Bab 27 🔥

737 28 0
                                    

"Dengar sini semua! Harini ramai cikgu yang tak datang and ada mesyuarat! Jadi semua boleh buat kerja sendiri tapi jangan bising faham?!!" Adrian membuat pengumuman.Pelajar yang berada di dalam kelas hanya mengangguk faham.

Aleeya bingkas bangun dari kerusi untuk pergi ke arah Hani dan Zulaikha.Namun sempat Adrian menghalangnya.

"Kenape?" soal Aleeya hairan.

"Duduk dengan saya please?" rayu Adrian.

"Hmm ok," balas Aleeya lalu duduk kembali.

"Thanks my dear," ucap Adrian lalu menarik tangan kiri Aleeya lalu menekup mukanya di atas pergelangan tangan Aleeya.Aleeya hanya menggelengkan kepalanya.Ni mesti nak tido.

Aleeya menarik kerusi supaya jarak mereka sedikit rapat.Aleeya mengusap perlahan rambut Adrian.

Tiba tiba,seorang wanita masuk ke dalam kelas 5 Emerald lalu menghempas buku teksnya di atas meja guru.

Semua terkejut dengan perbuatan gadis itu.Serentak mereka menjelingnya.Sape lagi kalau bukan Qistina.

Aleeya terkejut dengan perbuatan Qistina itu.Nasib tak patah je meja guru tu.Kalau tidak habislah dia kena ganti.

Adrian terbangun dari tidur.Mukanya tegang kerana dia tidak suka orang mengganggu tidurnya kecuali Aleeya.

Qistina berjalan menuju ke arah Adrian dan secara spontan dia duduk di atas riba Adrian lalu memeluk leher Adrian.

Semua terkejut dengan tindakan Qistina.
Makin melampau Qistina ni dari hari ke hari.Dahlah berlagak.Gedik pulak tu.Pastu perasan Adrian tu boyfriend dia.Padahal diorang dah putus.

Aleeya tersentak dengan perbuatan Qistina.
Dia hanya mendiamkan diri.Mulutnya seolah olah terkunci dengan mangga.
Badannya kaku seperti ais.Tunggu air mata je nak turun.Tapi dia tetap tahan.

"Ishh kau ni dah kenape?!!" marah Adrian lalu terus menolak Qistina sehingga gadis itu terjatuh di atas lantai kelas.

"Baby! You dah tak sayangkan I ke?! Atau disebabkan perempuan sial ni you dah lupakan I?!!" tuduh Qistina sambil mengalirkan air mata.

"Kau kata kawan aku sial?! Kau tu ape? Perempuan murahan?!!" marah Hani.
Zulaikha hanya melihat sahaja Hani memarahi Qistina di tempat duduknya.
Dia memang tak suka mencampuri urusan orang lain.Tapi kalau dia tak tahan sangat barulah dia marah.

"Apa masalah kau hah?! Aku tak kacau hidup kau pun kan?! Yang kau nak kata aku ni perempuan murahan apesal?! Mak ayah kau dah mati ke?! Sebelum diorang mati mesti diorang tak pernah ajar kau cara hormat orang kan," balas Qistina lalu tersenyum sinis.

Hani mendiamkan diri buat seketika.Air matanya yang bertakung dari tadi akhirnya jatuh menyembah bumi.Sesungguhnya dia terasa dengan kata kata Qistina tadi.Mak ayah dia sihat lagi.Hidup je lagi dekat muka bumi ni.Pandai pandai je dia kata mak ayah Hani ni dah mati.

Hafiz yang melihat Hani sedang menangis itu terus menarik pergelangan tangan Hani yang berlapik baju sekolah itu menuju ke tandas.

Qistina hanya tersenyum kemenangan.
Semua pelajar memandang Qistina dengan perasaan penuh dendam.Dasar mulut takde insurans.Sedap mulut dia je kata mak ayah Hani tu dah meninggal dunia.

Zulaikha yang hanya memerhati dari tadi terus berjalan menuju ke arah Qistina lalu menampar pipi kiri Qistina.Zulaikha keluar dari kelas dan bergegas menuju ke tandas untuk melihat keadaan Hani.

"Kau keluarlah! Ni bukan kelas kau!" marah Syahmi selaku ketua kelas 5 Emerald.

"Kau diamlah bodoh!" marah Qistina.

"Kau dah kenape nak kata ketua kelas kitorang bodoh?! Kau ingat kau tu perfect sangat ke hah?!" marah Zara,selaku penolong ketua kelas.

"Kau diam boleh tak?! Rimas lah aku dengar suara korang!" marah Qistina.

"Dah tau rimas keluar jelah apa susah!!!" jerit Zahred.

"Ishhh diamlah!!!" marah Qistina lalu menyepak kerusi dan meja Hani lalu menangis di situ.Aleeya berasa kasihan terhadap Qistina.

Dia berjalan menuju ke arah Qistina lalu mengusap perlahan belakang gadis itu.
Adrian terus menarik pergelangan tangan Aleeya.

"Kenape?" soal Aleeya pelik.

"Aku tak suka kau dekat dengan perempuan gila ni," pesan Adrian.

"But why?" soal Aleeya lagi.Walaupun Aleeya ni seorang yang garang,tegas dan kadang kadang dingin.Tapi dia cepat kesiankan orang walaupun tu musuh dia.

"I said no!" marah Adrian.Aleeya mendiamkan dirinya sebelum menunduk memandang lantai.

"Kau keluar dari kelas ni sekarang! Kita dah putus so terimalah hakikat! Aku tak nak tengok muka kau datang kelas ni lagi kau faham tak?!! Kalau kau datang jugak berkecai muka kau aku kerjakan!!!" marah Adrian.Tak pernah diorang tengok Adrian marah sampai macamtu sekali.Urat urat dia pun nampak.Jelas sekali yang dia memang marah dengan Qistina.

"Semua buat macam aku dengan Aleeya tak wujud dalam kelas ni! Jangan ada sapa sapa pun yang berani pusing belakang!" arah Adrian lalu menarik tangan Aleeya.

"Awak takut dengan saya ke?" soal Adrian lembut.

Aleeya hanya menggelengkan kepalanya.

"Cakaplah...," pinta Adrian.

Aleeya masih mendiamkan diri.

"Awak.Kalau saya ada buat salah saya mintak maaf tau.Awak janganlah merajuk dengan saya lagi.Saya sayang awak sepenuh hati saya.I'm sorry ok?" pujuk Adrian sambil bermain dengan jari jemari Aleeya.

Aleeya mengalirkan air mata.Adrian  mengesat air mata Aleeya menggunakan ibu jarinya.

Aleeya terus memeluk Adrian.Adrian membalas kembali pelukan Aleeya.

.

.

.

"Korang nampak kan?!! Diorang berzina dekat belakang ni boleh pulak! Kenapa I tak boleh sayang?!!" tiba tiba Qistina menjerit.

"Kau kenape hah?!! Aku dah suruh kau balik kelas kau kan?!! Yang kau nak datang merempat dekat sini lagi buat ape?!!" jerkah Adrian.

"Ape yang bising bising ni hah?!!!" tiba tiba seorang cikgu menjerit di hadapan pintu kelas 5 Emerald.Siapa lagi kalau bukan Puan Nasrin.Dia dahlah pengetua dekat sekolah tu.Pejabat pulak bawah kelas 5 Emerald je.Memanglah dengar dengan jelas kalau diorang buat bising.

Qistina terus berlari mendapatkan Puan Nasrin lalu memegang kedua dua belah tangan wanita berusia itu.Semua pelajar sudah membuat muka menyampah.Drama dah mula.

"Aunty....Tengok Adrian tu.Dia kata dia still couple dengan Qistina.Tapi dia suka hati je peluk Aleeya! Bukan ke tu haram?! Diorang bukannya mahram pun!" ujar Qistina dengan suara yang sengaja dimanjakan.

Ketua Pengawas Itu Suami Aku [ C ] Where stories live. Discover now