14 Days: 18

117 12 9
                                    

Assalammualaikum and hye! I guess this will be last chapter. And next chapter is epilogue. :>

So yeah, enjoy you reading! ^_^

| 31122021 |



ORANG ramai mula meninggalkan tapak perkuburan sedangkan Qirsha masih berada di kubur Uminya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.








ORANG ramai mula meninggalkan tapak perkuburan sedangkan Qirsha masih berada di kubur Uminya. Kubur Airiq berada tidak jauh dengan kubur Umi. Pada saat itu dia sangat mengharapkan keajaiban berlaku.

"Qirsha, jom balik," ajak Iman penuh berhati-hati. Qirsha mengangkat kepala dan memandang Iman dan yang lain dengan wajah kosong.

Hanya tinggal Iman, Ikhwan, Rayyan dan beberapa lagi rakan sekelas bagi menemaninya. Masing-masing mengucapkan takziah dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Tangan Qirsha memegang batu nisan yang tercalit nama dan tarikh Uminya yang akan dia ingat sampai bila-bila. Dia turut berbuat benda yang sama dekat kubur Airiq.

"Qirsha... balik dulu," ujarnya terketar-ketar. Dia menunduk lalu nafas ditarik dalam-dalam sebelum menghembuskannya. Iman pantas menggosok bahu kawannya itu bagi memberikan semangat.

Sampai sahaja di rumah, Qirsha melangkah masuk dan benda pertama yang dilihat ialah bilik Umi. Dia mengetap bibir bagi menahan tangisan. Perlahan-lahan kakinya melangkah naik ke atas menuju ke arah bilik.

Selesai sahaja membersihkan diri, Qirsha mengambil keputusan untuk duduk di ruangan balkoni. Dia menyandarkan badan ke kaca balkoni itu lalu memeluk kedua belah lututnya. Qirsha menyembamkan wajahnya di situ.

Kotak fikirannya dibayangi dengan segala memori bersama Airiq dan Umi. Setelah beberapa minit dia termenung, akhirnya Qirsha melepaskan tangisan dengan kuat di situ.

Ting tong!

Bunyi loceng menyentakkan Qirsha yang sedang menangis. Dia pantas mengesat air matanya sebelum menapak menuju ke pintu utama. Wajah perempuan yang tidak dikenalinya dipandang kosong.

"Awak... anak Puan Putri? Saya Azryna, Personal Assistant dia." Perempuan itu menunduk sedikit kepala sebagai tanda hormat kepada anak arwah bosnya. Dapat dilihat jelas di bawah mata gadis itu bengkak akibat banyak menangis.

"Ini... surat yang ditulis arwah untuk awak," beritahu Azryna sambil menghulurkan sepucuk surat kepada Qirsha. Ucapan takziah diucapkan kepada gadis itu sebelum Azryna meminta izin untuk pulang.

Pintu utama dikunci lalu Qirsha menapak masuk ke dalam bilik Umi. Dia ingin baca surat yang ditulis Uminya di situ. Dengan lafaz bismillah, Qirsha mengoyak sampul surat itu lalu mengeluarkan dua helai surat yang tertulis di atasnya.

"Assalammualaikum anak umi. First of all, Umi nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Umi tahu, Umi banyak silap dekat Ryn. Maafkan Umi ye sayang. Umi layan Ryn macam sampah. Umi buat macam tu sebab terpaksa, sayang. Ryn mesti marah dekat Umikan waktu Umi minta Rm 100k tu. Hahah, tak sayang. Umi tipu je kata syarikat kita nak muflis. Umi nak tengok kesetiaan berkawan Ryn and Airiq macam mana."

Dia berhenti seketika daripada membaca. Baru permulaan Qirsha dah teresak-esak menangis. Ini baru surat Uminya. Belum lagi Airiq.

"And ternyata korang punya friendship tu fuh. Umi jujur ye... Umi upah spy untuk siasat background Airiq. Sebab Umi tak nak dia khianat dan sakitkan hati anak Umi ni. And alhamdulillah, dia bukan macam tu. Dan Umi dah pernah jumpa face to face dengan dia. Hensem juga dia tu. Sepadan dengan anak Umi yang satu ni. Umi pesan dekat dia, suruh jaga anak umi yang cantik ni."

Qirsha melipat kertas itu sambil tersenyum tawar. Dia teringat kembali perbualan mereka berdua tiga minggu lepas di taman. Dan itulah menjadi perbualan terakhir antara mereka berdua.

"Kenapa kau baik dengan aku, Airiq? Kenapa aku jugak yang kau nak tolong?" soal Qirsha ingin tahu. Bohonglah kalau dia tak terharu dengan layanan yang Airiq berikan. Rasa macam spesial macam itu.

"Sebab aku dah anggap kau kawan aku. Aku nak protect dan tolong kau selagi aku masih hidup," balas Airiq acuh tak acuh. Qirsha mengecilkan mata sambil merenung wajah Airiq lama. Jawapan Airiq itu seakan-akan bukan jawapan yang sebenar.

Patutlah Airiq jawab acuh tak acuh sahaja. Dah pernah jumpa dengan Umi rupanya. Tanpa sedar, titisan air matanya jatuh di atas surat. Surat yang kedua diambil lalu dibukanya.

"Umi tengking-tengking Ryn bila Ryn tanya pasal Walid ada sebab. Umi tak nak anak Umi ni teringat balik benda buruk tu. Biarkan dia berlalu. Umi tak boleh langsung dengar nama dia. Maaf ye, Ryn. Dan dia meninggal disebabkan Umi. Umi pukul dia sampai dia tak sedarkan diri. Waktu tu Umi hanya fikirkan perasaan Umi sahaja. Tak sangka, tangan Umi ni pernah bunuh orang."

Qirsha menutup matanya dan kata-kata Umi menerjah di fikirannya. Apabila dia bertanya tentang Walid, Umi pasti akan memarahinya. Rupanya ada kisah yang tersimpan disebalik itu. Qirsha menyambung kembali bacaannya.

"Ryn, Umi nak minta satu benda boleh? Ryn tolong ye ambil alih syarikat tu. Hanya Ryn yang layak. Umi tahu anak Umi boleh buat. Umi layan Ryn kasar sebab nak Ryn bencikan Umi. Umi tak layak jadi ibu Ryn. Ibu yang bunuh suami dia sendiri."

Qirsha menggeleng kepala beberapa kali menafikan kata-kata Uminya. Baginya, Umilah ibu yang terbaik. Dia mengesat air matanya yang deras turun.

"And last sekali, Ryn jaga diri tau. Umi bukan setiap masa ada dengan Ryn. Kalau Ryn rindu Umi, datanglah ziarah dan sedekahkan al-fatihah dekat Umi. Jaga solat ye, sayang. Semoga anak Umi berjaya di dunia dan akhirat. I love you, Qirsha Arynna. (Anak kesayangan Umi)."

Berjujuran air mata Qirsha apabila membaca perenggan yang terakhir. Ayat terakhir dibacanya sekali lagi. Tersedu-sedu dia menangis keseorangan di dalam bilik Umi.

I love you, Qirsha Arynna. (Anak kesayangan Umi)."

Dua helai surat itu dilipat kemas lalu memeluknya erat. Sebak di dada kembali bertandang. Qirsha tak mampu menahan air matanya daripada terus mengalir.

"Ryn... rindu Umi."













TBC

Teruskan menyokong 14 Days ❤️

| read, vote and comments |

14 Days [C]Where stories live. Discover now