Bab 21 🔥

782 29 1
                                    

"Adik bangun.Dah subuh," Airil mengejutkan adiknya.

"Hmm? Ok," balas Aleeya lalu menggosok matanya.

"Jangan lah gosok mata tu kuat sangat,
nanti rosak mata," tegur Airil lalu menarik tangan Aleeya dari terus mengosok matanya.

"Hmm yela yela.Angah keluarlah dulu.
Aleeya nak mandi ni.Nanti dah siap Aleeya turunlah," ujar Aleeya dengan nada malas.

"Tak nak!" Airil membantah dan terus menarik tangan Aleeya masuk ke dalam bilik air.

"Dah! Mandi cepat! Kejap lagi family Adrian nak datang! Kau jangan sampai angah suruh Adrian mandi dengan kau!" ugut Airil.

"Ishh yela yela! Angah keluarlah! Aleeya nak mandilah ni!" marah Aleeya lalu menghempas pintu bilik air dengan kuat.

Airil tersenyum kemenangan lalu terus turun ke bawah untuk breakfast.

"Dah kenape dengan adik kamu tu? Sampai ke sini kami dengar dia hempas pintu," soal Puan Nasrin sambil menuang air teh ke dalam cawan.

"Airil ugut dia," balas Airil ringkas.

"Ugut ape?" soal Tuan Firash.

"Airil ugut dia...Kalau dia tak nak mandi,
Airil suruh Adrian mandi dengan dia sekali.
Sebab tu lah dia hempas pintu," jelas Airil lalu mengukirkan senyuman sinis.

"Kamu ni! Tak habis habis nak cari pasal dengan adik sendiri.Dah cepat makan! Nanti lambat adik marah!" ujar Puan Nasrin tegas.

"Yelah yelah.Mana along dengan Adam?" soal Airil.

"Diorang keluar awal.Ada meeting," balas Tuan Firash.

"Oh.Aman sikit dunia.Tak delah nak berebut makanan dengan diorang lagi," ujar Airil lalu terus mengangkat pinggan dan cawan lalu berjalan ke arah sinki.

"Abang cepatlah!!! Kalau adik lambat nanti adik kena denda dengan mamat sewel tu!!!" kedengaran jeritan Aleeya dari tingkat 3 membuatkan Tuan Firash yang sedang minum air itu tersedak.

"Ya Allah anak dara aku ni.Perangai tak pernah nak ubah.Sama je macam dulu," rungut Puan Nasrin lalu menghulurkan sehelai tisu kepada suaminya.

"Mama abang mane?!!" Aleeya yang baru turun dari tingkat 3 terus berlari ke arah meja makan.Dia terus menyalam Puan Nasrin dan Tuan Firash lalu terus menyambar kunci kereta BMW yang berada di atas meja.

"Angah cepat!!!!!" jerit Aleeya lalu segera membuka pagar rumahnya.

"Woii kasut kau mane?!" Airil yang baru sahaja ingin mengikat tali kasut terus menegur adiknya apabila melihat Aleeya yang berkaki ayam selamba badak dia je start enjin kereta tak pakai kasut.

"Eh aku lupa! Ambik jap kasut sekolah aku!!!" arah Aleeya lalu segera memakai seatbelt.

Airil menghulurkan kasut sekolah Aleeya lalu gadis itu terus menyarungkan kasutnya dan mengikat tali kasut itu.

"Dah tepi," suruh Airil lalu membuka pintu kereta pemandu.

"Tak de tak de! Harini aku drive! Dah masuk cepat!!!!" jerit Aleeya lalu berpura puraahu menekan pedal minyak.

"Ya Allah Ya Tuhanku!!! Apa yang bising sangat kamu dua orang ni?!" tegur Puan Nasrin sambil bercekak pinggang.

"Tak de ape pun ma! Bye assalammualaikum!!!" ucap Aleeya lalu terus memecut laju kereta BMW milik Airil.
Kereta itu terus memecut laju membelah jalan.

"Ya Allah budak ni.Takut pulak saya tengok dia bawak kereta.Takpelah,lepas ni saya pergi mall dengan awak je.Tak nak saya pergi dengan Aleeya.Kalau pergi dengan dia maksudnya menempah maut," bebel Puan Nasrin lalu membuka pintu kereta Velfire miliknya.

.

.

.

Selepas selamat sampai di hadapan pagar sekolah,Airil terus keluar lalu muntah di dalam longkang di tepi bus stop.

"Kau ok tak ni?" Adrian yang entah muncul terus mengusap perlahan belakang badan Airil yang sedang duduk mencangkung itu.

"Aku ok je.Aleeya ni hah.Bawak kereta punya laju.Tahulah dah lambat.Sapa suruh dia bangun lambat.Dah lah dia tu tak de lesen kereta.Kalau kena tahan dengan polis tadi habis lesap duit aku," bebel Airil lalu menjeling Aleeya yang sedang menyusun buku masuk ke dalam beg sekolahnya.

"Kau diamlah! Ni semua salah kau jugak! Bukannya nak kejutkan aku!" bentak Aleeya lalu terus menghentak kaki masuk ke dalam perkarangan sekolah.

"Aduhh merajuk pulak adik aku sorang ni," keluh Airil lalu bingkas bangun dari duduk.

"Alah tak pe.Nanti dia ok lah tu," balas Adrian.

"Hmm...By the way aku nak mintak tolong boleh?" soal Airil.

"Mintak tolong ape?" soal Adrian.

"Kau tolong jaga Aleeya dari jauh," balas Airil.

"Maksud kau?" soal Adrian kehairanan.

"Sebenarnya Aleeya ni selalu kena buli dekat sekolah lama dia dulu.Kebetulan pengetua nak buat kem perkhemahan minggu depan and kem perkhemahan tu melibatkan sekolah kita and sekolah lama Aleeya.Kalau Aleeya tahu mesti dia takut nak pergi kem tu," jelas Airil.

"Oh.Ok," balas Adrian ringkas.

"Ok thank you," ujar Airil lalu menghidupkan enjin keretanya.

Selepas kereta Airil sudah meninggalkan perkarangan sekolah,Adrian terus menutup dan mengunci pagar sekolah.

"Biar betul? Perempuan yang cantik macam tu pun kena buli jugak ke? Ataupun dulu dia seorang yang pendiam? Ke dia ni mudah kesiankan orang? Sebab tu dia biarkan je diorang nak buli dia pun," banyak persoalan tentang Aleeya muncul di benak fikirannya.

.

.

.

"Wey Aleeya.Aku nampak kau gaduh dengan angah kau tadi? Kenape?" soal Hani sebaik sahaja Aleeya melabuhkan punggung di tempat duduknya.

"Tak de apelah!" balas Aleeya dingin.
Sememangnya dia tidak suka orang mencampuri urusan keluarganya.

"Kau ni cakap lah elok elok sikit! Tak habis habis nak marah! Kalau marah pun tak payahlah sampai marah orang yang tak bersalah," tegur Adrian.

"Ishh kau diam boleh tak?! Aku bencilah time aku tengah badmood ada orang kacau!" marah Aleeya lalu menolak meja belajarnya sehingga terdorong ke hadapan.

"Kau kenape?! Nak marah marah boyfriend aku pulak!!! Kau ingat suara kau tu sedap sangat ke nak tengking tengking dekat boyfriend aku?!! Kalau sedap tak pelah jugak! Adrian pun tak hingin lah nak dengar suara kau tu!!" tiba tiba Qistina datang dan memarahi Aleeya.

Aleeya hanya mendiamkan diri kemudian mencapai botol airnya lalu minum.

"Kau ni pekak ke hah?!" Qistina menengking Aleeya lalu menolak kasar botol air Aleeya sehingga air tertumpah di baju sekolah Aleeya.Habis lencun baju sekolah gadis itu.Semua yang berada di dalam kelas itu terkejut dengan tingkah laku Qistina.Dia dah cari pasal dengan orang yang salah ni.Habislah kau Qistina.

Aleeya mengepal penumbuknya lalu menjeling Qistina tajam.Gadis itu hanya tersenyum sinis sambil mengekek ketawa apabila melihat baju Aleeya basah lencun.

"Kau nak ape hah perempuan sial?!!! Aku tak kacau hidup kau pun kan?!!! Yang kau nak kacau hidup aku buat ape?!!! Ape dosa aku dekat kau hah?!!! Kau ingat kau sape nak bagi baju aku basah?!! Kau fikir kau tu mak aku?! Aku pun tak hingin lah nak ade mak macam kau!!!!!!" jeritan Aleeya membuatkan semua yang berada di dalam kelas itu menutup telinga.Kelas kelas yang lain bergegas datang ke kelas mereka lalu menutup telinga masing masing apabila terdengar jeritan Aleeya.

Ketua Pengawas Itu Suami Aku [ C ] Where stories live. Discover now