Bab 13 🔥

798 28 0
                                    

Adrian terus menumbuk meja Aleeya.
Semua pelajar terkejut dengan tindakan Adrian.Aleeya hanya menggolekkan kepalanya lalu mengeluh kasar.Lagilah panas hati Adrian tu.

"Kau selalu cari pasal dengan Adrian! Mesti kau suka dia jugak kan?! Jangan mimpilah Adrian akan suka perempuan jijik macam kau! Mak dengan anak sama je!" bidas Emelda sambil menjeling Aleeya.

"Kau apahal nak babitkan mama aku?!!" jerit Aleeya lalu menolak Adrian sehingga jejaka itu terjatuh.Semua pelajar terkejut termasuk Adrian.Kuat gila Aleeya ni.

"Kenape? Kau nak pukul aku? Nak tampar aku? Silakan!" balas Emelda lalu terus berdiri dan menghampiri Aleeya.Dia berasa geram kerana buah hatinya jatuh disebabkan Aleeya.

"Tolong jaga sikit mulut kau tu! Jangan nak libatkan mama aku dalam hal ni! Mama aku tak de kena mengena pun dalam hal ni!!!" jeritan Aleeya bergema di seluruh blok itu.
Emelda terkejut lalu terus kembali ke tempat duduknya.

Aleeya terus ke tempat Emelda lalu menarik rambut gadis itu.

"Kau jangan sesekali cakap tentang keluarga aku!!! Kalau kau ungkit jugak jangan tanya kenapa kepala kau terbelah dua!!!" jerit Aleeya sekali lagi lalu melepaskan rambut Emelda.Habis kusut dan serabai rambut wanita itu.Rakan Emelda sudah bangun dari kerusi untuk memukul Aleeya.

"Kalau korang datang and nak pukul aku silakan! Tapi jangan tanya kenapa meja ni terpelanting dekat kau!" marah Aleeya lalu berjalan ke arah sebuah meja kosong.

Rakan rakan Emelda sudah kecut perut.
Terus mereka duduk kembali di tempat masing masing.

"Kalau aku keluar kelas ni,and aku dengar ada gosip tentang aku bergaduh dengan Emelda,jangan tanya kenapa mata korang lebam! Faham ke tak?!!" pesan Aleeya lalu menendang kerusi di hadapan Emelda.

Semua pelajar termasuk Adrian mengangguk faham.Sekarang barulah mereka tahu perangai sebenar Aleeya.

.

.

.

"Wey Aleeya.Kau tak nak turun rehat ke?" soal Hani sambil lututnya terketar ketar apabila melihat muka Aleeya yang dingin dan tegang itu.

"Tak nak.Korang pergilah.Aku nak buat kerja sekolah," tipu Aleeya lalu segera mengukirkan senyuman manis kepada rakan karibnya.

"Ok kitorang pergi dulu.Bye!" ucap Zulaikha lalu terus menarik tangan Hani untuk keluar.

Semasa Hani dan Zulaikha beredar,tiba tiba perut Aleeya berbunyi menandakan perlu diisi dengan makanan.

Terus Aleeya turun ke kantin untuk membeli makanan.Semasa dia sedang dalam perjalanan pergi ke kantin,semua pelajar yang berada di kantin itu terus memandangnya dengan pandangan tajam.

"Apa tengok tengok?! Tak pernah tengok orang beli makanan ke?!" herdik Aleeya.

"Kau jangan nak berlagak sangat boleh tak? Satu sekolah dah tahu yang kau tolak Adrian sampai jatuh kan?!" tiba tiba,seorang pelajar perempuan datang ke arah Aleeya.

"Sape yang bagitahu?" soal Aleeya menahan geram.

"Emelda lah sape lagi," balas budak itu lalu menjeling Aleeya.

"Kau nak kata aku ni berlagak? Sedarlah diri tu sikit! Dasar betina tak tahu malu!" herdik Aleeya membuatkan pelajar itu menangis.

"Kau kenape nak marah adik aku!" ujar satu suara dan ianya ialah Emelda.

"Oh adik kau ke? Ingatkan gelandangan manalah tadi tiba tiba mengutuk aku," perli Aleeya membuatkan pelajar pelajar yang berada di kantin ketawa terbahak bahak.

"Kau kenapa hah babi?!!!!!" jerit Emelda.
Geram sungguh dia dengan wanita di depannya ini.Semua pelajar terus diam dan terus melihat drama di depan mereka ini.Bukan selalu dapat tengok drama free.

"Oii babi kat hutan! Nampak sangat tak belajar.Dasar bodoh!" perli Aleeya pula.

"Kau kenape hah setan?!!!! marah Emelda.

"Oh sekarang ni kau nak marah aku pulak?
Apa aku pesan dalam kelas tadi? Kalau aku tahu kejadian tadi sampai dekat telinga aku,aku akan buat ape? Satu kelas aku tumbuk.Ke kau pekak tadi?! Aku dah cakap tadi jangan cerita perkara tadi dekat orang lain! Tapi kau tak dengar cakap aku kan.
Mai sini aku nak bagi hadiah dekat kau!!!" jerit Aleeya lalu mengangkat tangan kanannya.

Tiba tiba,ada seseorang memegang tangan Aleeya dari menampar Emelda.Orang itu ialah Adrian.Semua terkedu dengan perbuatan Adrian.Adrian sukakan Emelda ke sampai tak bagi Aleeya pukul?

"Tak payah lah nak acah gangster kat sini!
Sini tempat untuk makan,bukannya tempat untuk bergaduh!" herdik Adrian lalu terus melepaskan pergelangan tangan Aleeya.

Aleeya terus memandang Adrian dengan pandangan tajam.Semua pelajar yang berada di kantin terkejut dengan perubahan pandangan mata Aleeya.Masa dia nak bergaduh dengan Emelda tak delah sampai macam tu sekali pandangan dia.

Adrian yang berdiri di hadapan Aleeya terus mendiamkan diri.

"Aku dah pesan kat dalam kelas tadi.Jangan biar perkara ni diketahui oleh pelajar lain.Tapi korang tak nak dengar cakap aku kan?" soal Aleeya dengan suara yang lembut.Semua di situ berasa lega.Ingatkan Aleeya nak marah Adrian tadi.

"Tapi kenapa korang tak dengar cakap aku hah?!!!!!!!!!!!!!!!!!!" jeritan Aleeya sangat kuat sehingga Puan Nasrin yang berada di pejabat terkejut dan terus bergegas keluar.

Semua warga Silver Highschool terus bergegas menuju ke kantin apabila terdengar jeritan Aleeya.

Sampai sahaja di kantin Puan Nasrin sudah menyuruh semua pelajar balik ke kelas masing masing termasuk Adrian dan Emelda.Kini hanya tinggal Puan Nasrin dan Aleeya sahaja.

"Sabar sayang.Mengucap nak.Ingat Allah," pujuk Puan Nasrin sambil menggosok perlahan belakang anaknya.

"Aleeya dah ok ma," balas Aleeya lalu mengukirkan senyuman manis di hadapan Puan Nasrin.

Ketua Pengawas Itu Suami Aku [ C ] Where stories live. Discover now