14 Days: 10

164 33 54
                                    

Hai and assalammualaikum, new bab is Stay safe, semua!

| 17072021 |



FAIL-FAIL yang berada di atas meja dipandang tajam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.








FAIL-FAIL yang berada di atas meja dipandang tajam. Puan Putri mengangkat kepala lalu memandang lelaki yang diupahnya untuk mencari maklumat tentang Airiq. Dia berdeham perlahan sebelum membetulkan kedudukan.

"Semua maklumat ada dalam fail ni? Aku nak tak ada satu pun yang tercicir. Aku bayar kau mahal-mahal, jangan hampakan aku," ujar Puan Putri tegas. Terselit juga amaran di sebalik kata-katanya.

"Ye, semua maklumat yang kau nak ada dalam tu. Jangan risau," balas lelaki itu senada. Tajam mata Puan Putri melihat lelaki yang diupahnya tersebut.

"Kau boleh keluar sekarang."

Lelaki itu mengganguk kepala tanda patuh dengan arah Puan Putri. Dia melangkah keluar dari bilik tersebut. Apabila yakin lelaki yang diupahnya keluar, baru Puan Putri membuka fail yang berada di depannya.

"Airiq Drizlan bin Qaid Ihsan," sebut Puan Putri perlahan-lahan. Maklumat-maklumat tentang latar belakang Airiq dibacanya dari muka surat pertama hingga akhir. Terukir senyuman di bibirnya apabila membaca sebaris ayat tentang keluarga Airiq.

Mempunyai beberapa syarikat yang kukuh kewangannya.

"Airiq Drizlan...."






























BUKU-BUKU yang bersepah di atas meja disusun ke tempat asal. Botol air yang berwarna biru yang berada di tepinya diambil lalu penutup tersebut dibuka. Dia meneguk air perlahan-lahan sehingga tinggal separuh.

Jam di dinding menunjukkan pukul sepuluh pagi. Qirsha mengeliat seketika sebelum melangkah ke bilik air untuk mandi. Sempat dia capai tuala yang disangkut di ampaian kecilnya. Setelah selesai mandi, dia berjalan ke almari baju dan mula mencari baju untuk dipakai.

'Erm, nak pakai baju apa ek? Kau pergi fun fair tau, Ryn. Bukan shopping mall. Hoodie jelah,' bebel Qirsha sendirian. Tangannya mencapai sehelai oversized hoodie yang disangkut dalam almari. Dia menyarungkan hoodie itu lalu mengikat rambut style pony tail.

Produk penjagaan kulit muka diambil satu persatu lalu disusun di hadapan bagi memudahkan dia untuk menggunanya. Tak ada serabut sangat. Kedua belah matanya cukup pantang melihat barang yang bersepah. Tetapi, pada waktu-waktu yang tertentu sahajalah.

Usai sahaja memakai tudung shawl, Qirsha mengambil beg silangnya yang disangkutkan di tiang penyangkut. Sempat dia melihat cermin bagi memastikan awning tudung menjadi. Dia segera melangkah keluar dari bilik dan berjalan menuruni tangga.

''Umi oh umi!'' panggil Qirsha lantang. Matanya meliar mencari umi di ruang tamu, bilik kerja dan bilik umi sendiri. Berkerut dahi dia melihat ketiadaan umi. Selalu umi akan melepak di ruang tamu.

14 Days [C]Where stories live. Discover now