14 Days: 5

217 61 115
                                    

Assalammualaikum, done new chapter Don't forget to read, vote and comments 🥰 Thank you!

| 12122020 |








_____________










"AKU... DAH ADA GIRLFRIEND."

Qirsha memandang Airiq tanpa berkerdip. Wajahnya berubah sedikit sebelum kembali kepada muka asal. Dia mengalihkan padangan ke arah buku-buku latihan. Sengaja menyibukkan diri dengan mengulang kaji. Pensel tekan Qirsha tiba-tiba dirampas oleh Airiq. Terus dia mendengus kasar.

"Okay, buktikan," cabar Qirsha. Keningnya dijongket ke atas. Dia memeluk tubuh sambil mengukir senyuman mengejek. Melihat Airiq yang seakan-akan tercabar dengannya membuatkan dia terhibur.

"Dalam kiraan sepuluh, sembilan, lapan..."

"Wey sabarlah, gila!"

Airiq kalut mencari nombor seseorang sebelum tertekan satu nombor. Allah, dia boleh tertekan nombor orang lain! Airiq meraup mukanya kasar dan menunggu tuan punya nombor itu menjawab panggilan. Kakinya menapak jauh sedikit dari Qirsha. Beberapa minit menunggu, akhirnya panggilan dia terjawab.

"Driz nak apa ni? Kakak tengah busy sia. Kenapalah suka susahkan kakak, Driz. Driz faham tak erti busy?

"Alah janganlah bising-bising, kak. Driz nak minta tolong."

Sementara di sebalik telefon, Airin mengeluh halus dan menutup bukunya. Dia menumpukan sepenuh perhatian terhadap adiknya yang satu itu. Nasiblah dia ada adik seorang je. Jenuh nak melayan kalau ramai.

"Tolong jadi girlfriend Driz."

"What? Are you crazy, Airiq Drizlan?"

Telefon di tangannya itu dijauhkan sedikit dari telinga. Wajahnya berkerut sambil tangan menggosok-gosok telinga. Fuh, boleh pekak dia dengar jeritan Airin. Usai je mendapat green light dari Airiq, dia berjalan mendekati Qirsha dan menghulurkan telefonnya.

"Assalammualaikum, ni girlfriend Airiq Drizlan?" soal Qirsha terus. Dia berpeluk tubuh dan telefon Airiq diletakkan di atas meja. Butang speaker ditekan. Airiq mengerling riak wajah Qirsha. Dingin dan tak berperasaan.

First time!

"Waalaikumussalam, ye saya. Kenapa ye?" Soalan Qirsha dibalas balik dari girlfriend Airiq. Terdapat senyuman di tepi bibirnya. Sinis.

"Kalau betul awak girlfriend Airiq, dekat mana tanda lahir dia?"

Terus Airiq memandang Qirsha terkejut. Wajah gadis itu selamba sahaja menyoal. Ataupun lebih tepat berkeyakinan. Terdetik secebis perasaan tidak enak di hatinya. Tak ada kena mengena sebenarnya soalan itu dengan situasi sekarang. Tapi... something fishy!

"Qirsha, tutup call tu!"

"Dekat paha!"

Serentak itu dua suara berbeza membalas. Seorang menyuruhnya tutup panggilan manakala si girlfriend pula menjawab soalan. Dia menoleh ke arah Airiq dan melihat wajahnya yang sudah kelat itu. Sebelah kening sengaja dijongket dan senyuman mengejek terhias di bibir.

14 Days [C]Where stories live. Discover now