14 Days: 6

192 57 123
                                    

Assalammualaikum, kita dah nak bertemu dengan perkataan tamat 🥺 Aku tak sabar ni nak tulis perkataan 'tamat' tu HAHAHAHAHAHA.

So yeah, jangan lupa baca, vote and comments! Thank you!

| 03012021 |







_______________











QIRSHA mengangkat kepala memandang tuan punya suara itu. Dia bangkit dari baring sebelum mengubah posisi kepada duduk. Tangannya laju menyeka air mata. Kenapa masa ini Airiq sibuk nak datang? Kenapa tak masa lain je.

"Mana kau tahu aku dekat sini? Kau stalk aku eh?" tuduh Qirsha. Dia menjongket kening sebelah kanan. Airiq yang masih menundukkan kepala, memandang mukanya membuatkan dia gelisah. Ada air mata lagi? Rasanya dah kering.

"Nope, ini tempat favourite aku selain yang lagi satu tu. Memang habis je ajar kau, aku akan datang sini. So, jangan perasan," terang Airiq bersama senyuman mengejeknya. Terselit sindiran di akhir ayat. Qirsha terus menjulingkan mata ke atas.

"Kenapa kau nangis?" soalnya sekali lagi. Qirsha mencantum jarinya-jarinya tanpa menjawab soalan Airiq. Hanya biarkan soalan tersebut. Badannya sedikit menggigil. Melihat itu, Airiq melabuhkan punggung di sebelah Qirsha dan cuba menenangkannya tanpa menyentuh tubuh badan gadis itu.

"Kau benci aku tak, Airiq?" tanya Qirsha dengan nada lemah. Dia menghela nafas berat sambil memandang tasik yang terbentang di depan mata. Tenangnya duduk sini.

"Benci sangat-sangat. Benci tengok kau nangis. Macam budak kecik," kutuk Airiq selamba. Badannya ditolak kuat oleh Qirsha. Hampir sahaja tubuh dia jatuh tergolek ke dalam tasik.

"B*d*hlah," balas Qirsha sambil menjeling Airiq sekilas. Tanpa sedar, segaris senyuman terukir di bibirnya. Airiq turut melakarkan senyuman lebar. Lesung pipit yang sengaja disembunyikan dari sesiapa mula terbentuk di pipinya. Tergamam seketika Qirsha melihatnya.

Nampak comel!

Qirsha berdeham perlahan bagi menutup rasa gugup yang menyerang hatinya tika itu. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain, sengaja mengelak dari memandang Airiq. Ish, tercair pula dia tengok lesung pipit Airiq. Dan tak lama lepas itu, masing-masing memilih untuk berdiam diri dari bersembang.

"Er Airiq, kau malu tak kalau kau ada kawan yang anak luar nikah? Yang tak diiktiraf?" Terselit getaran di sebalik nadanya ketika menyoal soalan tersebut. Entah kenapa soalan itu meluncur laju di bibirnya. Mungkin dia inginkan kepastian dari lelaki itu.

"Tak. Aku tak kisah pun kalau dia anak lembu ke, kambing ke. I don't care," balas Airiq selamba. Wajah Qirsha terus berubah muram seraya mendengar balasan Airiq. Hatinya sedikit terguris dengan Airiq.

"Betullah kau malu kawan dengan anak macam tu. Sebab kau tak cakap pun yang kau tak malu kawan dengan anak luar nikah. Okay.'' Suaranya jelas kedengaran kendur, kecewa dengan respon Airiq. Manakala Airiq pula terkebil-kebil melihat Qirsha dan juga pelik dengan perangai gadis itu. Kenapa petang ini dia sensitif semacam?

''Sha... look at me." Arahan dari Airiq dia ikut dengan hati yang sebal. Mereka berdua bertentang mata buat sementara waktu sebelum Qirsha mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia tak suka kelihatan lemah di depan orang walaupun dia sememangnya lemah.

"Look, Qirsha. Maksudnya aku tak kisah pun kalau kau anak luar nikah sekalipun. Pangkat tak penting dalam friendship kita berdua. Lagi pun... kejap!" Airiq menoleh ke arah sebelah ataupun lebih tepat lagi memandang Qirsha dengan riak terkejut. Qirsha sudah memeluk lutut dan menyembamkan mukanya sebelum esakan kedengaran jelas di telinga Airiq.

14 Days [C]Where stories live. Discover now