Bab 36 🔥

653 24 2
                                    

Semasa semua pelajar kelas 5 Emerald sedang seronok membuat kerja sendiri,tiba tiba seorang pelajar perempuan dari kelas 5 Golden datang ke kelas mereka dan menumbuk meja guru dengan kuat.

"Kau kenape Qistina masuk kelas kitorang sesuka hati! Keluarlah!" marah Syahmi.

"Kau diam!" marah Qistina.

"Kau jangan nak kurang ajar Qistina! Masuk kelas orang sesuka hati lepas tu nak marah marah!" tegur Adrian.

"Korang semua diam!! Sekarang ni aku nak Aleeya! Aku nak Aleeya! Mana dia?! Aku nak Aleeya sekarang jugak!!!" Qistina terjerit jerit memanggil Aleeya seperti orang yang terkena histeria.

"Kau nak ape cari dia?! Dia tak kacau kau so kau janganlah kacau dia!" marah Hani.

"Kau diam!!!" Qistina menjerit dan mengeluarkan sesuatu dari dalam poket baju sekolahnya.

"Kalau korang tak nak kena bunuh serahkan Aleeya sekarang!" jerit Qistina lagi dan menghalakan pisau lipat yang dibawanya ke arah Hani.

"Woii! Lepaskan Hani!" marah Hafiz.

"Oh.Ingatkan dah tak de sape yang sayang kau.Rupanya ada lagi," perli Qistina lalu menghalakan mata pisau itu tepat di bahagian leher Hani.Zulaikha yang duduk di sebelah Hani terkejut kerana ada seseorang yang menarik lengannya.

"Shh," Zahred meletakkan jari telunjuk kanan di bibirnya. Zulaikha sekadar mengangguk tanda faham dengan isyarat Zahred.

"Bagi Aleeya dekat aku kalau korang tak nak Hani kena bunuh!" jerit Qistina.

Aleeya yang sedang nyenyak tidur itu terbangun kerana tidurnya terganggu akibat jeritan Qistina.

"Ape dah jadi?" soal Aleeya kehairanan.

"Qistina nak bunuh Hani," jawab Adrian tenang.

"Hah?! Qistina nak bunuh Hani? Ishh! Tak boleh jadi ni.Memang nak kena perempuan ni!" Aleeya merengus kegeraman lalu mengepal penumbuknya.

"Kau jangan buat apa apa lagi.Kalau tak habis Hani kena kelar," pesan Adrian. Aleeya hanya mendiamkan diri sambil memandang ke arah Hani dan Qistina.

Qistina terus memandang ke arah Aleeya dengan senyuman sinis.

"Aleeya! Kalau kau tak nak kawan kau kena bunuh,baik kau serah diri sekarang!" suruh Qistina.

"Jangan dengar cakap dia Aleeya! Dia ni dah gila! Dia nak bunuh kau! Jangan serah diri kau dekat dia! Kau sayang aku kan? Kalau kau sayang aku,kau jangan serahkan diri kau!" larang Hani.

"Hani!" Aleeya bingkas bangun dari tempat duduknya.

"Aleeya jangan! Dia nak pergunakan kau je!
Jangan serahkan diri kau dekat perempuan gila tu!" larang Zulaikha apabila melihat Aleeya ingin berjalan menuju ke arah Hani dan Qistina.

"Masalahnya sekarang ni Hani dalam bahaya! Kau tak sayang Hani ke?! Aku rela korbankan nyawa aku demi orang yang aku sayang!" ujar Aleeya.

"Kau tak sayang anak kita ke?" soal Adrian separuh berbisik.

Aleeya terdiam.Mulutnya seolah olah terkunci apabila terdengar perkataan 'anak'.

"Serahkan diri kau sekarang!!!!" jerit Qistina.

Aleeya berjalan perlahan lahan menghampiri Qistina dan Hani.

"Aleeya!" Adrian terus menarik tangan Aleeya namun ditepis kasar.

"Bagus tu Aleeya! Bagus!!! Kau sanggup korbankan nyawa kau demi kawan kau yang bodoh ni! Bijak Aleeya bijak! Kau sangat bijak! Hahahahahaha!!!" Qistina ketawa seperti orang gila.

"Aleeya please! Jangan datang sini! Pergi duduk kat tempat kau!" rayu Hani.

Aleeya hanya memekakkan telinganya. Dalam fikirannya sekarang hanyalah untuk selamatkan Hani.

Zulaikha yang melihat Aleeya sedang berjalan menghampiri Hani dan Qistina perlahan lahan merangkak keluar dari kelas 5 Emerald untuk pergi ke bilik mesyuarat.

"Datang dekat sikit Aleeya!!!" jerit Qistina.

"Aleeya jangan!!!" jerit Hani pula.

"Kau diamlah perempuan bodoh!!!" marah Qistina lalu menampar pipi kiri Hani dan menolaknya sehingga gadis itu terjatuh.
Hafiz terus menarik lengan Hani dan menyuruh Hani berdiri di belakangnya.

Qistina terus merentap tangan Aleeya kasar dan menghalakan mata pisau yang tajam itu tepat di leher Aleeya.

"Qistina!!! Lepaskan anak aku!!!" tiba tiba Puan Nasrin yang datang entah dari mana bersuara.Semua pelajar hanya mendiamkan diri.

"Aku nak Adrian sekarang jugak!!!" jerit Qistina.

"Lepaskan Aleeya dulu!!! Baru aku pergi dekat kau!!!" arah Adrian.

"Tak boleh!! Aku nakkan darah Aleeya!!!" jerit Qistina lalu menghalakan mata pisau itu ke arah perut Aleeya pula.

Adrian yang melihat Qistina mahu menikam perut Aleeya terus menolak kasar tangan Qistina lantas menarik tangan Aleeya. Qistina cuba untuk menikam Adrian namun dengan pantas Aleeya menolaknya sehingga menyebabkan bahu kanannya terhiris dengan mata pisau yang berada di dalam genggaman Qistina.

Zahred dan Hafiz terus memegang dan mengunci tangan Qistina sebelum perkara yang lebih buruk terjadi.

"Adrian. Bawak Aleeya pergi hospital sekarang!" arah Puan Nasrin. Adrian terus mencempung tubuh kecil isterinya sebelum berlari keluar dari kelas.

Qistina ingin mengejar Adrian namun pipi kirinya ditampar kuat oleh Puan Nasrin. Perlahan-lahan dia merasakan yang ada cecair berwarna merah mengalir turun dari hujung bibirnya.

Qistina merenung Puan Nasrin tajam sebelum dia bertindak mahu menikam wanita itu namun tidak berjaya apabila kedua-dua tangannya dikunci oleh Hafiz dan Zahred.

"ARGHHH!!!" Qistina menjerit dengan kuat sebelum tangan Hafiz dan Zahred digigit olehnya. Hafiz dan Zahred terpaksa melepaskan tangan Qistina.

Baru sahaja Qistina mahu mengelar leher Hafiz, Hani dengan pantas memukul kepala Qistina sebelum dia menyepak Qistina sehingga menyebabkan dia terjatuh di atas lantai.

Qistina terus mengambil pisau yang berada di hujung jari kakinya lalu merenung Hani tajam sebelum dia mengelar lehernya sendiri. Mata Hani membulat akibat terkejut dengan apa yang baru dilakukan oleh Qistina. Darah terpercik ke merata tempat. 

Semua pelajar menutup mata masing-masing. Puan Nasrin berlalu keluar dari kelas sebelum mengeluarkan telefonnya dan terus menghubungi ambulans.

Ketua Pengawas Itu Suami Aku [ C ] Where stories live. Discover now