Bab 22 🔥

728 31 0
                                    

"Kau dengar sini!!! Aku nak bagi amaran dekat kau! Kalau kau kacau hidup aku lagi...Percayalah! Hidup kau takkan aman!!!" ugut Aleeya lalu menampar pipi kanan Qistina sehingga darah pekat dari bibir gadis itu mengalir laju.

"Kau kenape hah nak tampar dia?!" soal Adrian lalu mengelap darah pekat Qistina menggunakan sapu tangan yang dibawanya setiap hari.

"Sekarang ni aku nak tanya kau! Sape yang mulakan dulu pergaduhan ni?! Kalau kau rasa aku yang bersalah tentang pergaduhan ni! Pergi mampus lah dengan fitnah kau tu sekali! Menyampah aku!!!" jerit Aleeya.

Adrian tersentak dengan kata kata Aleeya.
Aleeya yang sedang menahan kemarahan itu terus keluar bangun dari berjalan menuju ke pintu keluar kelas.Semasa dia hendak meneruskan perjalanan menuju ke tandas,dia terdengar pelajar pelajar kelas lain sedang mengumpat Aleeya,Adrian dan Qistina.Aleeya berjalan menghampiri mereka.

"Tak reti masuk kelas ke hah?!! Kerja nak gosip je! Kalau rasa nak menyibuk dengan urusan orang lain pergilah jadi wartawan! Sekolah tempat untuk belajar bukannya tempat interview wartawan!!" tengking Aleeya.

Mereka terus bergegas masuk ke dalam kelas.

"Tunggu!" panggil Aleeya.Mereka semua berpaling menghadap Aleeya.

"Kalau perkara ni diketahui oleh cikgu dan pelajar yang bukan form 5...Jangan tanya aku kenapa muka korang lebam! Korang faham tak apa yang aku cakap ni?!!" jerit Aleeya lalu mengepal penumbuknya.

"Faham!" balas mereka semua lalu terus berlari anak masuk ke dalam kelas masing masing.

.

.

.

Selepas Aleeya selesai membasuh muka,dia bergegas jalan menuju ke kelas 5 Emerald.Semasa dia melangkah masuk ke dalam kelas itu,suasana yang tadinya riuh bertukar menjadi suram apabila mereka melihat Aleeya melangkah masuk ke dalam kelas dengan muka tegang.

"Aleeya,kau ok tak ni?" soal Zulaikha lalu bergegas menuju ke arah Aleeya.

"Hmm" balas Aleeya ringkas.Sekarang dia betul betul takde mood.

"Aleeya,aku nak mintak maaf tau kalau aku ada menyibuk tentang urusan keluarga kau.Jangan merajuk dengan aku tau wey.
Please...Aku merayu sangat sangat...
Janganlah merajuk dengan aku Aleeya," rayu Hani sambil memegang kedua dua pergelangan tangan Aleeya.

"Hmm" balas Aleeya ringkas.

.

.

.

Sudah pukul 1:50 tetapi bayang Airil masoh tidak kelihatan.Akhirnya Aleeya memutuskan untuk balik ke rumah dengan berjalan kaki sahaja.

15 minit kemudian.

"Hah Aleeya.Lambat kamu? Selalunya pukul 1:40 kamu dah tidur dalam bilik sekarang ni," soal Puan Nasrin.

"Angah tak datang ambik," balas Aleeya dingin lalu terus menekan butang lif.

"Kenapa dengan anak dara aku ni? Tiba tiba je badmood? Ada masalah ke dekat sekolah?" fikiran Puan Nasrin bercelaru memikirkan sikap dingin anaknya itu.

.

.

.

"Assalammualaikum ma! Kitorang dah balik!" laung Adam lalu menolak pintu rumah.

"Waalaikummussalam! Ha masuk cepat and then tolong mama kutip baju! Hari dah nak hujan tu," suruh Puan Nasrin.

Adam dan Aiman terus berlalu ke halaman belakang untuk mengutip baju yang sudah kering itu.

"Mama,mana papa? Tak balik lagi ke?" soal Airil lalu menyedut fresh oren yang dibelinya tadi menggunakan straw.

"Papa balik lama dah.Dia ada dalam bilik tengah mandi and buat kerja sikit," balas Puan Nasrin sambil membasuh pinggan yang kotor di dalam sinki itu.

"Aleeya mane?" soal Adam lalu menyuruh Aiman melipat baju yang telah dikutip mereka tadi.

"Cakap pasal Aleeya,mama rasa dia badmood lah," balas Puan Nasrin.

"Kenapa mama?" soal Adam lalu menghirup air kopi yang telah dibuat oleh mamanya tadi.

"Mama pun tak tahulah Adam.Tapi lepas balik dari sekolah tadi,muka dia macam baru lepas marah seseorang.Takut mama tengok.Masa dia masuk bilik pun dia hempas pintu jugak.Terkejut mama dibuatnya," jelas Puan Nasrin.

"Kau lah ni Airil.Kan dia dah pesan dekat kau malam semalam gerak dia pukul 6:30 tapi kau gerak pukul 7:20 dah kenape?" balas Aiman sambil melipat baju di hadapan sofa ruang tamu.

"Aku gerak dia waktu subuhlah.Dia tu yang lambat.Lima minit lima minit aje jawapan dia.Lepas tu nak marah aku pulak.Salah dialah.Sapa suruh tak bangun," balas Airil lalu membuka telefon pintarnya.

Adam yang melihat Airil sedang khusyuk memandang telefon dan tersengih sengih seorang diri seperti kerang busuk terus memanjangkan lehernya untuk mengetahui apa yang Airil lakukan.

"Mama! Airil dah ade girlfriend! Amelia nama dia!" jerit Adam lalu ketawa kecil.

"Woii kau kenape?! Mana ade! Kitorang just kawan lah!" marah Airil lalu menampar perlahan bahu Adam.

"Eleh just kawan konon! Yang kau tersengih sengih macam kerang busuk tu apehal?! Buang tabiat ke ape?!" soal Adam lalu menjelirkan lidahnya.

"Suka hati akulah nak senyum ke nak marah ke nak tidur ke...Tak kacau hidup kau pun," balas Airil lalu menjeling Adam sekilas.

"Hek eleh.Aku tahulah yang kau tu suka dekat Amelia kan? Kan kan kan?" usik Adam.Muka Airil sudah merona merah.

"Mana ada!" bantah Airil lalu tersenyum nipis tanpa dia sedar.

"Mama Airil senyum bila sebut nama Amelia!!!" jerit Adam lalu melompat kegembiraan.

"Haihh kamu ni.Tak habis habis nak usik abang kamu.Sudah.Jangan kacau abang kamu tu.Kang dia naik angin nanti habis kamu," tegur Puan Nasrin lalu mengusap lembut rambut lurus Aiman yang sedang melipat baju itu.Rajin anak sulungnya ini.

"Airil suka Amelia!!! Airil suka Amelia!!!" Adam menjerit lalu berlari lari anak.Airil hanya memekakkan telinganya sahaja.

"Woii diamlah!!! Dari tadi terpekik pekik macam orang gila! Dah 20 tahun pun nak buat perangai macam budak umur 5 tahun! Kau tengok Aiman! Rajin je dia tolong mama! Bukannya terjerit jerit macam kau!" Aleeya memarahi abangnya itu kerana jeritan abangnya tadi mengganggu tidurnya.

"Kau asal nak marah marah aku?!" balas Adam lalu merenung tajam anak mata Aleeya.

Aleeya yang sedang badmood itu terus menikam anak mata Adam lalu menjelingnya sekilas.Adam yang terkejut dengan jelingan maut adiknya itu terus berlari anak menuju ke biliknya.Puan Nasrin,Aiman dan Airil hanya menahan ketawa melihat Adam yang sudah kecut perut itu.

Ketua Pengawas Itu Suami Aku [ C ] Where stories live. Discover now