Bab 38 🔥

679 21 0
                                    

"Adrian,bangun.Dah pagi ni," Aleeya segera mengejutkan Adrian yang masih lagi lena dibuai mimpi.Selalunya dia yang bangun awal,sekarang dia pulak yang bangun lambat.

"Adrian bangunlah!" Aleeya menggoncang badan Adrian.

"Tengku Adrian Iskandar bin Tengku Nawawi! Wake up now!" Aleeya menggoncang tubuh Adrian sedikit kuat.
Adrian masih lena dibuai mimpi.

"Oh tak nak bangun ye.Tunggu kau," Aleeya bangun dari katil kemudian dia berjalan menuju ke bilik air.

Selepas beberapa minit,Aleeya keluar dengan senyuman sinis.

"Tengku Adrian Iskandar bin Tengku Nawawi! Bangun!!!" Aleeya menjerit kemudian menyimbah sebaldi air tepat mengenai muka Adrian.Adrian yang sedikit terkejut itu terus bangun dari tidur lantas melihat jam tangannya.Aleeya hanya mampu menggelengkan kepala.

"Kenapa awak simbah air ni?!" marah Adrian.

"Eh eh.Dia marah kita pulak.Kita penat penat kejut dia,boleh dia marah kita?!"  Aleeya memandang Adrian dengan pandangan tajam sambil bercekak pinggang.

"Yelah yelah.Perempuan selalu nak menang!" rungut Adrian lantas bergerak menuju ke bilik air.

"Nak pergi mana tu?" soal Aleeya.

"Pergi bilik airlah," jawab Adrian.

"Nak buat ape?" soal Aleeya lagi.

"Apa benda soalan awak ni Aleeya? Mestilah saya nak mandi" jawab Adrian.

"Baju sekolah bawak ke?" soal Aleeya.

"Errrr....Tak," balas Adrian sambil tersengih.

"Lepastu? Nanti nak pergi sekolah pakai baju ape?" soal Aleeya lagi.

"Takpelah! Harini saya tak payah pergi sekolah," jawab Adrian.

"Pergi balik rumah,mandi,pakai baju sekolah and...Go to school now!" arah Aleeya.

"Ok fine!" Adrian menghentakkan kakinya lantas keluar dari wad Aleeya.

"Sikit sikit merajuk," omel Aleeya kemudian mengambil telefon pintarnya.

Angah ❤

Angah...
5:50 p.m
✅✅

Kau ni dah kenape?
Dgn salam x de tiba ii
merengek x tentu pasal.
5:50 p.m
✅✅

Adik bosanlah! Bila mama
nak dtg ni?!
5:50 p.m
✅✅

Oh angah lupa nak bagitau.
Harini mama x boleh melawat
adik sebab harini mama ada
meeting! Papa pulak pergi Johor.
Petang esok baru balik.So...
harini x de sape ii lah yg dtg
melawat adik! 🤣🤣🤣
5:51 p.m
✅✅

Ishh angah ni! Kalau mcm tu
kenapa angah x nak dtg lawat
adik? Angah dah x syg adik
lagi ke?!
5:51 p.m
✅✅

Eh,mestilah angah syg!
Cuma angah dtg lewat
sikit sebab angah ada
meeting pukul 1:00 ptg.
Maybe pukul 2:30 mcm tu
angah sampai kot.KOT...
5:51 p.m
✅✅

X pelah. Adik akan
sentiasa menunggu angah
adik yang poyo ni.
5:52 p.m
✅✅

Eleh! X nak mengaku yg angah
dia ni hensem lah tuuu.❤
5:52 p.m
✅✅

Ketua Pengawas Itu Suami Aku [ C ] Where stories live. Discover now