Bab 29 🔥

703 25 1
                                    

"Pening kepala lagi tak?" soal Adrian.

"Hmm.Ok lah sikit daripada tadi," jawab Aleeya.

"Oh ok," ujar Adrian ringkas dan terus mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air.

"Oiii! Baju awak mane?!" soal Aleeya dari atas katil.

"Ada dekat atas sofa! Ambik jap!" suruh Adrian dari dalam bilik air.

"Ishh ambiklah sendiri! Awak yang nak pakai bukannya saya!" bantah Aleeya.

"Ok fine! Kalau saya keluar japgi,awak tengok saya bertuala je jangan salahkan saya!" pesan Adrian.

"Ishhh," Aleeya merungut perlahan.

Dia bangun dari katil dan berjalan menuju ke sofa.Dia mengambil baju dan seluar Adrian lalu mengetuk pintu bilik air.

"Nak ape?" soal Adrian dingin.

Aleeya hanya mendiamkan diri dan mengetuk pintu sahaja.

"Ishh nak ape?!" soal Adrian lagi.

"Baju awaklah ape lagi!" marah Aleeya lalu menyepak pintu bilik air.

"Ishh! Sabarlah!" marah Adrian dari dalam.

"Nah!" sejurus Adrian membuka pintu bilik air,Aleeya menutup matanya menggunakan telapak tangan kanan dan tangan kirinya pula memberi baju kepada Adrian.Adrian hanya tersenyum sinis tanpa Aleeya sedar.

"Ishh dah ke belum?! Penatlah saya nak pegang!" marah Aleeya.

"Awak yang penat bukan saya," balas Adrian acuh tak acuh.

"Ishh! Kecik besar kecik besar je saya tengok awak ni!" marah Aleeya.

"Tak baik marah marah.Nanti cepat tua," gurau Adrian tapi mukanya masih dingin.

"Awak diamlah! Dahlah lambat! Mengalahkan orang OKU!" sindir Aleeya.
Adrian hanya menjeling tajam anak mata Aleeya.

"Apa tengok tengok? Ada hutang?!"

"Eiii perasannya! Sape tengok awak," nafi Adrian lalu terus menghempas pintu bilik air itu.Nasib tak roboh. Aleeya merengus geram sebelum merebahkan dirinya di atas katil.

.

.

.

"Aleeya. Bangun. Larat tak nak pergi sekolah?" Adrian menggoncang perlahan tubuh Aleeya.

Masih tiada sahutan daripada Aleeya.Tidur mati ke apa budak ni?

"Aleeya. Bangun,"

"Hmmm," Aleeya terus menarik selimut sehingga membaluti seluruh tubuhnya.

"Aleeya. Bangun. Nak pergi sekolah ke tak nak?"

"Tak nak! Saya pening lah," jawab Aleeya dengan suara sedikit serak.

"Awak okey tak ni kalau saya pergi sekolah?" soal Adrian.

"Saya okeylah. Dah pergi sekolah cepat! Kacau je!" Aleeya menghalau Adrian.

Adrian menjeling Aleeya tajam.
Semasa Adrian hendak memulas tombol pintu bilik,dia melihat Aleeya berlari masuk ke dalam bilir air.

"Aleeya! Awak ok tak?!" soal Adrian apabila dia terdengar Aleeya muntah.

5 minit kemudian

Aleeya keluar dari bilik air dengan wajah yang pucat.Adrian terus memimpin Aleeya.

"Awak ok tak ni?" soal Adrian risau.

"Ok je.Mungkin saya tersalah makan kot.
Sebab tulah saya muntah," balas Aleeya lemah.

"Awak tidur dulu.Nanti saya bagitahu mama yang awak tak sihat," suruh Adrian.Semasa Adrian sedang menepuk nepuk bantal,dia terdengar bunyi seperti seseorang jatuh.Dia menoleh ke belakang dan melihat Aleeya yang jatuh terbaring di atas lantai.

"Aleeya?! Bangunlah jangan tidur kat sini!" kejut Adrian.Aleeya masih tidak sedarkan diri.Adrian terus mendukung Aleeya dengan gaya 'bridal style'.

"Eh,Adrian! Kenape dengan Aleeya tu?!" Puan Nasrin yang ingin naik ke tingkat atas terserempak dengan Adrian yang sedang bergegas turun sambil mendukung Aleeya.

"Ma,Aleeya pengsan! Cepatlah siap!" suruh Adrian.Amboi,menantu pulak yang menyuruh mak mertua 😂.

"Ya Allah! Apalah yang budak ni makan.
Tulah dah tahu tak sihat nak jugak pergi sekolah.Dah lah susah nak makan ubat.Menyusahkan orang jelah!" bebel Puan Nasrin.Anak tengah sakit pun still boleh membebel.

"Abang,bangunlah! Aleeya pengsan!!!" Puan Aleeya menjerit di telinga suaminya.
Tuan Firash terkejut dengan jeritan isterinya itu.Haihh nasib baik aku ni takde sakit jantung tau! Kalau tidak dah lama aku tumbuk kepala bini aku ni.

"Ape kena dengan awak ni hah?! Terjerit jerit macam orang gila," tegur Tuan Firash.

"Ishh! Aleeya pengsan!" jelas Puan Nasrin lalu membetulkan sedikit tudungnya lalu mengambil baju dan seluar untuk suaminya.

"Nah! Pakai cepat!" arah Puan Nasrin.

"Ishh sabarlah! Macamlah kalau awak menjerit tu boleh bangunkan Aleeya.

"Mama,papa!!! Cepatlah sikit!!!" laung Adrian dari bawah.

"Ok mama nak siap dah ni!!!" sahut Puan Nasrin lalu mencubit lengan suaminya.Tuan Firash menjerit kesakitan.

"Cepat!" arah Puan Nasrin dengan nada tegas sambil membulatkan anak matanya menandakan yang bila bila masa je dia boleh naik angin.Tuan Firash terus menyalin pakaiannya lalu mereka berdua terus bergegas turun ke bawah.

"Mama! Kenapa bising sangat?!" soal Adam yang baru keluar dari biliknya.

"Adam! Gerak abang abang kamu sekarang! Aleeya pengsan! Mama dengan papa pergi dengan Adrian tau! Korang pergi sendiri ye?!" suruh Puan Nasrin.Adam hanya menganggukkan kepala lalu bergegas mengetuk pintu bilik Aiman dan Airil.

"Hmm? Kau nak ape?! Kacau je aku nak tido!" marah Aiman.

"Cepatlah siap! Aleeya pengsan! Mama suruh kita pergi hospital sekarang jugak! Tapi pergi sendirilah," terang Adam lalu mengetuk pintu bilik Airil pula.

"Kenape?" soal Airil.

"Cepat siap.Aleeya pengsan," suruh Adam ringkas.

"Hah?! Aleeya pengsan! Ok ok aku siap sekarang!" balas Airil lalu terus menghempas pintu biliknya.Adam dan Aiman sama sama terkejut.

"Sebut je Aleeya terus jadi huru hara.
Macam dia pulak suami kepada Aleeya tu," rungut Adam.

"Yang kau tak siap siap lagi apahal ni?!" marah Aiman pula.

"Ishh aku nak bersiap lah ni," balas Adam lalu menjeling Aiman.

Ketua Pengawas Itu Suami Aku [ C ] Where stories live. Discover now