kitorang selalu bergaduh,tapi aku tetap sayangkan adik aku tau," balas Adam lalu mengusap lembut rambut adiknya.

"Jangan sentuh rambut dia! She is mine!"
tegas Airil sambil bercekak pinggang.

"Tak pelah.Biar adik je yang buat keputusan," ujar Aleeya lemah lalu terus bangun dan keluar dari bilik perpustakaan mini itu.

Mereka bertiga mengeluh.

Ketua Pengawas Itu Suami Aku [ C ] Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ